"Kemerdekaan membawa zaman baru dan bertanggungjawab pembinaan bangsa yang mencabar. Tidak banyak negara-negara membangun dapat menterjemahkan idealisme semangat kebangsaan dan cita-cita kemerdekaan menjadi kenyataan. Ada bangsa yang gelombang nasionalism e dan perjuangan kemerdekaan mereka sungguh mengkagumkan tetapi gagal membangun sebuah negara merdeka." Ucapan Timbalan Perdana Menteri Di Majlis Makan Malam Kelab Wartawan Kuala Lumpur pada 31 Januari 1994.
"Jika Malaysia hari ini mulai mucnul sebagai contoh kebangkitan baru bangsa-bangsa Asia, ini hanya mungkin terjadi hasil dari usaha terkumpul individu dan gerakan yang memiliki keyakinan terhadap kemampuan dirinya." Ucapan Timbalan Pedana Menteri di Majlis Ulang Tahun Ke 35 Kelab Lion Di Malaysia, Crown Princess Hotel, Kuala Lumpur pada 5 Februari 1994.
"Dari segi jangka panjang, kekuatan ekonomi umat adalah bergantung kepada kualiti sumber manusia yang memiliki ilmu dan ketrampilan. Justeru itu pembinaan modal manusia melalui pendidikan dan latihan akan tetap menjadi agenda penting umat dalam tahun-tahu n akan datang." "Kita perlu memberi tumpuan keapda pembinaan sumber manusia kerana kita yakin bahawa kualiti sumber manusia adalah penentu utama prestasi ekonomi dalam jangka panjang. Kejayaan yang kita tempa selama ini adalah justeru penakanan yang kita berikan beberapa dekad terhadap pendidikan." Ucapan Timbalan Perdana Menteri Di Majlis Makan Malam Perdana Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Lembaga Urusan Tabung Haji Kuala Lumpur di Dewan Besar, Lantai 1, Bangunan Tabung Haji pada 9 Februari 1994.
"The acquistion of information and skills is of course an essential prt of education, but it cannot be separated from the inculacation of positive moral and spiritual values, uprightness of character, and the sense of commitment to share societal ideals a nd visions." Speech by the Deputy Prime Minister At The Speech Day of the Kolej Tuanku Jaafar Seremban on 14th May 1994.
|