Pusat Sumber
Sekolah
JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat
Daerah Pontian 1998
NAIB JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 1998
JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah
Rendah Peringkat Daerah Pontian 1999
JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 1999
Pusat sumber SJK (C) Chi Mang
telah menyandang Johan dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah
Rendah Katogeri B peringkat negeri Johor pada tahun 1997. Kecemerlangan ini
adalah hasil titik peluh dan usaha bersama semua warga pendidik di samping mendapat
kerjasama dan sumbangan daripada pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru-guru sekolah ini.
Pusat sumber merangkumi perpustakaan, bilik tayangan, dan bilik alat bantuan mengajar merupakan tempat pengumpulan maklumat yang amat penting bagi sesebuah sekolah. Dengan adanya pusat sumber ini, secara tidak langsung ia dapat membantu para guru melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Segala maklumat penting yang berkaitan dengan pengajaran dapat diperolehi dari pusat sumber ini. Ini menjadikan pusat sumber salah satu elemen penting bagi sesebuah sekolah.
Pusat sumber yang dimiliki oleh SJK (C) Chi Mang buat masa kini boleh dikatakan cukup
lengkap, bersesuaian dengan konsepnya yang amat menekankan kekemasan hiasan dalaman
terutamanya daripada segi susun atur kerusi meja, bahan-bahan rujukan hinggalah kepada
pelbagai jenis bahan pameran yang terdapat di dalamnya. Ia adalah penting bagi mewujudkan
satu suasana yang cukup selesa kepada semua pengguna terutamanya murid-murid.
Namun tidak dapat dinafikan sebelum bangunan baru siap dibina pada bulan Julai 1994, segala kemudahan asas terutamanya pusat sumber tidak dapat disediakan dengan sebaiknya. Disebabkan oleh ruang yang begitu terhad, maka kemudahan bilik tayangan dan bilik alat bantuan mengajar tidak dapat diadakan pada ketika itu. Semua alat bantuan mengajar terpaksa ditempatkan di setiap kelas,manakala perpustakaan pula hanya meliputi separuh daripada keluasan bilik darjah yang terdapat sekarang. Sudah tentulah keadaan ini mewujudkan satu suasana yang tidak begitu selesa kepada pengguna.
Pelbagai
usaha dijalankan agar kemudahan ini dapat disediakan dengan lebih selesa lagi. Akhirnya
dengan kerjasama sepenuhnya pihak Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru,
maka sebuah bangunan baru dua tingkat yang menjadi kebanggaan penduduk kampung ini telah
siap dibina pada pertengahan bulan Julai,1994. Dengan adanya bangunan baru ini, maka ruang
yang lebih luas dapat disediakan bagi mengadakan kemudahan-kemudahan yang tersebut. Maka
pada pertengahan bulan Ogos,1994, bilik perpustakaan dan bilik tayangan yang telah
dilengkapi dengan segala kemudahan dapat digunakan. Namun begitu, bilik alat bantuan
mengajar masih ditempatkan di bangunan lama di mana pengubahsuaian telah dilakukan ke atas
bilik guru yang lama untuk menempatkan semua alatan tersebut. Maka ,dengan ini lengkaplah
salah satu nadi penting yang menjadi pemangkin kepada kejayaan sekolah ini.
Perpustakaan ini bukan sahaja menjadi salah satu elemen penting sebagai tempat membaca,
meminjam, dan memulangkan buku, namun ia juga merupakan tempat kita mencari ilmu,
dan menambahkan pengetahuan serta hiburan. Pelbagai bahan yang ditempatkan di sana dapat
kita jadikan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, suasana
yang cukup selesa dan ceria ini tentu akan dapat menarik minat murid untuk berkunjung ke
sana.
Perpustakaan SJK (C)
Chi Mang memilik koleksi buku yang begitu banyak sekali iaitu 4580 buah buku yang
dikategorikan mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Buku-buku ini terbahagi kepada
dua jenis iaitu buku-buku fiksyen dan buku-buku bukan fiksyen.Buku-buku fiksyen pula
terbahagi kepada Fiksyen Cina , Fiksyen Melayu, dan fiksyen Inggeris dengan huruf
ringkasan FC, FM, dan FI. Buku-buku fiksyen ini disusun mengikut tahap yang bersesuaian
dengan murid-murid Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan 4, serta Tahun 5 dan 6. Buku-buku ini juga
ditampalkan dengan pelekat berwarna pada kulit buku untuk memudahkan murid-murid mencari
buku-buku yang bersesuaian dengan mereka. Di samping itu, ia juga bagi memudahkan lagi
pengawas perpustakaan mengembalikan buku-buku tersebut ke tempat asalnya apabila ia
dipulangkan oleh para peminjam.
Selain daripada buku-buku tersebut, pihak perpustakaan juga menempah surat khabar dan majalah sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid-murid. Perpustakaan dibuka setiap hari persekolahan . Murid-murid Tahun 1 hingga 6 dibenarkan memasuki perpustakaan mengikut jadual yang ditetapkan bersama-sama guru mata pelajaran. Pada waktu petang, perpustakaan juga dibuka sehingga jam enam petang untuk memberi peluang kepada murid-murid mencari maklumat yang diperlukan.
Jadual waktu peminjaman buku telah disusun dan semua murid wajib membuat pinjaman mengikut bilangan buku yang ditetapkan berdasarkan 3 bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.
Statistik peminjaman buku dan jadual waktu peminjaman adalah seperti di bawah :
Hari | Kelas/Tahun | Bilangan buku yang dipinjam | |||
BC | BM | BI | Jumlah | ||
Isnin | Tahun 1 | 2 | 1 | - | 3 |
Selasa | Tahun 2 | 2 | 1 | - | 3 |
Rabu | Tahun 3 | 2 | 1 | 1 | 4 |
Khamis | Tahun 4 | 2 | 1 | 1 | 4 |
Jumaat | Tahun 5 / 6 | 2 | 1 | 1 | 4 |
Waktu Peminjaman : 7.00 -- 7.30 pagi & 10.00 --10.20 pagi
Perpustakaan sekolah ini tidaklah begitu luas, bagaimanapun terdapatnya beberapa sudut
yang dapat memanfaatkan semua warga sekolah seperti sudut pameran, sudut akhbar, sudut
bercerita, sudut mata wang, dan sudut tribahasa.
Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan
Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998
Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032