BAHAGIAN DUA 

PANDUAN- PANDUAN DI DALAM BELAJAR

 KANDUNGAN 

 1. CARI , PINJAM ATAU DAPATKAN SUKATAN PELAJARAN

 2. TENTUKAN MATLAMAT ANDA

 3. PELAJARI PERBENDAHARAAN KATA YANG KHUSUS

4 BACA SEPINTAS LALU PEMBUKAAN ATAU PENGENALAN ANDA

 6. BERHATI- HATI DENGAN BUKU YANG PENUH BERGARIS 

 7. DATANG AWAL DAN PULANG LEWAT 

8. MENGAMBIL NOTA DI DALAM KELAS

9. CARA MENGAMBIL NOTA YANG TERATUR 

10. BUATKAN SISTEM TRENGKAS ANDA SENDIRI 

11. LAKUKAN DENGAN BETUL PADA KALI PERTAMA 

12. BACA DAHULU SEBELUM KE KELAS , BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERBINCANG 

13. BUAT SEMUA CONTOH SOALAN 

14. MERINGKASKAN BACAAN LUAR ANDA 

 15. SEGERA BERTANYA 

 PANDUAN BELAJAR 1: 

CARI, PINJAM ATAU DAPATKAN SUKATAN PELAJARAN

 Sukatan pelajaran atau Silabus adalah seperti peta jalanraya. Jika anda ingin mengadakan perjalanan ke tempat yang belum pernah anda sampai atau tempat yang anda kurang biasa, peta memainkan peranan yang penting untuk memastikan anda sampai ke tempat tujuan dengan selamat. Di dalam modul ataupun buku teks ada disediakan sukatan pelajaran iaitu perkara yang sepatutnya anda tahu dan akan ditanyakan di dalam peperiksaan nanti. Ia merupakan satu gambaran umum tentang tajuk- tajuk yang akan anda lalui sepanjang semester . Dari hari ke hari anda akan di dedahkan dengan sub – topik yang tertentu. Jadi dengan merujuk kepada silabus anda tahu di manakah anda sekarang dan apakah tajuk selepas ini.

 PANDUAN BELAJAR 2 :

 TENTUKAN MATLAMAT ANDA

 Setiap apa yang anda kerjakan pasti ada matlamat sama ada yang tersurat ataupun yang tersirat yang anda tetapkan untuk anda capai. Apabila masuk ke belajar ke sini sudah pastinya matlamat anda ingin masuk ke universiti di dalam bidang perniagaan, perakaunan dan teknologi maklumat. Jika anda bercita- cita untuk menjadi ahli perubatan dan guaman tentu anda tidak akan dapat mencapainya di sini. Anda perlu menetapkan matlamat anda sendiri dan mengatur strategi untuk mencapainya. Jika anda bercita- cita untuk mendapat Purata Matagred Keseluruhan ( PMK ) 4.00 maka anda perlu mendapat A di dalam kesemua mata pelajaran pada setiap semester. Cara belajar, makan-minum, bermain dan tidur anda mestilah A juga. Matlamat yang baik mempunyai empat ciri iaitu bertulis, munasabah, boleh diuruskan dan mempunyai jangka masa. Pastikan anda menuliskan matlamat anda dan meletakkannya di tempat yang mudah anda lihat sama ada di bilik tidur, di hadapan meja belajar, muka depan modul dan fail dan di dalam dompet duit. Sekurang- kurangnya pastikan ia dibaca sebaik sahaja bangun daripada tidur dan sebelum melelapkan mata. Ini penting supaya anda sentiasa tahu matlamat anda dan tidak terlepas pandang daripadanya. Matlamat mestilah bertulis. Oleh itu tuliskan matlamat anda dan letakkannya ditempat yang mudah atau selalu anda lihat, seperti berhampiran katil, meja belajar , muka hadapan fail, muka hadapan modul / buku teks. Jika anda berani hantarkan salinan matlmat anda itu kepada ibu-bapa, guru dan rakan karib anda. Ini menjadikan anda lebih bertanggungjawab dan berhati- hati. Mereka akan sentasa mengingatkan anda kepada matlamat yang ingin anda capaisekiranya anda terlali ataupun terlupa. Matlamat mestilah munasabah supaya ia bukan sahaja boleh dicapai tetapi juga sesuai dengan kekuatan dan kelemahan anda. Jika anda seorang yang sederhana janganlah meletakkan matlamat terlalu tinggi dan jangan pula terlalu rendah. Apabila matlamat anda terlalu tinggi , contohnya anda bercita – cita mendapat PMK 4.00 sedangkan pengalaman lalu anda tidak pernah mendapat A atau B+, letakkanlah matlamat anda diantara 3.5 – 3.75. Selepas peperiksaan pertengahan semester I anda boleh menilai kembali sama ada anda mampu atau tidak mencapai matlamat yang lebih tinggi. Matlamat mestilah boleh dipecahkan kepada bahagian yang lebih kecil. Sekiranya anda ingin mendapat PMK 3.75 anda mestilah mendapat PMS ( Purata Matagred Semester ) 3.75 di dalam peperiksaan Akhir semester 1 dan 2. Kedua- duanya akan dicampur dan dibahagi dua untuk mendapatkan PMK. Ini juga bererti anda mesti mendapat sekurang- kurangnya B + dan ke atas di dalam setiap mata pelajaran. Dalam keadaan ini konteks masa memainkan peranan yang penting. Untuk mendapat markah yang baik di dalam peperiksaan akhir anda perlu mendapat markah yang baik juga di dalam peperiksaan pertengahan semester dan juga di dalam kuiz dan tutorial termasuk kedatangan dan kerja kursus yang diberikan kepada anda oleh guru. Ini bererti anda perlu menjaga setiap langkah yang anda ambil setiap hari untuk memastikan anda mendapat apa yang anda cita- citakan di penghujung semester dan sesi pengajian nanti. Empat syarat untuk memastikan matlamat anda dapat dicapai ialah seperti berikut: - Ia mestilah diyakini sepenuh hati - Ia mestilah dibayangkan sebagai sudah tercapai setiap hari - Ia mestilah diusahakan sepenuh daya - Ia mestilah diidamkan seikhlas mungkin