Zaman Mahathir:
Dasar luar terhadap Israel makin longgar

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan dasar luar Malaysia terhadap negara haram, Israel semakin longgar dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

DPPP berkeyakinan bahawa Wisma Putra sedang berusaha secara senyap untuk mengiktiraf negara haram tersebut, kata Ketua Pemudanya, Mahfuz Omar sambil menegaskan DPPP tidak akan bertolak ansur dengan kerajaan BN yang sedang berusaha untuk mewujudkan hbungan diplomatik dengan negara-negara pengganas terutama Isral.

"Jika pada zaman sebelum Mahathir, kerajaan sangat bertegas terhadap dasar dengan Israel, tetapi kelonggaran dasar luar berlaku di bawah kepimpinan Dr Mahathir," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Wisma Putra berikutan pertemuan Menteri Luar. Dato' Syed Hamid Albar dengan rakan sejawatnya David Levy dari Israel, di New York 27 September lepas.

Memorandum yang ditujukan kepada Syed Hamid itu dihantarkan oleh Ketua DPPP, Mahfuz Omar pada kira-kira jam 11 pagi dengan diiringi oleh beberapa pimpinan Pemuda PAS dan Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Wilayah Persekutuan.

Walaubagaimanapun, memorandum itu hanya diterima oleh Setiausaha Politik Syed Hamid, Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang mewakili Syed Hamid.

Mahfuz berkata, sejarah membuktikan bahawa semenjak pemerintahan Dr Mahathir pelbagai peristiwa berlaku yang melambangkan rangkuman usaha kerajaan BN ke arah mengiktiraf negara haram tersebut.

"Kerjasama ekonomi, politik dan sosial dilakukan oleh kerajaan BN secara haram dan senyap serta disembunyikan daripada diketahui rakyat," katanya dalam memorandum itu.

"Lawatan Tunku Abdullah ke Israel, lawatan pelajar Israel dengan diketuai Penolong Ketua Pendidikan negara itu ke Malaysia dan kehadiran pasukan kriket Israel ke negara ini pada tahun 1997 adalah antara rentetan hubungan dengan Israel yang sedang dibina," ujarnya lagi.

Sebelum itu, pada tahun 1996, kerajaan membenarkan Public Bank Berhad menjalinkan hubungan dengan Bank Hapoalim, Israel untuk memudahkan urusan kewangan antara kedua-dua negara, kata Mahfuz.

Kerajaan BN juga menggunakan khidmat syarikat perunding iklan Yahudi, Saatchi and Saatchi untuk merancang strategi pilihanraya BN selain melantik firma Yahudi, Solomon, Smith and Barney Inc sebagai penasihat ekonomi negara, katanya.

Mahfuz berkata, pertemuan itu juga menunjukkan BN sedang melobi yahudi dan masyarakat antarabangsa untuk menyakinkan mereka bagi membantu mempertahankan kerajaan BN dalam pilihanraya akan datang.

Menurutnya, meskipun Dr Mahathir pernah menyalahkan orang Yahudi terutama George Soros berikuran krisis kewangan ini tetapi Dr Mahatihr memalukan rakyat negara ini apabila memohon maaf keapda Pertubuhan Yahudi Sedunia kerana kritikannya itu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bagawa DPPP dan rakyat akan memgambil tindakan drastik terhadap BN dalam pilihanraya umum akan datang sebagai membantah sikap biadap kerajaan BN yang menghina rakyat negara ini dengan tindakan-tindakan itu.