INSPIRATOR 4: ISTERIKU JAMALIAH Kami bertemu dengan cepat dan kami berkahwin dengan cepat juga. Dalam tempoh kurang daripada setahun,1991, saya berjaya mendapatkan dua sijil iaitu sijil Diploma Pendidikan dan juga Sijil Nikah. Beliau seorang yang berterus terang dan pemurah. Beliau adalah penyunting utama kepada idea dan perancangan saya. Beliau seorang yang berani dan tegas di dalam pendapatnya. Beliau adalah editor saya. Beliau bukan sahaja mengedit/menyunting karya saya tetapi juga mengedit kehidupan saya dan anak- anak. Beliaulah cahaya dan penerang serta penyeri kehidupan kami sekeluarga Ya Allah panjangkanlah jodoh kami Limpahkanlah kami sekeluarga kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat Amiin...