Kemana Zahid Menghilang?

Tidak seperti Ruslan Kassim, Yang Berhormat (YB) Dato' Haji Ahmad Zahid bin Hamidi terus ditelan sepi setelah keluar dari ISA, ekoran penyataan simpatinya terhadap Yang Tertuduh (YT) Dato' Seri Anwar bin Ibrahim.

Biar beberapa kali YB Dato' Haji Ahmad Zahid muncul dalam majlis penerangan tajaan UMNO setelah pembebasannya, tetapi itu tidak menjurus kepada pendiriannya sebelum ditahan. Ini memberikan tanda tanya kepada pejuang-pejuang gerakan reformasi di tanah air tercinta. Kepujian pula harus diberikan kepada saudara Ruslan Kassim kerana dalam ucapannya semasa menghadiri majlis sambutan Eidul Fitri di Chemor, Perak pada 13 Feb., 1999 lalu, beliau dengan tegas menyatakan bahawa semangat perjuangannya kini lebih daripada apa yang dialaminya sebelum disembunyikan selama dua bulan dalam 'Iblis Syaitan Act' (ISA).

Sumber yang dipercayai menyatakan bahawa YB Dato' Haji Ahmad Zahid berada dalam dilema kerana bapanya Tuan Haji Hamidi memberikan kata dua kepada anakandanya yang tersayang, iaitu 'berundur dari kerusi UMNO atau menerima penentangan daripada ayahandanya sendiri'. Sumber menyatakan bahawa Tuan Haji Hamidi suatu masa dulu sangat berjasa kepada PAS walau tidak menjawat jawatan yang penting. Hasrat untuk mewakili PAS kali ini sesuatu yang mengharukan kepada pejuang gerakan keadilan.

Sesungguhnya ini merupakan satu lagi kemuncak bahawa kekebalan UMNO di Negeri Di Bawah Keredho'an Ilahi ini lebur akibat bara fitnah terhadap YT Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Jembalang