Puteri Impian

                                                         posteramy.jpg (17235 bytes)


Cerita lakon/layar: Aziz M.Osman
Pelakon: Amy Mastura(Nora), Hairi Osman(Tengku Faizal), Chiko(Zul), Nor
Aliah Lee(Nancy), Azwan Hj. Ali, Nazha Aziz, Hasnina Jureen dan ramai lagi.

Sinopsis : Nora seorang gadis kilang. Sejak kecil, dia memang berangan-angan
untuk menjadi puteri raja biarpun sehari. Angan-angannya tercapai apabila dai
terpilih menyertai rancangan Memburu impian iaitu sebuah rancangan tv yang
memenuhi impian pesertanya. Nora dimakbulkan menjadi puteri raja selama
sepuluh hari. Nora menerima layanan dan penghormatan di raja. Dia amat
gembira sekali, tetapi pergerakannya di ekori oleh Zul, jurukamera khusus
untuk merakam kegiatan Nora. Nora tidak begitu selesa dengan kehadiran Zul
tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu adalah sebahagian dari
perjanjiannya dengan stesen tv.
Secara tidak sengaja, Nora diketemukan dengan Tengku Faisal salah seorang
putera mahkota negeri Darul Syukur. Tengku Faisal menjadikan Nora
merasakan kehidupan sebenar hidup sebagai seorang puteri. Tengku Faisal
melamar Nora dan Nora menerimanya dengan tangan terbuka tambahan lagi dia
ingin melarikan diri dari gangguan Zul.
Zul takut Nora dipermainkan oleh Tengku Faisal, dia cuba menjauhkan Nora
dari Tengku Faisal. Pelbagai cara dibuat oleh Zul terhadap Nora agar hubungan
Nora dan Tengku Faisal terputus. Untuk mengetahuicerita selanjutnya, kita
terpaksalah ke panggung untuk melihat hasil kerja Aziz M. Osman. Lihat pula
keupayaan Amy Mastura sebagai pelakon di bawah kerja Aziz M. Osman.

(petikan dari Media Hiburan 15/21 November 1997)

Puteri Impian 2

Cerita lakon/layar: Aziz M.Osman
Pelakon: Amy Mastura(Puteri Nora), Cico Harahap Rashid(Zul), Azri
Iskandar(Tengku Farid), Nur Aliah Lee(Nancy), Sarimah Ibrahim(Lisa) dan
Erma Fatima(Suzana Imran)

Sinopsis : Setelah menolak lamaran Tengku Faisal (lakonan Hairie Othman
dalam Puteri Impian), Puteri Nora, bekas gadis kilang menjadi tumpuan media
massa sehingga telah mengubah kehidupannya menjadi tidak sebebas dahulu.

Nancy, penerbit eksekutif sebuah stesen TV bertanggungjawab melindungi
Nora daripada kejutan budaya yang dialaminya. Tengku Farid, adik kepada
Tengku Faisal tersinggung dengan sikap Nora kerana merasakan nama baik dan
maruah kerabat diraja tercemar apabila Nora menolak mentah-mentah lamaran
abangnya.

Dia bertekad mencari Nora untuk menebus kembali maruah keluarganya
dengan membawa Nora ke Amerika Syarikat untuk menemui kembali
abangnya.

Dalam pada itu, hubungan Nora dengan Zul semakin intim di mana Zul sering
mengambil berat terhadapnya. Namun Nora kecewa apabila mendapat tahu Zul
sudah ada kekasih bernama Lisa. Tetapi, di sebaliknya, Lisa adalah seorang
gadis materealistik.

Disamping itu, bagi melaksanakan rancangannya untuk menebus kembali
maruah keluarganya, Tengku Farid bertindak agresif dengan mengugut Nancy
bahawa dia tidak akan menaja program TV 'Memburu Impian' sekiranya Nancy
tidak mahu bekerjasama memujuk Nora mengikutnya ke Amerika.

Dalam kekusutan itu, Zul pula ditimpa kemalangan sewaktu membuat liputan
bersama Nora di sebuah bilik tahanan seorang penjenayah.

Akibatnya, Zul telah Koma dan Nora terpaksa membuat keputusan sama ada
mahu mengikut Tengku Farid ke Amerika atau sebaliknya.

Di saat akhir, Zul mulai sedar dengan hati murni Nora. Masih sempatkah dia
menghalang pemergian Nora ke Amerika? Jawapannya hanya akan terjawab
sekiranya anda menonton sendiri Puteri Impian 2.

firewire.gif (7312 bytes)

Nak Tengok Gambar Amy Yang Best.....