INSPIRATOR 2: EMAK Manusia yang saya kagumi dan hormati ialah ibu saya. Dalam usianya awal 70-an beliau seorang yang cergas dan cerdas melakukan kerja- kerja di rumah dan menjaga ayah. Emak seorang yang lemah- lembut, berterus- terang, pemaaf, pemurah dan penyayang. Saya belajar kesemua sifat- sifat tersebut daripada beliau sejak dari hari pertama saya membuka mata di dunia ini. Saya akan menghayati sifat- sifat tersebut sepanjang usia saya. Nilai- nilai itulah juga yang ciba saya terapkan, Insya Allah terhadap isteri , anak- anak, pelajar dan sesiapa sahaja yang membaca tulisan dan mendengar ceramah saya. YaAllah Ampunilah kedua ibubapaku dan bahagiakanlah kehidupan keduanya di dunia dan di akhirat.