MODUL KECEMERLANGAN DIRI

 SUSUNAN 

AZAMAN MUHAMMAD

 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 PUSAT MATRIKULASI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 

1998

 SEPATAH KATA DARIPADA PENYUSUN 

Modul Kecemerlangan Diri (MKD) ini disusun dengan matlamat sebagai satu garispanduan dan maklumat untuk kegunaan pelajar- pelajar di Pusat Matrikulasi Universiti Utara Malaysia ( PMUUM ) mencapai kecemerlangan diri . Ia memberikan maklumat dan kaedah yang pendek, tepat dan padat untuk membantu pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam ertikata berjaya ke peringkat ijazah setelah setahun berada di PMUUM. 

Walaubagaimana baik sekalipun panduan yang diberikan, ia tidak akan memberikan sebarang kesan sekiranya pelajar sendiri tidak bersedia dan berusaha untuk memenafaatkannya, seperti kata orang :” Kita boleh membawa kuda ke sungai tetapi kita tidak boleh memaksa ia untuk minum.” Begitulah juga halnya dengan MKD ini. Perkara yang penting ialah bagaimana pelajar sendiri bertindak menggunakan maklumat yang diberikan untuk kecemerlangan diri masing- masing.

 Modul ini mengandungi tiga bahagian seperti berikut: 1. Kaedah Kawalan Minda 2. Panduan - panduan di dalam Belajar 3. Panduan - panduan di dalam Mengingat

 Bahagian pertama membincangkan bagaimana pelajar dapat mengawal stres dan menggunakan otak kiri dan otak kanan secara seimbang di dalam usaha menjadi pelajar yang cemerlang. Perkara ini dibincangkan secara mendalam di dalam 15 sub-topik dengan bahasa yang mudah , pendek, tepat dan padat. 

Bahagian kedua memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dengan menunjukkan kepada pelajar panduan- panduan yang boleh diikuti untuk memastikan proses tersebut berjalan dengan berkesan dan seterusnya menjadikan pelajar cemerlang di dalam pembelajaran. Perkara ini dibincangkan dengan pendek, tepat dan padat di dalam 15 sub-topik.

 Bahagian terakhir memberikan tumpuan kepada kemahiran mengingat yang amat penting terutama sekali untuk tujuan peperiksaan. Untuk itu perkara ini diberikan tumpuan khas dan dibincangkan dengan pendek, tepat dan padat di dalam 16 sub- topik. 

Ketiga- tiga bahagian di atas lebih menumpukan kepada domain/ bahagian minda. Perkara ini tidak dapat dielakkan kerana kekangan dari segi masa, kos , ruang dan peluang yang ada . Satu modul yang komprehensif memerlukan ruang, kos dan masa yang lebih. Maka dengan itu MKD ini lebih merupakan satu usaha ke arah itu dan semoga cita- cita murni ini akan menjadi kenyataan , InsyaAllah.

 Untuk mendapatkan menafaat yang lebih pengguna MKD ini perlu mengingati beberapa perkara : 

1. Kita sebagai manusia adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan kita adalah ciptaan Allah s.w.t yang terbaik. Inilah kedudukan kita yang tinggi dan terhormat dengan jaminan daripada Allah s.w.t. 

2. Allah telah memberikan kita kekuatan untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dan salah satunya ialah minda kita. Oleh itu peliharalah kesihatan minda dan gunakannya dengan sebaik mungkin 

3. Hati akan menjadi gelap dengan perlakuan dosa dan maksiat serta kederhakaan terhadap Allah, RasulNya, kedua ibubapa dan guru. Untuk cemerlang jauhi dosa dan sering bertaubat daripadanya. 

4. Jangan berputus asa dan terus mencuba sekiranya usaha tidak menampakkan hasil dalam waktu yang singkat. Sedikit demi sedikit lama – lama jadi bukit. Sehari sehelai benang lama- lama jadi kain. 

5. Kejayaan akan membuahkan kejayaan. Kegagalan akan membuahkan kegagalan. Lakukan dengan betul pada kali pertama dengan berhati- hati dan bersungguh – sungguh. Jika berlaku kegagalan lupakannya, ingat hanya kepada kejayaan dan perkara yang positif sahaja. 

6. Rekodkan kejayaan dan baca atau ingatinya berulang- ulang terutama ketika menghadapi kegagalan. Ia akan menguatkan semangat serta memberikan inspirasi untuk berjaya. 

7. Modul ini telah diuji dan ternyata berkesan. Jika anda tidak mendapat faedah daripadanya perhatikan perkara- perkara berikut: 

a. Pemikiran anda terhadap apa yang anda lakukan. Pastikan ia positif 

b. Adakah anda mengikuti langkah seperti yang disarankan ? Ikut arahan ! 

c. Adakah anda menggunakan perkataan seperti yang dicadangkan ? Patuhi arahan ! 

d. Adakah anda membayangkannya dengan bersungguh- sungguh seolah- olah ia pasti terjadi ? Semakin yakin anda semakin dekat dengan apa yang anda harapkan. 

e. Adakah anda terlalu ghairah melihat kejayaannya dengan segera ? Bersabarlah ! 

f. Adakah usaha anda selaras dengan apa yang anda harapkan ? Usaha,doa dan tawakkal. 

8. Ada ruang yang luas untuk anda menggunakan keupayaan minda berdasarkan pengalaman lalu dan perkemaskannya dengan kaedah yang disarankan, kecuali terhadap perkara- perkara yang khusus 

9. Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Penyusun memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana keizinanNyalah yang merealisasikan MKD ini sehingga dapat dipersembahkan di dalam bentuk seperti yang ada sekarang ini. Ribuan terima kasih kepada Pengarah, Pengetua, Timbalan – timbalan Pengetua , guru- guru , pelajar- pelajar yang membantu sama ada secara langsung atau tidak langsung ke arah penerbitan modul ini. Semoga Allah s.w.t. sahaja yang dapat memberi balasan yang setimpal kepada mereka. 

Pastinya MKD ini mempunyai kelemahan yang tersendiri manifestasi kelemahan penyusunnya. Oleh kerana kecemerlangan adalah satu proses yang berterusan dan bukannya matlamat , penyusun memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan kemaafan daripada pembaca sekelian. 

Semoga usaha sekecil ini akan dapat memberikan menafaat kepada sesiapa sahaja yang membaca , menghayati , menggunakan dan menyebarkannya. Ilmu itu amanah dan semoga MKD ini adalah amanah yang dapat ditunaikan oleh penyusun seadanya.

 SELAMAT MENCUBA, 

SELAMAT BERJAYA, 

SELAMAT MENYEBARKANNYA 

LEBIH BAIK , BERTAMBAH BAIK 

Azaman Muhammad 

Pusat Matrikulasi 

Universiti Utara Malaysia 

06010 Sintok Jitra , Kedah Darulaman