PANDUAN BELAJAR 9 : CARA MENGAMBIL NOTA YANG TERATUR Nota yang teratur atau bersistematik akan dapat memberikan menafaat yang banyak terutama sekali sewaktu mengulangkaji dan persediaan menghadapi peperiksaan. Disamping buku teks dan modul, nota yang disediakan sendiri oleh pelajar dapat membantu mengukuhkan ingatan. Nota yang diambil di dalam kelas perlu disempurnakan dengan merujuk kepada buku teks, modul atau bahan bacaan yang disyorkan oleh guru. Susun nota anda mengikut matapelajaran yang tertentu di dalam satu fail atau ruang yang tertentu di dalam rak buku anda di bilik. Di dalam fail yang tertentu susun nota anda mengikut hari atau minggu supaya mudah anda merujuk untuk kuiz atau peperiksaan nanti. Jangan sekali- kali mencampur-adukkan semua mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran di dalam satu- satu fail. Lebih buruk lagi jangan mengambil semua nota di dalam satu buku nota atau ringkasan. Nota adalah untuk dirujuk kembali. Oleh itu pastikan ia boleh dibaca dan tersusun dengan urutan tarikh dan tajuk supaya mudah anda membuat rujukan pada masa hadapan. Jika anda menyalin nota di dalam sesebuah buku pastikan ia diceraikan dan disusun kembali apabila anda balik ke bilik dan perkara ini perlu dilakukan dengan segera supaya anda boleh mengesan dengan mudah apa yang telah dipelajari . Masalah di dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat dismpulkan berlaku pada tahap ini. Pelajar yang mempunyai nota yang sistematik pasti mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan jika tidak diganggu oleh masalah lain. Pelajar yang bermasalah di dalam keputusan peperiksaan ialah pelajar yang gagal mengambil nota dan menyusunnya dengan baik. Jika anda bukan seorang pengambil nota yang baik pastikan anda mempunyai rujukan atau kawan yang mempunyai kemahiran di dalam mengambil nota dengan baik. Dapatkan salinan nota beliau dan berbincang dengannya tentang sistem trengkas atau bentuk yang digunakannya. Jangan membuat salinan dengan membabi buta dan terus memfailkannya. Masalah besar akan timbul apabila anda membuat rujukan untuk peperiksaan nanti. PANDUAN BELAJAR 10 : BUATKAN SISTEM TRENGKAS ANDA SENDIRI Untuk memudahkan anda mengambil nota atau membuat rujukan pastikan anda mempunyai satu sistem trengkas anda sendiri. Sistem yang anda telah biasa atau anda permudahkan daripada sistem orang lain yang terbukti berkesan. Ini akan memastikan nota anda lebih kemas dan bermakna untuk dirujuk kemudian nanti. Jika anda mengambil nota dengan cara mengeja penuh, anda akan ketinggalan ataupun lambat dan ini menjadikan nota anda tidak lengkap. Gunakan singkatan yang biasa seperti: Dalam - dlm yang - yg juga – jg pagi – pg petang- ptg Jangkamasa- j/masa PANDUAN BELAJAR 11: LAKUKAN DENGAN BETUL PADA KALI PERTAMA Minda anda akan mengingat sesuatu perkara yang dilakukan dengan betul pada kali pertama untuk satu jangka masa yang lama . Oleh itu pastikan maklumat atau latihan yang anda lakukan betul dan tepat pada kali pertama anda melakukannya. Ini boleh dilakukan dengan meniru atau menyelesaikan contoh soalan dan jawaban yang dikemukakan di dalam buku teks atau modul. Lakukan ini dengan perlahan dan berhati – hati supaya minda anda akan mendaftarkannya dan memudahkan anda untuk mengingatinya kembali sewaktu di dalam peperiksaan nanti. Dapatkan bantuan rakan dan guru untuk memastikan bahawa langkah dan jawaban yang telah anda lakukan itu adalah betul dan tepat. Selepas itu cara paling baik untuk mengekalkan ingatan dan meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah dengan mengajarkan apa yang telah anda ketahui kepda orang lain. Ini akan membuat anda lebih bersedia untuk memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat disamping menajamkan ingatan tentang apa yang telah anda ketahui. PANDUAN BELAJAR 12 : BACA DAHULU SEBELUM KE KELAS BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERBINCANG Sebelum ke kelas pastikan anda telah membaca modul atau buku teks atau bahan bacaan sampingan yang telah disyorkan oleh guru anda. Jika anda tidak berkesempatan atas sebab yang tertentu , pastikan anda membaca sekali lalu sub-topik yang akan dibincangkan pada hari itu, walaupun dengan cara sepintas lalu. Ini akan menyediakan minda anda untuk menghadapi sub- topik tersebut dan mengingat kembali apa yang telah anda pelajari sebelum ini yang berkaitan dengan sub – topik tersebut. Jika anda mempunyai kumpulan belajar, pastikan anda telah bersedia dengan membuat pembacaaan di samping berfikir terlebih dahulu sebelum berbincang. Ini bagi memastikan proses pembelajaran berkumpulan akan memberi menafaat kepada anda dan ahli kumpulan yang lain. Jika anda tidak bersedia dan tidak berfikir terlebih dahulu ini akan mengganggu perbincangan dan seterusnya ,mengecewakan ahli kumpulan yang lain. Jika anda mempunyai masalah sehingga gagal membuat persediaan, buat pengakuan dan mohon kemaafan daripada ahli kumpulan yang lain. PANDUAN BELAJAR 13 : BUAT SEMUA CONTOH SOALAN Untuk menguji tahap kefahaman anda terhadap sesuatu tajuk atau sub-topik, buat soalan latihan yang diberikan. Untuk lebih mudah buat semula contoh soalan yang diberikan di dalam modul anda. Jika anda menghadapi masalah atau kesukaran rujuk semula controh tersebut. Ulangi sehingga anda dapat menyelesaikan contoh tersebut tanpa merujuk kepada modul Selepas itu buat soalah yang mudah dahulu supaya anda dapat mengekalkan motivasi dan semangat untuk terus belajar dan menyelesaikan soalan tersebut. Cuba dapatkan contoh- contoh soalan tahun yang lepas dan selesaikannya di dalam tempoh sama seperti keadaannya di dalam peperiksaan sebenar. Ini akan mengajar minda anda bersedia dan berada di dalam keadaan yang akan anda hadapi nanti. Pendedahan seumpama ini akan membuat anda berasa selesa dengan lebih cepat di dalam keadaan peperiksaan sebenar nanti. PANDUAN BELAJAR 14 : MERINGKASKAN BACAAN LUAR Apabila anda membuat rujukan atau pembacaan di luar sama ada di perpustakaan ataupun di mana sahaja, pastikan anda membaca dengan pensil dan kertas. Buat catatan atau ringkasan setiap bahan yang mungkin berkaitan dengan mata pelajaran yang tertentu. Masukkan bahan tersebut ke dalam buku nota atau fail tertentu. Pastikan anda membawa bersama buku catatan kecil dan pen ke mana sahaja anda pergi. Ini akan memberi anda peluang mencatatkan sebarang maklumat yang penting yang berkaitan dengan mata pelajaran yang tertentu tidak kira di mana sahaja anda berada atau daripada sumber mana anda memperolehinya. Di dalam Era Ledakan Maklumat ini anda akan dapati bahawa maklumat sentiasa dikemaskinikan dari masa ke masa. PANDUAN BELAJAR 1 5 : SEGERA BERTANYA Sekiranya anda telah bersedia dengan membaca dan membuat latihan yang disyorkan sebelum ke kelas, anda sudah pasti dapat mengetahui bahagian manakah di dalam sesuatu tajuk itu yang agak sukar. Apabila guru mengajar dan tiba jke bahagian yang berkenaan, berilah perhatian yang penuh. Sekiranya pengajaran guru masih tidak dapat menjawab kemuskilan anda segeralah bertanmya. Di dalam kebanyakan kes bukan anda seorang sahaja yang menghadapi kemusykilan mungkin beberapa orang yang lain atau pun sebahagian besar daripada rakan sekelas anda juga mempunya masalah yang sama. Jangan tunggu orang lain yang bertanya atau berharap atau menyuruh orang lain yang bertanyakan kepada guru. Dan jangan sekali- kali menganggap bahawa soalan anda mungkin akan dianggap sebagai “soalan bodoh “. Anda telah membayar yuran dan memenuhi keperluan untuk layak masuk ke sini , jadi gunakan lah peluang yang ada sebaik mungkin. Guru sentiasa bersedia untuk menjawab sebarang soalan walau bagaimana "“bodoh "“sekalipun solan itu.