ISPIRATOR 1: AYAH

Ayah saya bernama Muhammad bin Md Zain.

Beliau dilahirkan pada tahun 1928 dan saya tidak lupa no. KP lamanya 1420291. Ini adalah kerana no. itu kerap digunakan sepanjang masa saya belajar dan bekerja.

Beliau sekarang berusia 71 tahun dan sedang sihat walaupun sekali- sekala diserang penyakit lelah.

Beliau adalah orang yang paling banyak memberi semangat kepada saya walaupun kami jarang berkomunikasi secara langsung. Bahasa badannya banyak mengajar saya. Angguk kepala, senyuman, geleng kepala dan riak di wajahnya membawa seribu makna.

Saya masih ingatlagi pesannya.

Katanya carilah "Ha", "Ra","Ta" dan "Ha" , "Ra", "Ti". Harta dan Harti ( pengetahuan/ilmu) itulah yang mengikut ayah saya akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Saya masih mencari kedua- duanya sehingga ke hari ini.

Terima kasih ayah...