Pengenalan Kepada BTN

Biro Tata Negara atau National Civic Biro adalah 100% di bawah Perdana Menteri yang berpejabat di Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Biro ini digunakan untuk memberi latihan dan kursus intensif dalam turning over pemikiran secara reversed psychology untuk menyokong Barisan Nasional yakni Kerajaan BN.

Dalam siri-siri kursusnya akan ditekankan tentang pembentukan minda orang Melayu dan perkauman dengan memperlihatkan kuasa Melayu sebagai pemimpin yang tidak boleh diperlekehkan. Peserta akan diasak bertubi-tubi betapa Perdana Menteri mesti dikekalkan kerana beliau satu-satunya orang Melayu yang mampu untuk membela nasib orang Melayu.

Selain itu, diperlihatkan juga kononnya kuasa asing tidak senang dengan Perdana Menteri Melayu yang terlalu menonjolkan diri dalam dunia Ke 3. Kita akan sentiasa dijajah, mundur , sengsara dan kacau bilau dan kelam kabut sekiranya perubahan politik yang mendadak. Juga akan diwarwarkan dengan cerita-cerita rekaan dan dokumen palsu yang kononnya didapati dari SB-SB dan Perisikan Tentera tentang gerakan dari parti-parti Pembangkang.

DAP akan dicap sebagai menyambung perjuangan parti komunis contohnya telah mengikat perjanjian dengan Republik Rakyat China dan Singapura untuk membebaskan/ memerdekakan Pulau Pinang sekiranya mereka menang. Manakala PAS di gambarkan di dalamnya terdapatnya kumpulan militan berani mati yang begitu radikal yang akan menyembelih puak-puak kufar yang tidak mengikut syriat Islam. PRM digambarkan golongan sosialis yang lebih membawa kepada fikiran yang terlalu OPEN sehinggakan tidak ada langsung idealogi , adat dan ke agamaan.

Sebenarnya mereka tahu walau apapun yang disogokan Sejarah membuktikan peralihan Kerajaan tidak berlaku sebarang masalah atau perkauman. Sabah contohnya beberapa kali Kerajaannya bertukar rakyatnya masih sedemikian. Tidakpun berlaku sebarang kekecohan. Perubahan demi perubahan kerajaan dari Usno ke Berjaya ke PBS dan Umno tidak berlaku kekecohan walaupun sehari seperti apa yang Kerajaan BN hari ini gambarkan .

Peralihan Kerajaan Negeri sedemikian juga Pulau Pinang dan Kelantan tidak pernah berlaku apa yang Kerajaan BN gambarkan. Pulau Pinang ketika diambil alih oleh Gerakan walaupun pada awalnya disogok dengan cerita akan menyertai Singapura dan menghapuskan Hak-hak orang Melayu tapi tidak berlaku walaupun sehari.

Kelantan pula mencipta rekod-rekod tersendiri dalam pembangunan, pembasmian kemiskinan yang drastik dan pelbagai sektor lain. Hari ini dalam kerajaan Kelantan masih wujud perjuangan dari dalam puak-puak UMNO yang berkhidmat dalam kerajaan negeri Kelantan yang mensabotaj mengeksplotasi, menyeleweng dan menghabiskan duit kerajaan negeri. Seandainya Kerajaan Negeri Kelantan kalah dalam Pilihanraya kali ini puak-puak ini akan menonjolkan diri sebagai saksi yang mana kononnya Penyelewengan Dalam Kerajaan Kelantan .

Perkara ini kami sedari dan kita masih melihat dan mengumpulkan maklumat dan data-data sebelum meraka ini kita hadapkan ke Mahkamah. Jangan ingat apa yang berlaku dalam pentadbiran Negeri Kelantan kami tidak tahu walaupun SB-SB dikatakan berpihak kepada BN atau kerajaan pusat.

Kami juga kenal dan tahu pegawai-pegawai SB-SB mana yang terlibat malahan ada antara mereka adalah kenalan baik kami.

Komen Anda