S_3.jpg (9583 bytes)

SELAMAT BERKUNJUNG
KE LAMAN WEB ALUMNI INSTITUT BAHASA MELAYU MALAYSIA

Institut Bahasa Melayu Malaysia merupakan sebuah institusi pendidikan ulung yang mendidik para guru di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1956 di Bukit Senyum, Johor Bahru sehinggalah terbinanya kampus Lembah Pantai pada tahun 1958, Institut Bahasa Melayu Malaysia telah melahirkan ribuan pendidik di Malaysia. Buat kali pertama Kementerian Pendidikan telah mengubah Sistem Pendidikan Guru dimana Kursus Perguruan Asas atau KPA telah dimansuhkan dan digantikan dengan Kursus Diploma Perguruan Malaysia atau KDPM. 19 Ogos 1996 merupakan satu detik penting dalam sejarah Pendidikan Guru di Malaysia apabila kumpulan perintis pertama Diploma Perguruan Malaysia telah melapor diri di maktab dan institusi perguruan seluruh negara. Institut Bahasa Melayu Malaysia juga telah menerima pelajar perintis pertama seramai 212 orang yang merangkumi pengkhususan Pengajian Melayu dan Kajian Tempatan, Pengajian Melayu dan Pra Sekolah, Pengajian Melayu dan Matematik serta Matematik dan Pengajian Melayu. 12 Jun 1999  merupakan satu perpisahan buat semua perintis pertama KDPM Institut Bahasa Melayu Malaysia. Para pelajar KDPM kumpulan pertama ini merupakan kumpulan yang mempunyai keakraban persahabatan yang terjalin sepanjang 3 tahun di IBMM. Sehubungan dengan itulah maka Alumni Institut Bahasa Melayu Malaysia  ditubuhkan. Dengan tertubuhnya Alumni ini akan menjadi satu gerbang perhubungan dalam dunia  alaf baru yang berkekalan diantara semua pelajar KDPM. Dalam menuju kearah Pendidikan Bertaraf Dunia Alumni IBMM berjanji akan menyumbangkan tenaga dan usaha kami ke arah memertabatkan Pendidikan di Malaysia.

Semoga terbinanya laman ini pelbagai maklumat dapat dikongsi bersama.Terima kasih.

Links:-



 

Tulis Buku TetamuEN00351A.gif (2618 bytes)Baca buku tetamu

Best Viewing With :
Netscape Communicator & Interner Explorer 4.0
Jika Anda Ada Sebarang Pertanyaan Dan Maklumat Terbaru Sila Hubungi Kami di:
alumni_ibmm@Hotmail.com
atau
Sekretariat Alumni Institut Bahasa Melayu Malaysia
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Bahasa Melayu Malaysia,
Lembah Pantai,
59990 KUALA LUMPUR


Dibina oleh Webmaster:-
Ezani bin Yusoff
Faizul Insani Ahmad