Kalau anda tanya saya mengenai isu ini, saya tidak akan memihak mana-mana pihak. Kedua-duanya punya kelebihan dan kekurangan. Hey, mereka manusia juga macam kiter. Disebabkan mereka manusia maka setiap tindak tanduk mereka adalah terlalu subjektif. Seperti yang saya tegaskan tadi mereka punya kelebihan dan kekurangan sendiri. Secara umum memang wanita bertudung dianggap baik, tetapi mereka ni bukannya sempurna malah ada yang hanya bertudung kerana trend atau kerana seseorang, senang cerita tak ikhlas la. Tapi tak semesti mereka yang tidak bertudung itu tak baik atau jahat malah ada di antara mereka yang lebih baik hati dan sifatnya daripada yang bertudung. Kenyataan saya ini umum dan kita boleh menilainya sendiri di persekitaran kita sekarang. Jadi tak perlula nak peningkan kepala nak senang kerja minat la dua-dua sekali macam saya ....hehehehehehehe.