MATLAMAT SEKOLAH SJK (C) CHI
MANG

Melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan lagi berdisiplin yang dapat memberikan
sumbangan yang positif terhadap masyarakat , agama, bangsa dan negara.
VISI SEKOLAH
- Melahirkan insan cemerlang yang berilmu pengetahuan,inovatif dan kreatif untuk memenuhi
aspirasi dan mencapai hasrat masyarakat dan negara.
- Mewujudkan individu yang mulia hati, berperihati, setia dan berperasaan bangga sebagai
warganegara Malaysia dan cintakan negara.
- Meningkatkan prestasi kecemerlangan sekolah dari segi akademik, ko-kurikulum, disiplin
dan sukan melalui budaya kerja yang cemerlang.
- Mewujudkan iklim sekolah cemerlang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ,
kelengkapan teknologi maklumat moden untuk pencapaian kecemerlangan pelajar-pelajar.
MISI SEKOLAH
- Penekanan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran di samping mewujudkan
iklim kemesraan di kalangan guru dan pelajar bagi melahirkan insan yang berakhlak mulia.
- Berusaha memperolehi dan memperbaiki kelengkapan dan kemudahan sekolah.
- Meningkatkan prestasi kecemerlangan generasi akan datang melalui budaya kerja yang
cemerlang.
- Berusaha mempertingkatkan perkembangan staf dan pelajar untuk mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Negara dan Wawasan Pendidikan.
TEMA SEKOLAH

PIAGAM SEKOLAH
Bahawa kami sekeluarga pendidik akan melahirkan murid
yang beriman. berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan agar memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan
Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998
Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032