BAHAGIAN SATU KAEDAH KAWALAN MINDA KANDUNGAN MUKA SURAT 1. TEKNIK 3 – 1…………………………………………………………………..6 2. PEMBERSIHAN MENTAL…………………………………………………...7 3. LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN KAWALAN MINDA BERKESAN…………………………………………………………………….7 4. TEKNIK KAWALAN TIDUR………………………………………………..8 5. TEKNIK BANGUN TIDUR…………………………………………………..8 6. TEKNIK MENGELAKKAN DARIPADA MENGANTUK………………..8 7. KAWALAN SAKIT KEPALA…………………………………………….…9 8. KONSEP LAYAR MENTAL…………………………………………………10 9. KAWALAN MEMORI………………………………………………………..10 10. MENGAWAL KEMARAHAN………………………………………………..11 11. TEKNIK TIGA JARI ………………………………………………………….11 12. TEKNIK TIGA JARI DAN PEPERIKSAAN………………………………..12 13. TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK………….13 TEKNIK 3 - 1 Minda atau akal adalah anugerah Allah s.w.t yang paling agung kepada manusia. adalah amat rugi jika tidak kita menafaatkan pemberian Allah s.w.t. yang paling tinggi nilainya itu. Masalah yang sering timbul ialah bagaimana cara untuk kita menggunakannya dengan cara yang paling baik melalui teknik yang paling mudah dan Insyaallah membuahkan pula hasil yang terbaik ? Inilah yang akan kita lihat sepintas lalu. Apabila bercakap tentang Minda, sering kali kita mendengar perkataan ‘ Otak Kanan / Hemisfera Otak kanan’ dan ‘Gelombang Alfa’. Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa otak kanan itu adalah bahagian otak yang paling kurang dimenafaatkan dan menjadi satu kerugian besar tidak memenafaatkannya dengan sebaik mungkin. Ini adalah kerana bahagian inilah yang mengawal kreativiti dan penyelesaian masalah. Gelombang Alfa pula merujuk kepada getaran sesaat otak sebagaimana getaran jantung . Getaran ini diukur dengan menggunakan sejenis alat ( Elektro Encephalo Graph/ EEG ) yang memberikan ukuran 7 - 14 kitaran sesaat. Bagaimana menggunakan bahagian otak yang paling kreatif pada saat dan ketika yang paling baik? Minda boleh bergetar dalam gelombang Alfa ketika seseorang itu berada di dalam rehat atau tenang fizikal dan mental. Ia dapat dicapai sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Seseorang itu mungkin mencapai gelombang Alfa ketika bersembahyang , mandi,membaca bacaan ringan atau mendengar lagu-lagu syahdu...... Bolehkah menjadikan gelombang Alfa ini satu tabiat supaya dapat otak kanan berfungsi dengan baik pada saat dan ketika yang amat diperlukan ? Jawabnya BOLEH!!! Bagaimana ? Begini..... 1. Cari satu tempat dan keadaan yang bebas daripada gangguan bau, bunyi, pandangan dan rasa yang tidak enak atau tidak elok. 2. Duduk dalam keadaan tegak, kaki memijak lantai/ bumi, tulang belakang lurus, kepala dan leher tegak.Tarik nafas panjang perlahan- lahan dan hembuskan juga perlahan –lahan 3. Tarik nafas perlahan-lahan dan ketika menghembuskannya perlahan- lahan , sebutkan dan bayangkan angka/ nombor tiga sebanyak tiga kali ( 3 3 3 ) 4. Tarik nafas dan hembus serta sebutkan dan bayangkan bayangkan nombor dua sebanyak tiga kali ( 2 2 2 ) 6. Tarik nafas dan hembus serta sebutkan dan bayangkan nombor satu sebanyak tiga kali ( 1 1 1 ) 7. Katakan kepada diri anda bahawa anda akan merasa tenang rehat dan semakin tenang dan semakin rehat setiap kali anda menghembuskan nafas 8. Ingatkan diri anda , jika berlaku sesuatu perkara yang memerlukan anda membuka mata maka buka mata dan anda akan merasa tenang dan rehat seperti biasa. 9. Bayangkan anda berada di suatu tempat yang merehatkan, mungkin di tepi pantai, di atas puncak bukit di taman bunga dan seumpamanya. Bayangkan pemandangan , warna , bau , rasa dan bunyi yang mungkin kelihatan , kedengaran dan dapat anda rasakan. Bayangkan dengan terperinci dan cuba rasakan seolah- olah anda sedang berada di sana. 10. Selepas berada di dalam keadaan yang merehatkan itu untuk beberapa ketika anda boleh keluar dengan mengingatkan diri anda bahawa anda akan keluar dengan kiraan lima. Tarik dan hembus nafas satu persatu hingga lima kali dan pada kali ketiga ingatkan diri anda bahawa anda akan keluar pada kiraan lima dan rasa sihat dan segar seperti sediakala. Buka mata dan cuba rasakan anda berasa lebih sihat dan segar daripada biasa.