KOMET LEBIH KUAT DARIPADA BOM ATOM
PADA 30 Jun 1908, komet yang beratnya satu juta tan jatuh di
tengah-tengah Siberia, Rusia. Ledakannya 1,500 kali lebih kuat daripada bom atom
yang di gugurkan Amerika ketika menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun semasa
Perang Dunia Kedua tahun 1945. Setahun selepas ledakkan di Siberia itu, seluas 2000
kilometer kawasan hutan menjadi padang jarak padang terkukur.
TIKUS LEBIH BANYAK DARIPADA MANUSIA
DI INDIA bilangan tikus di anggarkan lebih lima bilion -
enam kali ganda melebihi penduduknya. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian
Pertanian negara itu menunjukkan hampir 11 juta tan hasil pertanian musnah setiap tahun.
Pelbagai cara di lakukan, namun keadaan tidak berubah. Sikap dan cara hidup
sebahagian besar penduduk India sendiri membantu pembiakan itu secara tidak
langsung.
JAMBATAN GANTUNG TERPANJANG
JAMBATAN gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa
Haneda, Jepun dikatakan paling panjang didunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4
meter lebar, bahagian tengahnya bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu
dibawahnya. Belanja membina jambatan itu jauh lebih murah daripada membuat terowong
di bawah laut. Jambatan itu turut menjadi tarikan pelancong.
LAUTAN PASIFIK JADI PADANG PASIR?
TERUMBU karang paling indah berada di perairan
negara-negara Asia. Menurut pengkaji antarabangsa,kebanyakkan daripada keindahan itu
kian musnah akibat tindak-tanduk manusia. Kawasan Asia Tenggara dan lantai Lautan
Pasifik bukan mustahil akan menjadi padang pasir jika tiada tindakan menyelamat diambil.
Pencemaran laut, perlombongan dan pembalakan tidak terancang menjadi punca utama
dasar laut rebak menghasilkan hakisan yang membunuh terumbu karang itu. Setakat ini
paling teruk terjejas ialah perairan Indonesia dan Filipina.
ANDAINYA AIR BATU DUNIA CAIR...............
ANDAI kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta
kilometer padu- di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat sebanyak
1.7 peratus. Peningkatan yang sedikit itu bagaimanapun menaikkan paras air sehingga
60 meter daripada yang ada sekarang. Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah
daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.
. ENJIN KERETA DARI PLASTIK
PLASTIK akan dijadikan komponen enjin kereta pada masa akan
datang. Sebuah firma Kanada mendakwa enjin daripada plastik lebih tahan lama dan
lebih baik. Di Amerika, kereta lumba keluaran negaraitu banyak menggunakan bahan
berkenaan terutama untuk gegelang piston, penyambung batang gear dan lain-lain.
Saintis juga menguji penggunaan bahan itu kepada kereta berenjin diesel dan ternyata lebih
baik- di mana ia tidak memerlukan sistem penyejuk seperti kereta lain.