1. CARTA ORGANISASI PERSATUAN AGAMA ISLAM 1999
PENAUNG
TN HJ SUFAAT B. TUMIN
GURU PENASIHAT
CIK WIZANATUNNISA BT MOHD SAIRI
PN NORIZAM BT KIA
CIK SALMIAH LATEH
CIK MAHANOM SULAIMAN
CIK MAZIAH ABDULLAH
PN NOR MAZNI BT MAT
CIK SAIDAH EMBONG
PENGERUSI
MOHD SAHRUL SUBANI
NAIB PENGERUSI
NORAZIYAN NASIR
SETIAUSAHA
SITI LATIFAH BT SIDI
BENDAHARI
FARIDAH BT ISMAIL
AHLI JAWATANKUASA
TING 5: MOHD FEZALI BAIN
TING 4: NAIM MASTOR
TING 3: NORHIDAYAH MISLAN
TING 2: MOHD RADZUAN SAHAT
TING 1: FAIZAL ALI
LIZAWATI MD MISRI
NORMAIZURA NAIAMAN
FAZILAH ISA
AZIZAH SIDI
NORHAIDIL SIRAT
2. LATAR BELAKANG DAN PENCAPAIAN
Persatuan Agama Islam telah wujud semenjak penubuhan sekolah ini lagi. Ia telah dipimpin oleh beberapa orang guru semenjak tahun 1986 dan telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat SEMEKA.
Di antara guru-guru yang telah mencurahkan bakti kepada persatuan ini ialah Ustaz Zakaria Jusoh, Ustaz Abd Rashid Kandam dan Ustaz Nasir Jusoh. Nama-nama tersebut masih lagi disebut-sebut sehingga ke hari ini.
Tampok kepimpinan persatuan ini telah diambil alih oleh Pn Norizam Kia pada tahun 1997 dan diikuti oleh Cik Wizanatunnisa bt Mohd Sairi pada tahun 1998 dan 1999.
Sepanjang perjalanan persatuan ini, ianya telah dibantu oleh beberapa orang guru penasihat dan AJK-AJKnya yang berwibawa bagi meningkatkan prestasi persatuan ini.
Di samping itu juga, ahli ahli persatuan juga memainkan peranan yang penting di dalam persatuan ini. Pada tahun 1998, terdapat 92 orang ahli dan pada tahun 1999, terdapat 74 orang ahli yang bernaung di dalam persatuan ini.
Pada tahun 1998, Persatuan Agama Islam telah berjaya merangkul anugerah Persatuan Teraktif dan adalah diharapkan persatuan ini akan mengekalkan pencapaiannya. InsyaAllah ..
3. AKTIVITI-AKTIVITI PERSATUAN AGAMA ISLAM
Bagi tahun 1998, operasi Persatuan Pendidikan Agama Islam SEMEKA telah bermula dari bulan Januari hingga bulan November. Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 7hb Februari 1998. Beberapa aktiviti telah dirancang pada mesyuarat tersebut seperti ceramah, forum, dan pertandingan menulis esei. Namun demikian, ada beberapa aktiviti yang tidak dapat dijalankan kerana kesibukan pelajar dengan kegiatan lain. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti yang berjaya dijalankan pada tahun lepas ialah:
1. Perkhemahan ibadah
Perkhemahan ini telah diadakan pada 27 dan 28 Mac untuk pelajar-pelajar ting. 3saja.Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peri pentingnya santapan rohani di dalam menghadapi peperiksaan. Aktiviti adalah aktiviti bersama Panitia Pendidikan Islam.
2. Sambutan Maal Hijrah
Aktiviti ini adalah gabungan aktiviti Panitia Pendidikan Islam. Sambutan ini telah dijalankan pada heri Sabtu 23hb Mei 1998. Sambutan yang diberikan oleh pihak guru dan pelajar adalah amat menggalakkan.
Bagi tahun 1999, Persatuan Pendidikan Agama Islam telah merancang beberapa aktiviti, namun pada perinkat awal belum dilaksanakan. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang pada tahun ini ialah:
1. Program menulis esei dan puisi berunsur Islam
Objektif pertandingan ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan mengetahui sejarah Islam. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SEMEKA dan akan dilaksanakan pada 5hb-23 hb Julai. Setiap hasil karya yang telah siap akan dihantar kepada guru penasihat persatuan yang kemudiannya akan menilai karya-karya tersebut.
2. Program peningkatan pembersihan musolla
Aktiviti ini bermatlamat untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kasih sayang kepada musolla di samping menambahkan keceriaanya. Aktiviti ini dijalankan oleh ahli persatuan dengan diselia oleh setiap guru penasihat yang terlibat.