Surat Kepada MR (Minda Rakyat)

Saudara Pengarang,

Saya amat berterima kasih sekali di atas kesudian saudara memaparkan kes penyelewengan pemberian tanah di Chemor, Perak, seluas lebih 13 hektar kepada pemaju perumahan hingga memusnahkan peluang orang kampong mendapatkan lot tanah kampong tersusun melalui ruangan yang saudara kendalikan ini.

Namun amat sedih tiada apa-apa respon daripada pihak berkenaan, walau pun saya percaya mereka tahu bantahan rakyat telah dibuat berkenaan perkara ini. Saya juga mendapat tahu bahawa turut terlibat dalam hal ini ialah YB Dato' Mazidah Zakaria selaku ADUN kawasan ini. Bekas Penghulu dulu pun kononnya terlibat sama.

Siapalah kami ini untuk diendahkan. Kami juga sedang berusaha menggunakan saluran lain untuk mendapatkan kembali tanah yang kami pohon itu daripada menjadi hak milik pemaju berkenaan. Bagaimana pun terima kasih atas kerjasama saudara.

 

Pemohon Kecewa

 

Komen Jembalang

Saudara cuba beberapa langkah berikut (ini adalah pandangan peribadi saya):

  1. Buat bantahan secara memorandum kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak
  2. Buat bantahan kepada Jabatan Agama Islam Perak kerana masjid bakal dicemari oleh perumahan teres yang melibatkan rumah bukan Melayu dan kegagalan masjid dimakmurkan akan berlaku. Orang bukan Islam pasti akan bela anjing umpamanya.
  3. Buat bantahan kepada Majlis Bandaraya Ipoh
  4. Buat bantahan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran kerana kawasan perumahan bakal membuat parit yang melalui kampong Melayu
  5. Jangan lagi mengundi Dato' Mazidah atau sesiapa sahaja daripada persekongkolan ini.
  6. Beritahu kawan dan saudara anda boikot semua projek kerajaan UMNO dan pulaukan segala majlis yang dibuat oleh UMNO yang bakal berkempen dalam pilihanraya sedikit masa nanti.
  7. Jika belum dapatkan bantuan daripada PAS untuk kompromi menumbangkan ADUN kawasan ini.