PANDUAN BELAJAR 3 : 

PELAJARI PERBENDAHARAAN KATA YANG KHUSUS

 Setiap mata pelajaran mempunyai istilah atau perbendaharaan kata yang khusus. Istilah yang sama mungkin akan membawa makna yang berbeza di dalm dua mata pelajaran yang berbeza. Apa yang dimaksudkan sebagai untung di dalam Matapelajaran Ekonomi mungkin berbeza sedikit dengan untung di dalam mata pelajaran Perakaunan.

 Pastikan anda memiliki buku istilah yang ada dijual di pasaran ataupun yang disenaraikan di dalam buku- buku teks atau edaran oleh guru- guru mata pelajaran. Pastikan anda bukan sahaja mengetahui istilahnya tetapi juga memahami maksud dan contohnya. Anda juga perlu tahu perbezaannya dengan istilah yang sama di dalam mata pelajaran yang lain. Sediakan kad berukuran 3” x 5” untuk memudahkan anda membawanya ke mana sahaja anda pergi. Tuliskan istilah di muka hadapan dan makna serta contohnya di muka belakang. Sewaktu lapang seperti semasa menunggu bas atau di pusat kesihatan, anda boleh menguji minda anda dengan menggunakan kad ini.

 PANDUAN BELAJAR 4 : 

BACA SEPINTAS LALU BAHAGIAN PEMBUKAAN ATAU PENGENALAN

 Bahagian Pendahuluan atau Pembukaan adalah satu bahagian yang penting. Ia menerangkan secara umum apakah yang dibincangkan di dalam sesebuah buku teks ataupun modul itu. Ia bukan sahaja memberikan maklumat umum bahkan kadang- kadang memberikan maklumat yang khusus bagaimana untuk mempelajari atau menggunakan sesuatu modul itu dengan sebaik mungkin. Oleh itu jangan sekali- kali tinggalkan bahagian ini.

 Ada modul yang meletakkan matlamat atau objektif yang diharapkan akan dapat dicapai setelah anda mempelajari sesuatu topik atau sub- topik. Apabila selesai uji dan tanyakan kembali diri anda sama ada matlamat atau objektif yang telah ditetapkan itu telah berjaya anda capai ataupun tidak. Sekiranya tidak tanyakan diri anda mengapakah sebabnya. Sekiranya anda sahaja yang menghadapi masalah tersebut dapatkan pertolongan daripada guru dan rakan. Tetapi sekiranya rakan – rakan sekelas anda juga menghadapi masalah yang sama bincangkan perkara ini dengan guru mata pelajaran. Mungkin sub- topik tersebut terlalu banyak atau sukar untuk difahami dengan cara pengajaran dan pembelajaran yang sedang berjalan ketika itu. Mungkin cara atau pendekatan lain perlu digunakan untuk mengatasinya. 

PANDUAN BELAJAR 5 : 

PENDEKKAN MASA BELAJAR ANDA

 Belajar boleh diumpakan seperti makan. Bukan sahaja kita ingin kenyang tetapi kita mahu makanan yang kita makan itu selamat dan berzat. Begitu juga dengan belajar. Belajar bukan sekadar membuktikan kepada orang lain bahawa kita belajar . Tetapi kualiti atau hasil daripada pembelajaran itu yang sepatutnya menjadi ukuran dan matlamat kita. Oleh itu cara belajar itu yang penting bukan berapa lama masa yang diambil untuk belajar itu.

 Belajar memerlukan penumpuan perhatian yang tinggi disamping memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia memberikan menafaat yang banyak. Oleh itu pendekkan masa belajar anda kepada beberapa bahagian. Kajian menunjukkan bahawa belia atau remaja hanya boleh menumpukan sepenuh perhatian di antara 40 – 60 minit bagi sesuatu masa. Sebab itulah mengapa tempoh pengajaran dan pembelajaran sesutu mata pelajaran di sekolah dan juga di sini mengambil masa sekitar 40 – 60 minit. 

Untuk meningkatkan keupayaan membaca dan mengingat anda boleh gunakan sistem- sistem berikut: 

1. OK4R/ GKBTK (Untuk bahan fakta ) 

Overview ( Generalisasi )-Baca tajuk, pengenalan, ringkasan dan tajuk- tajuk kecil

 Key Idea ( Kunci Idea/ Kata Kunci ) Baca sekali imbas dan cuba kenalpasti di antara fakta dan contoh 

Read ( Baca ) Baca dengan cepat dari permulaan hingga ke akhir 

Rite ( Tulis ) Setelah membaca, letakkan buku ke sebelah dan cuba tulis semula isi- isi penting berdasarkan ingatan anda

 Relate ( Kaitkan ) Cuba kaitkan apa sahaja yang baru anda pelajari dengan apa sahaja yang berkaitan yang telah anda pelajari

Review ( ulangkaji ) Lakukan ulangkaji berperingkat- peringkat dalam masa yang pendek tetapi berterusan secara harian, mingguan, bulanan dan sebelum menghadapi sesuatu ujian atau peperiksaan 

2. LBPT ( Untuk novel dan bahan bukan fiksyen ) 

Langkau Baca dengan cepat teks dengan mencari isi- isi penting 

Baca Baca keseluruhan teks dengan cepat dan tandakan bahagian yang penting dan yang tidak difahami 

Periksa Ulang semula membaca bahagian yang tidak difahami dan cuba memahaminya perlahan- lahan 

Tulis Buat ringkasan dengan menggunakan bahasa anda sendiri