Mahathir Cuba Bunuh Anwar

Kejadian Anwar mengalami keracunan makanan betul-betul mengejutkan saya. Ini jelas satu percubaan untuk membunuh Anwar yang dilakukan oleh anjing-anjing Mahathir untuk melindungi tuannya yang ketakutan.

Merujuk kepada laporan berita oleh AFP dan Bernama, badan Anwar mempunyai kandungan asid arsenik yang cukup tinggi. Mengikut pengetahuan saya, asid itu boleh digunakan untuk membunuh seseorang dengan perlahan-lahan, tanpa disedari oleh mangsa itu sendiri. Ia boleh digunakan dengan dicampurkan terus di dalam makanan atau bekas makanan atau minuman.

Apa yang lebih jelas lagi, asid itu adalah bahan terkawal yang hanya digunakan oleh tentera dalam operasi khas sahaja. Siapa pula di kalangan rakyat biasa yang mempunyai bahan khas itu dan cara yang digunakan melainkan anjing-anjing Mahathir sahaja.

Inilah yang sedang dan akan terus berlaku di negara kita ini jika kita masih belum sedar bahawa NEGARA INI sedang bergerak ke arah KEDIKTATORAN TOTAL yang diketuai oleh Mahathir dan disokong oleh kroni-kroninya.

Saya percaya, masanya telah lama tiba untuk kita mengerakkan satu perubahan besar rakyat untuk menolak pimpinan Mahathir dan menggantikan dengan kepimpinan yang lain. Dan saya percaya, ramai di kalangan menteri-menteri dan kaum kerabat mereka yang menyedari keadaan itu tetapi takut untuk bertindak kerana sayang pada kedudukan peribadi dan kekayaan mereka.

Tapi adakah mereka akan sanggup bertahan bila gelombang rakyat semakin besar yang akan menenggelamkan ketakutan yang cuba diwujudkan oleh Mahathir dalam kehidupan rakyat negara ini. Saya menyeru pimpinan sebegitu agar segera BERPALING TADAH daripada MAhathir dan menyokong RAKYAT sebelum rakyat menghancurkan kekayaan dan kedudukan mereka sebelum ini.


Barisan Revolusi Rakyat Malaysia