TAMAN SIMFONI KASIH
Taman Simfoni Kasih adalah salah satu lambang SMKA Wataniah. Ia diilhamkan oleh Sir Zaharani Omar selaku waden di ASMKAWA.
Pembinaan taman ini dimulakan pada 1 Januari 2002. Taman ini diusahakan bersama oleh pelajar-pelajar ASMKAWA dan guru yang menyelia taman ini iaitu Sir Zaharani Omar sendiri.
Taman ini terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Kolam Ikan, Sangkar Burung dan Taman Herba.
Taman ini diberikan nama Taman Simfoni Kasih berdasarkan 7 kasih iaitu
Kasih kepada Allah
Kasih Kepada Nabi
Kasih kepada ibu bapa
Kasih kepada guru
Kasih kepada rakan
Kasih kepada diri sendiri
Kasih kepada Alam
Taman ini dikendalikan oleh Sir Zaharani bersama beberapa orang pelajar asrama.