Peniaga Gerai Jualan Hasil Laut Tipu Pelancong

Kepada Unit Penguatkuasa Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, jangan pejamkan mata anda tatkala anda membuat operasi di sekitar Lumut yang terkenal dengan kawasan pelancongannya di negeri Perak.

Jembalang ada menerima laporan daripada rakyat tempatan yang mengatakan bahawa terdapat peniaga gerai-gerai yang beroperasi berhampiran jeti Lumut-Pangkor menipu pelancong dengan melabelkan berat sahaja tapi tidak ada harganya. Contohnya, jika sotong yang sudah dikeringkan serta dibungkus dengan plastik yang cantik mempunyai pula tanda RM .80 itu bukan bermakna RM0.80. Tetapi sebaliknya berharga RM3.00 yang tidak ada catatan harga pada bungkusan itu. Apabila ditanya penjual akan menjawab itu 80 gram. Harganya RM3.00 sedang hanya berat dicatatkan tiada ringgitnya walau tulisan RM ada di bungkusan itu. Apakah ini tektik baru peniaga menipu pelancong?

Aduhai Samsul, harap-harap tuan jangan pejamkan mata juga. Mungkin perkara ini kecil nampaknya tetapi membawa erti yang besar kepada kita semua. Sesekali elok contohi bekas YDP dahulu itu Tuan Ismail Shah Bodin yang kerap dengan penyamarannya. Asal tujuan baik tidak apa. Jembalang harap pihak yang berkenaan dengan perkara ini tidak akan berdiam diri sebaliknya tolonglah siasat mengapa perkara ini boleh terjadi. Usah biarkan hanya kerana sedikit keuntungan yang hendak dicapai akan memberikan imej yang buruk kepada industri pelancongan kita. Gosip-gossip!!!!