SURAT TERBUKA KEPADA BRIG JEN HAJI MOHAMMAD FAHMI PENGERUSI JAWATANKUASA REFORMASI MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.

Yang Berbahagia Tuan Haji Jeneral ,

Saya adalah salah seorang yang amat mennyanjung tinggi diatas pandangan keislaman yang Tuan Haji Mohammad Fahmi terapkan dalam perjalanan seorang insan di duniawi ini. Sekembalinya Tuan Haji dari menunaikan rukun Haji tahun lepas merupakan detik kecemerlangan Tuan Haji dalam menyatakan keperibadian diri.

Alhamdulillah ,sebagai seorang kawan dan rakan setugas, pandangan-pandangan dan teguran nasihat Tuan Haji dalam memberikan pandangan dan nasihat selama ini sememangnya amat saya sanjung tinggi. Tuan Haji pernah menyatakan betapa pentingnya seseorang mesti mempunyai keperibadian dan jatidiri . Tidak mudah diperbodohkan dengan idelogi dan boleh di beli dengan wang ringgit dan pangkat. Malahan Tuan Haji cukup anti kepada mereka yang memfitnah dan menganiaya. Cukup hebat dan meyakinkan.

Tercetusnya pergolakan politik tanah air telah menggambarkan siapa Tuan Haji sebenarnya. Sanjungan yang tinggi dan sikap tawaduk Tuan Haji selama ini merupakan hanya sebuah lakunan yang menipu dirr dan orang sekeliling.

Dimanakah keperibadian dan falsafah perjuangan Tuan Haji ? Sumpah setia yang dilafazkan dalam mengangkat sumpah dalam tentera juga Tuan Haji lupakan. Apa yanag Tuan Haji lafazkan dan perkatakan selama ini sebenarnya hanya satu penipuan dan pendustaan. PENIPU DAN PENDUSTA itulah diri Tuan Haji sebenarnya.

Atas dasar kepentingan diri dan kerakusan harta, Tuan Haji sanggup menghina diri dan mencampakkan diri di lembah yang sehina-hinanya.

Hanyalah kerana Tuan Haji tidak dapat menjadi Ketua Pengarah Risikan Angkatan Tentera ( Defence Intelligence ) ,Tuan Haji sanggup menjual maruah dan harga diri, membiarkan diri di permainkan oleh kuasa politik. Semata mata kerana mahu mengampu Perdana Menteri Dato'Seri Dr. Mahathir Mohammad Tuan Haji telah memberikan araahan kepada FRU untuk mencampurkan asid lemah dan pewarna untuk digunakan dalam operasi water canon. Saya juga tidak menolak kemungkinan dalam pertempuran dengan orang awam Tuan Haji telah memberi arahan untuk bertindak memukul dengan niat mencederakan orang awam.

Sedarkah Tuan Haji kemungkinan kematian juga boleh berlaku. Semburan asid bukan saja memberikan kerengsaan kulit malah boleh membuat seseorang itu buta atau pekak.

Mahukah Tuan Haji melihat anak-anak Tuan Haji sendiri sedemikian disebabkan sikap dan perangai Tuan Haji. Tuan Haji perlu ingat jangan hanya kerana pangkat dan mengampu membabi buta mengakibatkan diri dan keluarga Tuan Haji di ancam pelbagai masalah.

Fikirkanlah apakah dosa-dosa anak-anak Tuan Haji seandainya orang lain bertindak keatas mereka disebabkan oleh perasaan dendam mereka kepada Tuan Haji.

Pangkat yang disandang dan dijawat hanyalah tanggung jawab untuk melaksanakan bukan untuk melepaskan dendam dan kekecewaan.

Insyallah hari ini Tuan Haji menganiaya orang esok lusa orang akan balas kepada Tuan Haji atau pun anak anak Tuan Haji sendiri.

Biarpun seribu kali Tuan Haji menunaikan umrah dan Haji belum tentu dapat membasuh dosa Tuan Haji menganiaya orang awam . Apalah ertinya Haji dan Taubat di Mekah tapi mempunyai hati dan perasaan seiras Yahudi.

Apakah perasaan Tuan Haji ketika bercakap dan melihat kewajah mereka yang sama-sama bermesyuarat mingguan di Majlis Keselamatan Negara. Lupakah Tuan Haji ada diantara mereka adik-adik dan anak mereka teraniaya disebabkan oleh arahan yang diberikan oleh Tuan Haji Sendir.

Seandainya keadaan berterusan dan dalam siri-siri demontrasi akan datang , Wallahi ,wabillahi wataallahi ,saya akan menyenaraikan siapa Tuan Haji, nama dan keluarga Tuan Haji , siapa anak-anak, gambar Keluarga Tuan Haji, nombor talipon rumah-rumah dan pejabat, nombor talipon tangan , nombor kereta-kereta Tuan Haji dan sejarah-sejarah pahit manis kehidupan Tuan Haji.

Semuga Allah memberikan hidayah untuk Tuan Haji bertaubat dan memohan kemaafan daripada mereka yang telah Tuan Haji aniaya.Sedarlah kehidupan ini hanyalah sementara sahaja. Jangan kita terpedaya oleh janji-janji manis yang sebenarnya janji Syaitan Laknatullah. Wassallam. Ahli Majlis Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara