Cara Mengukur



Cara hendak mengukur

(KALAU NAK HANTAR SAMPEL BAJU PUN BOLEH)
Ada beberapa ukuran yang perlu

1. Panjang Bahu ke bahu (PBB)
 -cara megukur: Rasa pada sambungan tangan dan bahu di bahagian atas 
(Anda boleh rasa tulang terbonjol sedikit disini). Kemudian ukur jarak 
antaranya. Sila lihat rajah.

2. Labuh Tangan (LT)
  - cara mengukur: Dari bonjol tulang bahu (lihat penerangan PBB) ukur 
ke  bonjol tulang di pergelangan tangan, (boleh dilebihkan mengikut 
anda).

3. Lebar Ketiak (LK)
- cara mengukur: Cuba ukur keliling ketiak dan bahu. Pada kebiasaannya 
untuk badan wanita malaysia saiz kurus ukurannya 13-14 inci, saiz 
sederhana, ukurannya 15-16 inci. Saiz besar biasanya 16-17 inci. 

4. Lebar Tangan (Le_T): Ukur di lebar di pergelangan tangan.

5. Ukuran Leher (UL) : Ukur keliling leher dibawah halkum. 

6. Labuh Baju(LB): Ukur labuh baju seperti yang anda kehendaki.

7. Ukuran Pinggang (UP): Ukur pinggang dimana biasanya pinggang kain 
yang anda pakai terletak.

8. Labuh Kain (LKa): Dari tepi pinggang di UP, ukur labuh kain seperti
 anda kehendaki. (Biasanya sehingga menyentuh bawah buku lali).

9. Ukuran Punggung (UPu): Ukur keliling punggung di beberapa tempat. 
Tuliskan ukuran yg paling besar.


Back to

Main page: