Dato' PTG pentingkan Kaum Ca Ya Nun Alif?

Hai tergelak Jembalang mendengar kritikan dan rintihan rakyat biasa yang baru nak berjinak-jinak dengan permohonan-permohonan. Adakah di zaman kegawatan "ekonomoney" ini masih kedapatan insan yang mengajukan permohonan sekim perumahan atau industri. Pukulan yang teruk terhadap ekonomi negara kita membawa kesan yang mendalam terhadap ekonomi negeri Perak terutamanya industri perumahan dan industri pengeluaran.

Dalam masa yang sama Jembalang dengar memang terdapat pengurangan permohonan-permohonan yang diterima oleh PTG Perak. Apa tidaknya. Kelulusan sudah dikeluarkan tetapi premium masih belum dijelaskan. Statistik menunjukkan premium yang masih belum dibayar mencapai angka RM70 juta. Apakah benar itu wahai Dato' Samad? Mengapa Dato' mendiamkan diri terhadap bilangan yang memohon tetapi tidak bersungguh-sungguh! Kenapa pula ada rungutan yang Jembalang dengar bahawa ada pihak yang bersungguh-sungguh hendak melaksankan sesuatu projek gagal dipertimbangkan walau pun telah mencukupi syarat pemberian tanah berkenaan? Dato' tolong kendurkan sedikit aktiviti Dato'. Jangan bagi peluang Jembalang bukakan tembelang Dato'. Nanti susah mengundang kehidupan Dato' sekeluarga. Anak buah Dato' tolong nasihatkan sama. Usah meniayai kita sesama manusia. Kalau orang berkenaan layak dipertimbangkan bagi sokongan kat dia. Biar EXCO memutuskan jangan kita sekat diseparuh jalan. Ini untuk kebaikan Dato' sahaja. Kembalikanlah keadilan untuk semua. Jangan pentingkan kroni kita sahaja. Asyik-asyik bila EXCO meeting lulus kepada Perbadanan sahaja. Gosip-gossip!!!