Isu Tanah

Dua isu yang menjadi bantahan ramai dan perhimpunan secara aman di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Februari, 1999. Satu, mengenai penggunaan tanah untuk melaksanakan laluan Taman Meru ke Lumut, yang merupakan alternatif untuk tidak memasuki bandaraya Ipoh. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan kenderaan yang datang dari arah Sg. Siput/Chemor untuk ke Lumut dan sebaliknya. Laluan ini diwujudkan sebagai pintasan kenderaan untuk mengelakkan kesesakan dalam bandaraya Ipoh.

Walau bagaimana pun sudah melebihi setahun laluan ini berfungsi maka barulah timbul, kononnya jalan yang dibina adalah melibatkan penempatan setinggan yang kebanyakkannya kaum India. Janjian yang dibuat secara lisan oleh Pejabat Tanah Kinta ialah akan menggantikan penempatan itu dengan yang baru. Tapi hingga ke hari ini tiada apa pun yang diterima.

Isu kedua ialah berhubung dengan sekeping tanah bekas lombong di Batu 6, Jalan Chepor, Chemor. Kononnya keizinan telah diberikan oleh pihak Pejabat Tanah Kinta kepada sekumpulan keluarga India untuk menambak kolam yang merupakan bekas tapak lombong. Sebanyak lebih RM250,000.00 telah dibelanjakan oleh 36 buah keluarga ( satu keluarga RM7,000.00) untuk menimbus lubang lombong tersebut dan termasuk perbelanjaan ukur. Tetapi hingga ke hari ini tiada hakmilik yang dikeluarkan. Samada ia sedang diproses atau tiada, maklumat tidak diketahui.