URGENT :

Anwar Keracunan Makanan

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim mengalami keracunan makanan di mahkamah ketika perbicaraan kesnya hari ini (Jumaat, 10 September).

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Hospital Universiti UKM, Cheras untuk mendapat rawatan segera. Menurut sumber-sumber kami, ujian air kencing menunjukkan wujud kandungan racun "accenic" dalam badan yang bersumber daripada makanan yang dimakan oleh beliau.

Kami difahamkan racun accenic boleh membunuh secara perlahan-lahan manusia yang memakannya. Ia adalah sejenis senjata pembunuh yang sangat popular digunakan di kalangan perisik. Racun itu boleh dicampurkan dalam makanan atau minuman atau cukup disapukan pada gelas atau bekas makanan yang digunakan.

Yang anihnya, Pendakwaraya, Mokhtar Abdullah mendakwa keracunan itu disebabkan makanan beliau yang dibawa dari rumah.

Sehingga berita ini ditulis, Anwar masih berada di hospital.

Sidang akhbar akan dibuat di rumah Wan Azizah pukul 3 petang ini -- END

Nota Ketua Pengarang:

Berdoalah semoga Anwar sembuh.