PANDUAN BELAJAR 6 : 

BERHATI- HATI DENGAN BUKU YANG PENUH BERGARIS 

Jika anda meminjam atau membaca buku teks atau modul orang lain berhati- hatilah. Pertama sekali pastikan siapakah pemilik buku atau modul tersebut. Jika anda pasti bahawa beliau seorang yang cemerlang dan boleh dipercayai dari segi pencapaiannya di dalam pelajaran, bolehlah anda mengambil contoh atu pengajaran daripada cara- cara beliau belajar. Buku atau modul yang penuh bergaris tidak semestinya melambangkan bahawa apa yang digariskan itu merupakan isi- isi penting. Ada orang yang menggariskan hampir keseluruhan muka surat dengan andaian semuanya penting. 

Belajarlah bagaimana untuk membezakan diantara fakta, huraian dan contoh. Ada orang menggunakan pen berwarna untuk membezakan perkara- perkara ini. Tanyakan kepada kawan atau tuan punya buku atau modul itu apakah yang dimaksudkan atau disimbolkan oleh warna yang tertentu. Dengan itu anda akan mendapati buku teks atau modul yang anda pinjam itu mudah dan bererti untuk anda baca.

 PANDUAN BELAJAR 7 : 

DATANG AWAL DAN PULANG LEWAT 

Pastikan anda berada di dalam kelas lebih awal supaya anda dapat membuat ulangkaji untuk matapelajaran yang akan diajar. Ia juga memberi peluang kepada minda anda untuk bersedia menghadapi mata pelajaran dengan tenang . Jika anda tiba lewat ia akan menyebabkan suasana pembelajaran terganggu bukan sahaja kepada guru yang mengajar tetapi juga kepada rakan sekelas anda. Ini akan menyebabkan anda dan orang lain tidak selesa dan seterusnya mencacatkan proses pengajaran dan pembelajarann pada hari itu. 

Guru yang baik akan mengulang kembali apa yang telah anda pelajari di dalam pelajaran yang lalu sebelum meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Beliau juga akan mengaitkan apa yang telah dipelajari dengan apa yang akan di pelajari. Dengan ini dapat anda melihat kesinambungan diantara sub- topik lalu dengan sub –topik kini. Jika anda terlewat sudah pasti anda akan terlepas maklumat yang sangat penting ini. 

Sebelum kelas berakhir guru yang baik akan membuat kesimpulan tentang apa yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan sub- topik yang akan dihadapi nanti. Disamping itu mungkin akan diberikan latihan atau rujukan yang perlu dibuat untuk menambahkan kefahaman . Jika masa itu adalah yang terakhir pada hari tersebut, mungkin guru akan bersedia untuk melayan pertanyaan ataupun mengulang kembali bahagian yang sukar di dalam pengajaran pada hari itu. Oleh itu janganlah tergesa- gesa untuk meninggalkan kelas menyebabkan anda terlepas peluang mendengan penjelasan yang mungkin memerlukan masa yang lama sekiranya anda melakukan ulangkaji bersendirian ataupun mendapat penerangan daripada rakan.

 Ada guru yang mengajar dengan perlahan atau terlanjur memberikan penerangan yang panjang lebar terhadap sesuatu perkara sehingga mengambil masa yang panjang. Apabila menghampiri penghujung masa beliau akan tergesa- gesa menyimpulkan apa yang sepatutnya diajar pada hari itu. Oleh itu berhati- hatilah dengan keadaan ini. Jika guru tersebut sering “berleter” atau “keluar tajuk” anda boleh menyedarkannya dengan bertanyakan soalan atau meminta penerangan dan pengulangan tentang perkara yang berkaitan. Jika keadaan ini berterusan anda boleh berjumpa dengan beliau bersendirian atau dengan kawan membincangkan perkara tersebut. Guru yang baik akan cepat menyedari perkara ini dan mengambil langkah yang positif untuk memperbaiki keadaan.

 PANDUAN BELAJAR 8 : 

MENGAMBIL NOTA DI DALAM KELAS 

Sekiranya guru bergantung kepada buku teks ataupun modul maka aktiviti mengambil nota di dalam kelas akan menjadi lebih mudah. Semakin jauh seseorang guru itu lari dari pola ini semakin sukar aktiviti mengambil nota . Ini akan menjadi lebih sukar sekiranya anda lambat menangkap atau menyalin nota yang diberikan. Walaubagaimanapun seseorang guru atau sesuatu matapelajaran itu mempunyai bentuk atau pola yang tersendiri. Lama kelamaan anda akan dapat melihat pola ini dan aktiviti mengambil nota akan menjadi lebih mudah. 

Kadang- kadang anda boleh menyediakan bentuk nota yang tersendiri dan apa yang dilakukan sewaktu di dalam kelas ialah mengisikan maklumat ke dalam bentuk nota yang telah anda sediakan. Selalunya guru akan memulakan pengajaran dengan definisi ataupun formula tertentu. Ini diikuti dengan penjelasan dan penerangan melalui contoh yang tertentu sebelum mengaitkannya dengan keadaan atau isu semasa. 

Bentuk nota:

 DEFINISI 

FORMULA 

PENERANGAN

 CONTOH

 LATIHAN

 RUJUKAN 

Anda juga boleh menggunakan bentuk yang disyorkan oleh Dr. Walter Pauk dari Universiti Cornell dan Kaedah ini di panggil “Kaedah Cornell “: 

KAEDAH MENGAMBIL NOTA BAGI MATAPELAJARAN YANG TIDAK BERGANTUNG KEPADA BUKU TEKS 

PETUNJUK/TAJUK/KATA KUNCI              NOTA RINGKASAN

 KAEDAH MENGAMBIL NOTA BAGI MATAPELAJARAN YANG BERKAIT RAPAT DENGAN BUKU TEKS

PETUNJUK/ 

TAJUK/KATA KUNCI

( BUKU TEKS/MODUL )  

SYARAHAN/KULIAH/KELAS 
RINGKASAN