ALL ABOUT HER.........




NAMA PENUH
Wardina Saffiyah bt Fadhullah

NAMA SAMARAN
Wardina, Dina, Yah (panggilan ibu)

PROFESYEN
Pelakon, Pengacara, Model Iklan, Pelajar

TARIKH LAHIR
 5hb Jun 1979

TEMPAT LAHIR
Petaling Jaya

BERAT/TINGGI
5'6 / 50kg

ZODIAK
Gemini

BIL. ADIK BERADIK
6 orang (anak kedua)

PENDIDIKAN
Diploma dari Help Institute dan kini sedang menuntut di CENFAD dan bakal ke luar negara kelak

HOBI
Meluangkan masa bersama keluarga

WARNA KESUKAAN
Warna yang menenangkan

PAKAIAN KESUKAAN
Kasual

MAKANAN KEGEMARAN
Semua yang halal

MINUMAN KEGEMARAN
Yang tidak bergas

PENYANYI PUJAAN
Mariah Carey, Desree, Tina Arena dan M.Nasir

PELAKON PUJAAN
Angelina Jolie, Winona Ryder, Julia Roberts dan Cameron Diaz

TOKOH DIHORMATI
Tunku Abdul Rahman (Sebab dia Bapa Kemerdekaan)

MUZIK DIGEMARI
Yang menenangkan jiwa

RANCANGAN TV
Berita

LELAKI PILIHAN
Yang menerima saya seadanya

KENANGAN MANIS
Melibatkan diri dalam dunia seni

KENANGAN PAHIT
Kadang-kadang disalah anggap

PRINSIP HIDUP
Kesabaran dan usaha keras kunci kejayaan

CITA-CITA
Berjaya dalam hidup

PANDANGAN TENTANG DUNIA SENI
Kita masih banyak ruang yang perlu diperbaiki usaha keras serta kerjasama daripada semua pihak penting bagi merealisasikan industri seni kita setaraf dengan dunia maju.


*****DARI DINA*****
Tanggal 5hb Jun 1979, saya dilahirkan oleh ibu di Hospital Besar Kuala Lumpur. Seterusnya saya dibesarkan di Kampung Tunku, Petaling Jaya hingga di usia saya kini menjangkau 21 tahun.
Dibesarkan sebagai anak kedua dari 6 beradik, saya mendapat pendidikan awal dari kedua ibubapa sebelum mula mendapat pendidikan formal di Tadika Raihan. Tetapi kemudiannya saya bertukar ke Tadika Maharul Islam milik ibu saya.
Selepas itu saya bersekolah di Sek Ren Keb Kampung Tunku sehingga ke darjah enam. Cita-cita besar kedua ibubapa yang ingin melihat saya menguasai ilmu agama dan mahir berbahasa
arab seperti abang sulung, menyebabkan saya dihantar ke Sek Menengah Agama Selangor di Kajang ketika memasuki alam persekolahan menengah. Namun kerana kepayahan menguasai
bahasa tersebut di samping rindu kepada keluarga akibat berjauhan, saya meminta bapa menukarkan saya ke sekolah lain. Semenjak itu saya mula bersekolah di Sek Men Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya.
Bakat saya dalam bidang seni bermula ketika berusia 6 tahun. Ketika itu bapa memperkenalkan saya kepada sebuah
agensi iklan yang memerlukan kanak-kanak bagi iklan susu Sustagen. Semenjak membintangi iklan tersebut, saya kerap beraksi untuk iklan lain seperti Harimau Kuat, ubat gigi dan lain-lain (tidak ingat).Pembabitan saya dalam bidang pengiklananterhenti ketika memasuki sekolah
menengah. Saya terpaksa menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan SRP dan SPM. Alhamdulillah saya berjaya melepasi keduanya dengan keputusan yang baik berkat usaha dan doa kedua ibubapa. Selepas memperolehi keputusan SPM, saya melanjutkan pengajian ke Institut Help.
Ketika inilah minat berlakon kembali bertapak dalam diri saya. Bersama kawan-kawan yang lain kami mencuba bakat di sebuah agensi untuk beraksi di dalam iklan Telekom meskipun sekadar watak tambahan. Komitmen serta minat
mendalam dikesan agensi iklan tersebut sehingga saya kemudiannya kerap dipanggil untuk membintangi iklan bermula dari tahap bawah sehingga watak utama.
Selain itu juga, saya mencuba nasib di Pesona Pictures dan terpilih membintangi drama
bertajuk, 'Kepulangan' arahan Braban. Turut beraksi ialah Seha dan Benji dan sempat
menjalani penggambaran di Australia. Ketika ini keluarga saya melarang dan menasihati agar saya melanjutkan pengajian. Saya tetap bersabar dan berjanji akan menjaga nama keluarga dan membuktikan kepada mereka bahawa saya ikhlas menceburi bidang ini.
Janji ini saya kotakan bila kemudiannya saya mendapat perhatian dari Tiara Jacquelina,
pemilik 10 on 10 Production. Beliau memberi saya peluang berlakon bersama Aida Rahim
dalam telemovie bertajuk 'Jodoh 2 Beradik' dan 'Maka Diciptanya Perempuan'. Sejak itu beliau banyak memberi sokongan serta panduan yang semakin menyemarakkan bakat seni saya. Berkat kesungguhan, saya kemudiannya ditawarkan watak Misha untuk sitcom komedi, 'Spanar Jaya' dari musim pertama hingga kini musim ketiga terbitan syarikat tersebut dan ditayangkan di NTV7.
Dalam masa yang sama, kawan baik saya Sarimah Ibrahim beriya-iya menggalakkan
saya untuk mencuba bakat sebagai pengacara rancangan carta RIM (versi Melayu) kerana
dia sudah berjaya mendapatnya bagi versi Inggeris. Cabarannya saya sahut dan alhamdulillah, saya berjaya terpilih. Sehingga kini saya tetap mengucap syukur kerana bidang yang saya ceburi ini sudah membuahkan hasil. Meskipun begitu di dalam hati saya masih utuh sebuah niat untuk melanjutkan pelajaran ketika waktu sesuai sekaligus memenuhi janji terhadap keluarga.