![]() |
Bilik Darjah Elektronik Electronic Classroom |
SHAFFIE BIN AWANG
Dari segi sejarah, negeri Kedah merupakan sebuah negeri Melayu yang
tertua dipercayai wujud di Tanah Melayu. Ini dapat dilihat dari kesan-
kesan sejarah yang terdapat di Lembah Bujang, Kedah. Kesan-kesan
sej'arah yang berupa candi-candi Hindu dan Buddha ini dipercayai berumur
dari kurun ke-4 Masehi hingga kurun ke-12 Masehi'.1 Adalah di percayai
bahawa pada masa itu masyarakat tempatan di negeri Kedah menganut
fahaman Hindu dan Buddha. Mengikut Muhammad Hassan Bin Dato' Kerani Muhamed Arshad dalain bukunya Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kedah pada masa itu dikenali juga sebagai Kalaha. Perkataan 'Negeri Kedah Darulaman' dipercayai digunakan selepas kedatangan agama Islam ke negeri itu. Perkataan 'Darulaman' itu adalah perkataan bahasa Arab yang berinaksud 'Negeri Yang Aman Dikurniai Allah'. Terdapat beberapa masalah dalam pentarikhan awal kedatangan agama Islam ke negeri Kedah. Beberapa orang sarjana Sejarah Barat seperti R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt, berpendapat agama Islam mula-mula sekali sampai ke Tanah Melayu melalui Melaka pada kira-kira abad ke- 1 5 Masehi di zaman Kerajaan Melayu Melaka. Menurut mercka, Kerajaan, Melayu Melakalah Kerajaan Melayu yang mula-mula menerima agama Islam dan seterusnya mengembangkan Islam ke seluruh pelusuk Tanah Melayu. Walau bagaimanapun pendapat-pendapat itu telah tidak dipersetujui dan disangkal oleh para seiarawan tempatan. Ahli-ahli sejarah tempatan berpendapat bahawa agama Islam telah pun sampai ke Tanah Melayu lebih awal dari zarnan Kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15 dan 16 Masehi. Seorang tokoh seiarah tempatan, Eneik Ismail Haji Salleh dari Persatuan Sejarah Negeri.Kedah mengatakan agama Islam telah mula sampai ke Negeri Kedah pada kira-kira abad ke-10 Masehi lagi. Ini terbukti dengan tetumpanya sebuah batu nisan di Langgar, Kedah yang bertarikh 291 Hijrah bersainaan 931 Masehi di mana pada batu nisan itu tertulis tulisan Jawi nama 'Sheikh Abdul Kadir Ibnu Hussain Shah Alirah'.3 Selain dari itu batu bersurat yang dijumpai di Kuala Brang, Terengganu juga membuktikan bahawa agama Islam telah datang lebih awal dari tarikh yang didakwa olch sejarawan-sejarawan Barat tadi. Jadi dari bukti-bukti di atas jelaslah kepada kita bahawa agama Islam telah datang ke Tanah Melayu amnya dan ke Negeri Kedah khususnya, lebih awal dari tarikh yang didakwa oleh ahli-ahli sejarah Barat. Untuk melihat bilakah negeri Kedah mula inenggunakan gelaran Kedah Darulaman maka kita perlu mellhat dari sudut kedatangan agama Islam ke negeri itu. Ini kerana perkataan Kedah Darulaman itu adalah dari perkataan bahasa Arab. Tarikh yang tepat mengenai bilakah Kerajaan Negeri Kedah mula-mula memakai gelaran dan mengisytiharkan penggunaan Negefi Kedah Darulaman ini sebenarnya tidak diket htii. Menurut Muhammad Hassan Bin Dato' Kerani Muhamed Arshad, perkataan Kedah Darul aman telah diisytiharkan oleh Tuan Sheikh Abdullah Bin Tuan Sheikh Ahmad Bin Tuan Sheikh Jaafar Qumini pada tahun 531 ffijrah bersamaan dengan 1 1 36 Masehi. Ini berdasarkan dari buku atau kitab karangannya 'Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah' pada tahun 1923 Masehi bersamaan 1345 Hijrah. Dalam buku itu beliau menyebutkan bahawa: "Apakala Tuan Sheikh Abdullah mendengar titah yang demikian itu Tuan Sheikh pun bangkil menjunjung Duli lalu mengadap Kiblat, sembahyang dua rakaat. Setelah seiesal daripada sembahyang, Tuan Sheikh Abdullah pun berhadap kepada Seri Paduka Maharaja Durbar Raja berseru-seru nama Sultan tujuh kali, Daulat Tuanku Shah Alam Bayangan Allah AI-Sultan AI-Mudzafar Shah dan berseru-seru pula nama Negeri Kedah tujuh kaii iaitu Negeri Kedah Darulaman. Setelah selesai daripada berseru-seru, Tuan Sheikh Abdullah pun membaca doa yang paniang yakni pinta diselamatkan Allah SW T Sultan dan Negeri Kedah Darulaman..... " Menurut Muhammad Hassan lagi, Tuan Sheikh Abdullah ini adalah seorang yang berasal dari negeri Yaman di Tanah Arab. Tuan Sheikh Abdullah setelah tiba di negeri Kedah pada tahun 531 Hijrah bersamaan 1136 Maselii telah pergi mengadap Raja Kedah waktu itu. Setelah beliau mengadap Raja Kedah waktu itu iaitu Sri Paduka Maharaja Durbar Raja dan menceritakan mengenai kebenaran dan kesucian agama Islam, Ialu baginda dan semua menteri serta rakyat negeri Kedah memeluk agama Islam. Walau bagaimanapun apa yang didakwa atau ditulis oleh Muhammad Hassan ini tidaklah diketahui kebenarannya kerana tidak ada bukti-bukti sejarah yang dapat menyokong hujah-hujah beliau. Namun demikian tidak ada pula di kalangan ahli-ahli sejarah tempatan yang pernah mempertikaikan tentang apa yang ditulis olch Muhamad Hassan. Sebenarnya Muhammad Hassan adalah seorang yang sangat rapat dengan Duli Yamtuan Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah Kedah pada 1299H - 1362H/ 1 881 - 1943M. Menurut- nya, beliau telah diperintahkan oleh Y.T.M. Tunku Ibrahim Regent untuk menulis AI Tarikh Salasilah Negeri Kedah pada tahun 1923M (1345H) bagi membetulkan karangari karangan sejarah Negeri Kedah pada waktu itu yang dianggap tidak betul dan menyeleweng. Dalam rencana ini saya tidak dapat membuktikan mengenai kebenaran hujah- hujah atau tulisan-tulisan Muhammad Hassan mengenai peristiwa pengisytiharan Negeri Kedah Darul aman kerana ketiadaan sebarang bukti sejarah yang dapat menguatkan hujah-hujahnya. Bukti paling awal diternui penggunaan gelaran Negeri Kedah Darulaman ialah pada duit syiling perak. Duit syiiing perak ini adalah dipereayai digunakan pada zaman pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa Zainol Adilin Mu'adzam Shah Yang Kedua yang memerintah Negeri Kedah dari tahun 17 1 OM - 1760M (1 122H - 1 1 74H).6 Pada duit syiling tersebut di muka pertamanya tertulis dengan tulisan Jawi perkataan: "Balad Kedah Darularnan 1 141 Sanah" Manakala pada muka sebelahnya pula tertulis Sultan Muhamad Jiwa Khalifat Ar-Rahman: Duit syjling perak yang bertarikh 1141 Hijrah (1728 Maschi) ini jelas kepada kita bahawa penggunaan gelaran Negeri Kedah Darulaman telah melebihi daripada 250 tahun yang lampau. Selain dari itu, pada zaman pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah Yang Kedua yang memerintah Negeri Kedah dari 1174H - 12]2H (1760M - 1797M) pihak Kerajaan Negeri Kedah telahpun menggunakan gelaran Negeri Kedah Darularnan. Ini dapat dilihat pada surat yang menggunakan Cop Mohor Negeri Kedah Darulaman yang bertarikh pada 1 1 8 5 Hijrah ( 1 7 71 Maschi). Seterusnya perkataan Negeri Kedah Darulaman juga didapati digunakan secara rasmi di zarnan pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah Yang Ketiga yang memerintah Negeri Kedah dari tahun 1270H - 1297H (1854M - 1879M). Ini dapat kita lihat dari sepucuk surat - yang ditulis di zaman pemerintahan baginda yang berbunyi: "Pada Sanah 1283 Hijrah pada tarikh, pada seharibulan Syawal hari Khamis maka adalah hari Kapitan Bijaya Lela da@i Baba Ati mengadap ke bawah tapak cerpu Duli Baginda Yang di-Pertuan Yang Muiia Sultan Ahmad Tajuddin lbn! AI-Marhum Yang di-Pertuan Paduka Sultan Zainal Rashid yang memerintah Kerajaan Negeri Kedah Darulaman berdatang sembah makium pohonkan pajak Kuala Muda itu tiga tahun pada setahun 12 ribu rial maka jenis pajak itu, iaitiu...... sejumlah 21 perkara. Kapitan Bijaya Lela dan Baba Ati itu hendak persembah hasil pada tiap-tiap bulan jadi pada sebulan seribu rial hingga tiga tahun di dalam hai ini, jika........... Di dalam zaman pemerintahan Duli Yang di-Pertuan Sultan Abdul Hamid Haliin Shah yang memerintah Negeri Kedah dari tahun 1299H - 1362H (1 88 IM - 1943M) juga didapati telah digunakan dengan rasminya gelaran Negeri Kedah Darulaman. Ini dapat dilihat pada surat- surat atau dokumen-dokumen yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia Cawangan Utara. Sebagai contohnya di sini diambil salah satu contoh surat tersebut yang ada menyebutkan perkataan Kedah Darulaman yaiig bertajuk "Rencana Surat Beri Pada Tuan Sharif Ali Pasal Pinta Ambil Kabar Tunku Dziauddin Masuk Mari Mengadap Fasal Perturun Belanjanya Dan Berkhabar Raja Setol Mangkat iaitu Tunku Ismail". Surat tersebut antara lain berbunyi: "Afaalal-tahiyiatul wal-ikram maul doai aladaum. Daripada Paduka Cucuanda Raj? Abdul Hamid Negeri Kedah Darulaman. Barang di wasilkan Tuhan Rabbul-Aras AI-Azim apalati kira datang ke hadrat Syaikana Waaa Yini Wa Maulana Tijan Sharif All yang ada pada masa ini di dalam bandar Benua Siam hafa zahullahu Taala Aladdanu min darud-dunia ila darul-qiarr, Ama Baadah dasi itu.
Ahwal maka adalah yang Paduka Ayahanda Tunku Dziauddin dan Tunku Yusuf
masuk pergi ke Benua Tib Plirak Maha Nakorn itu Paduka Cucuanda iiienaruh
harap pinta dengan pertolongan Nenda ambil ketahui apa-apa macam yang
Paduka Ayahanda'l-unku Dziaud din dan Tunku Yusuf rnengadu di atas Paduka
Cucuanda. Dan apa apa yang Raja Maha Besar bertitah." Surat ini ditulis pada tarikh 25 Safar 1305 Hijrah (1 1 Oktober 1887 Masehi). Selain dari itu di zaman pemerintahan Duli Yang di-Pertuan Sultan Abdul Hamid Halim Shah juga terdapat perkataan Negeri Kedah Darulaman pada cop mohor diraja. Sebagai kesimpulannya kita dapat m engatakan bahawa Kerajaan Negeri Kedah memang sudah lama menggunakan gelaran Negeri Kedah Darulaman. Ini dapat dibuktikan melalui duit syiling perak yang bertarikh 1141H (1728 Masehi) di zaman pemerintahan Sultan Muhamad Jiwa Zainol Adilin Mu'adzam Shah Yang Kedua lagi. Seterusnya gelaran Negeri Kedah Darulaman itu terus digunakan pada zaman Sultan Abdullah Mukarram Shah Yang Kedua, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah dan sehingga hari ini. Mengenai dengan tarikh sebenar pengisytiharan gelaran Negeri Kedah Darulaman pada tahun 531 Hijrah (1 136 Masehi) seperti yang disebutkan oleh Muhammad Hassan di dalam bukunya AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah adalah sukar untuk diberi suatu pengesahan. Ini adalah kerana tidak ada sebarang unsur sejarah yang dapat membuktikan dengan lebih konkrit mengenai kebenarannya. Namun demikian dari apa yang didakwa dan Idibuktikan oleh Ismail Bin Haji Salleh mengenai kewujudan agama Islam di negeri Kedah dapatlah dikatakan bahawa apa yang ditulis oleh Muhammad Hassan di dalam bukunya itu mungkin ada kebenarannya.
|