Almarhum Tunku Abdul Rahman - Riwayat Hidup
Welcome to
National Archives of Malaysia Main Page Bilik Darjah Elektronik
Electronic Classroom

Pengkisahan Sejarah
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra



Tarikh: 30 Oktober 1996
Jam : 9:30 pagi

Tempat:
Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra
Jalan Dato' Onn
KUALA LUMPUR


Objektif
Mengumpul dan mendokumentasikan maklumat mengenai riwayat hidup Almarhum Tunku dan melengkapkan lagi maklumat bersejarah mengenai Bapa Kemerdekaan untuk disimpan dan dijadikan bahan rujukan Arkib Negara Malaysia

Dirasmikan oleh
Y.B. Dato' Mohd Noh bin Rajab
Setiausaha Parlimen
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan

Tokoh Pengkisahan
Y.Bhg Tan Sri Sheikh Hussein b. Sheikh Mohamed
Y.Bhg Tan Sri Dato' Shafie b. Abdullah
Y.Bhg Tan Sri Shariff b. Ahmad

Pengerusi
Y.Bhg Dato' Zakiah Hanum bt. Hj. Abdul Hamid

Jejak-jejak Negarawan Terbilang Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra
Tanggal 8 Februari 1903 adalah begitu bermakna kepada keluarga Diraja Kedah kera na pada tarikh tersebut telah lahir seorang putra Diraja iaitu anakanda ke 20 kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halimshah. Bertempat di Istana Pelamin (yang dikenali juga dengan nama Istana Tiga Tingkat), kelahirannya disambut dengan penuh kesyukura n dan telah diberi nama Tunku Abdul Rahman Putra. Sesuai dengan nama yang kepadanya beliau membesar dan menjadi nama yang begitu harum bukan sahaja di negara sendiri malah ke seluruh dunia

Walaupun dilahir dari kalangan istana namum Tunku adalah seorang negawan ulung yang berjiwa rakyat. Sejak dari kecil lagi beliau telah menunjukkan sifat-sifat begini dan sentiasa mencari jal an untuk keluar bermain bersama-sama dengan kanak-kanak lain diluar istana. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, di Alor Star dan kemudian telah dihantar ke Bangkok untuk menyertai kakanda sulungnya di sana. Setahun kemudian beliau kembali semu la ke Kedah dan meneruskan pengajian di Penang Free School. Semasa berusia 17 tahun Tunku telah dihantar untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej St. Catherine, Univeristi Cambridge dan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah pertamanya disana< p>Tunku kemudian telah beberapa kali lagi ke England untuk menyelesaikan pengajian bagi membolehkannya mendapat kelayakan undang-undang. Berkat kecekalan dan keazamannya beliau akhirnya berjaya memperolehi apa yang dicita-citanya. Semasa di England sifat kepemimpinan dan prihatin terhadap pelajar-pelajar Melayu disana telah mendorong beliau untuk mengusahakan penubuhan Kesatuan Melayu Great Britain dan beliau sendiri sebagai Setiausahanya.

Setelah tamat pengajiannya Tunku telah menyertai Perkhidmatan Aw am Kedah dan sepanjang perkhidmatannya beliau sentiasa mengambil berat terhadap masyarakat sekelilingnya. Rasa tanggungjawab yang ada pada dirinya membuat beliau selalu disebut dan dikenang oleh masyarakat sekitar tempat beliau bertugas. Beliau dikenali s ebagai seorang yang sentiasa membuka pintu rumahnya untuk rakyat

Kesedaran dan semangat kebangsaan yang sebati dalam jiwanya pula telah mendorong beliau menceburkan diri dalam UMNO dan telah dilantik sebagai Pengerusi UMNO Kedah. Ketokohan dan kepemimpi nan Tunku terselah apabila beliau telah dicalonkan untuk mengambil alih jawatan Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951

Tunku telah berjuang tanpa mengira penat lelah, keringatnya yang gugur ke bumi dalam menegakkan sebuah negara yang Merdeka tidak pernah diminta ganjaran walau dalamapa jua bentuk sekali pun. Segala perjuangan dan pengorbanan adalah semata-mata untuk rakyat dan tanah air tercinta

Semasa memperingati negara Tunku sentiasa berusaha menaikkan nama negara supaya dikenal di mata dunia. Sifat- sifat kepemimpinan yang tersemai dalam dirinya telah menyebabkan negara dikenali umum dan pandangan dan suara Malaysia sering diambil kira dalam apa jua rundingan yang diadakan. Setelah bersara dari politik dan jawatan Perdana Menteri bukanlah bermakna Tu nku Abdul Rahman akan berdiam diri. Beliau terus juga mencurahkan baki dalam kerja-kerja amal kebajikan di peringkat dalam dan luar negara

Sebagai seorang negawan ulung dan pemimpin negara yang tercinta pemergiannya pada 6 Disember 1990 adalah satu kehi langan yang amat dirasai, tetapi kehendak Allah tiada siapa yang dapat menghalang. Sebagai manusia kita hanya dapat merancang sahaja. Bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Nama Almarhum Tunku Abdul Rahman Put ra tetap harum dan bersemadi dalam lipatan sejarah tanahair. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

ALFATIHAH ....


Web Posted at January 3, 1997