Tak
taulah saya apa yang BEST sangat tentang Anwar nih. Tapi ramai
yang kata BEST! PAS kata BEST, ABIM kata BEST, budak-budak U kata
BEST (awek UM kata Anwar handsome), mat-mat motor dan PUNKERS
pun kata BEST, Senator-senator US pun kata BEST, Presiden-presiden
negara jiran yang satu baru 2 bulan dan lagi satu 3 bulan pun
kata BEST. Singapore lagi kata BEST.
Kalau kita lihat yang kata Anwar BEST sebab diorang TAK BEST
!!
1) PAS : Anwar pun tak nak masuk
PAS walaupun dah kena pecat, sebab dia tahu PAS TAK BEST. Sebab
Anwar ada ramai penyokong-penyokong TAK BEST, PAS pun cuba cari
penyokong kat supporters Anwar, PAS buat ler politik murah. Pemimpin-pemimpin
PAS pun banyak masuk ISA, diorang pun tahu apa yang berlaku ketika
di ISA, diorang saja diam jer, takut nanti orang tak marah sangat
kat Kerajaan. Kalau al-Syahid Ibrahim Libya hidup lagi
mesti dia GELAK BESAR, baru kena sikit dah nak mengelejat,
camna nak berjuang.
Al-kisah seorang Sahabat Rasulullah s.a.w. yang memberhentikan
libasan pedangnya setelah diludah oleh seorang kafir yang sedang
dia pertarung, kerana perasaan marah telah menyirap ke hatinya.
Sahabat Rasulullah itu takut jika dia membunuh kafir itu kerana
KEMARAHAN dan bukan kerana ALLAH s.w.t. ( kalau nak tau
lebih lanjut rajin-rajin ler bukak terjemahan al-Quran, Kumpulan-kumpulan
hadith dan kitab-kitab Ilmiah Islam yang lain). Kalau dikira
dengan akal, tengah berlawan mesti ada perasaan marah, dan apa
salah pun jika ada bercampur dengan marah janji kita bangun memerangi
musuh. Malangnya bukanlah demikian kehendak Allah s.w.t. dan tidak
pula tindakan begitu dipanggil JIHAD FISABILLILLAH tetapi
REFORMASI atau GERAK ( saya tak kata, orang PAS kata
camtu). Moral dalam kisah tersebut adalah setiap Perjuangan
yang dituntut Allah s.w.t mestilah berserta denganNya, bukanlah
berserta dengan DAP,NGO, US atau kemarahan ke atas Dr.Mahathir,
nanti malaikat kata" TAK BEST ler"...PAS bukan sokong
Anwar pun, cuma nak teruskan Agenda PAS.. tak baik tipu penyokong
Anwar..tak best tau.
2) ABIM : ABIM kata kalau Anwar tak dak nanti Malaysia
teruk, bimbang gak kalau satu persatuan angkatan ISLAM cam ABIM
nih cakap-cakap Syirik camnih. Harap-harap takde ler pula ada
yang terbuat patung BERHALA Anwar lak, sebab ramai udah
yang usung gambar Anwar merata-rata, cuba tengok dalam wallet
diorang ada dak gambar Anwar? ( gambar anak perempuan Anwar
teman adeler simpan - jangan jealous)
Orang-orang ABIM pun telah ramai direformasikan oleh Anwar, yakni
reformasi ke UMNO. Kenapa Anwar bawa orang ABIM ke UMNO? Senang
jer jawapannya. KAYA. Cuba-cubalah tanya mana satu Orang-orang
Kuat Anwar yang tak KAYA. Yelah..orang-orang ABIM tak suka orang
lain KAYA, diorang nak diorang je KAYA dan BERKUASA baru best.
Tak hairanlah kalau diorang bangun MENYOKONG ANWAR, sebab Anwar
dah banyak berjasa pada mereka nih. Memang sifat orang Melayu
sayang Taukeh. Malangnya bila ada isu-isu hak ISLAM tergugat ABIM
tak pun melenting. ABIM senyap bila masjid kena serang dan lain-lain
lagi, malas teman nak teruskan..korang pun tahu apa teman maksudkan.
Tapi bila Taukeh korang didakwa dah kecoh satu nusantara, baru
nak cakap pasal ISLAM.. itu pun tak IKHLAS..apasal tak kata JIHAD
tapi REFORMASI ? Korang tukar ler nama Angkatan Belia Islam
Malaysia ke Angkatan Belia Anwar Malaysia..baru BEST tepat
pada maksud persatuan.
3) DAP, NGO, Angkatan Kristian dan Media Barat : Diorang
nih memang anti-Islam, semua orang tau tapi kenapa diorang sokong
Anwar ? Tak tau mau cakaplah...sendiri ingatlah!!
4) Kerajaan US, Britain, Indonesia dan Filipina: Diorang
pun sama, memang anti-Islam. US memang yahudi, negara Sudan bagi
bekalan SUSU jer kat Iraq pun kena BOM, tapi sayang kat ANWAR.
Britain dok simpan Salman Rushdi, Lady Diana pun diorang bunuh
sebab nak kahwin dengan orang Islam ( Dodi Al-Fayed), tapi Britain
sayangkan Anwar. Hanya orang yang anti-Islam jer boleh dapat sokongan
diorang nih.
Indonesia memang dah dipegang US sebab ambil bantuan IMF,
sebab tu ramai Ulamak kena bunuh, yang sedih lagi ustaz kampung
pun kena bunuh gak. Tapi PAS dan ABIM serta penyokong Anwar tak
kisah pasal tu.. tak taulah kenapa, tak penting kut..Tuhan Anwar
lebih utama. Indonesia pun pernah bunuh orang-orang Melayu kat
Malaysia tengah sembahyang kat Masjid dan Surau sewaktu Konfrantasi
Malaysia-Indonesia dulu, tapi orang Melayu Malaysia suka lupa.
Sebab tu Presiden tiga bulan Indonesia pun sayangkan Anwar.
Filipina pun anti-Islam, dah lupa ker orang-orang Islam
Mindanao yang dibunuh, dirogol dan dirampas hak mereka.
Atas usaha Mahathir juga Mindano dapat dibebaskan dari kezaliman
itu. Sebab itu dendam kristian Filipina masih lagi membara dan
US pun suruh buat masuk campur hal Anwar nih. Janganlah hairan
kenapa pemimpin Islam Moro Mindanao buat tak reti jer.
Sebab tu Presiden dua bulan Filipina sayangkan Anwar.
Yang TAK kata Anwar BEST adalah negara-negara Islam yang lain.
Terpulanglah...kepada korang, apa yang aku nyatakan di atas
bukanlah fitnah tapi fakta-fakta yang korang pun sudah tahu, cuma
belum sedia nak maklum dan kalau benarlah sahabat-sahabat Anwar
yang kat Filipina tu ada memiliki dokumen-dokumen rahsia negara
seperti mana dikatakan oleh orang ABIM dan penyokong Anwar, maka
itu sudah SAH menunjukkan Anwar dan Sahabat-sahabatnya adalah
PENGKIANAT BANGSA dan NEGARA. Harap-harap korang semua tak jatuh
Syirik,Munafiq, Fasik dan Zindiq sudah cukup menjadi harapan teman.