Syahid Selepas Memelok Islam
Suatu ketika tatkala Rasulullah S.A.W sedang bersiap di medan perang Uhud,
tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin
Thabit telah datang menemui baginda. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut
perang bersama Rasulullah S.A.W. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian
kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk
Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan
jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan.
Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, "Kalau aku tahu kebenaran
yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya." Demikian
angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah
kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup
untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang
bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Nabi S.A.W,
menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan
perang di bawah pimpinan Nabi S.A.W. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya.
Nabi S.A.W menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira., tambah pula rela
akan maju bersama Nabi Muhammad S.A.W. Tetapi orang ramai tidak mengetahui
peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di
kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju
sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar
memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh
mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia
jatuh pengsan.
"Untuk apa ikut ke mari ya Amar !" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya,
sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam
lalu mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu
Amar lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, lalu aku
siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah akan memberikan syahidah padaku
dalam waktu yang tidak lama lagi."
Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu
hal ini diketahui Rasul S.A.W, maka baginda pun bersabda,, "Amar itu nanti akan
berada dalam syurga nantinya." Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar
dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat
yang banyak mengetahui hadith Nabi S.A.W berkata kaum Muslimin, "Cuba kamu
kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat
sekalipun juga terhadap Allah."
"Jika kamu tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun
menyambung, ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit."
Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak
pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia
belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya
tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Nabi S.A.W . Ia menjadi Muslim, lalu
maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan
mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama
Allah di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan
syahid. Nabi S.A.W menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.