PEMBERSIHAN MENTAL Visualisasi dan imaginasi di dalam dimensi Alfa adalah kunci kepada kejayaan pemprograman semula dan penyelesaian masalah. Visualisasi ialah kita mengingatkan kembali apa yang telah kita dengar, pandang dan rasa . Imaginasi ialah kita menggunakana maklumat yang telah kita dengar , pandang dan rasa untuk membentuk satu pengalaman baru yang belum pernah kita dengan, pandag dan rasa. Membayangkan sebuah kereta sambil memejamkan mata ialah satu proses visualisasi. Membayangkan kereta yang boleh terbang adalah satu imaginasi. Kita perlu sedar betapa besarnya peranan yang dimainkan oleh sikap dan pemikiran positif. Ini penting kerana ia bukan sahaja memberi kesan terhadap diri kita sendiri tetapi juga kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan sekerja. Semua yang diterangkan di dalam buku ini akan menjadi sia- sia belaka sekiranya anda bersikap dan berfikiran negatif di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Jika anda merasakan bahawa anda akan gagal menyelesaikan sesuatu masalah, maka sudah pasti anda tidak akan dapat menyelesaikannya. Di dalam Kaedah kawalan Minda ada satu teknik yang dinamakan Teknik Pembersihan Mental. Apabila terlintas sahaja di dalam fikiran anda sesuatu yang negatif anda katakan “Batal!” dengan segera. Ini diikuti dengan menggantikannya dengan pernyataan atau perkataan dan pemikiran yang positif. Sebagai contohnya sering anda mengatakan :” Tidak boleh !.” Cuba gantikannya dengan “Boleh!.” Apabila seseorang itu mengatakan boleh, sebenarnya beliau sudah mengambil langkah bijak ke arah mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Sebaliknya orang yang mengatakan tidak boleh, sebenarnya telah melawan arus tujuannya dan sukar untuk mencapai matlamatnya ataupun menyelesaikan masalahnya. Ada pengkaji yang mengatakan bahawa sehingga usia seseorang kanak- kanak itu empat tahun, beliau telah mempelajari hampir 75 % daripada apa yang akan digunakan di sepanjang hayat mereka. Bayangkan apakah jenis pemprograman yang telah dimasukkan ke dalam kepala anda sejak usia anda empat tahun dahulu ? Mengingatkan perkataan “Batal” apabila perlu akan memberi kesan yang mendalam keatas pemikiran tindakan dan hasil yang akan anda dapat lihat kesannya terhadap kesihatan, pencapaian kendiri, imej diri yang lebih baik, lebih berkeyakinan , lebih terkawal dan dapat memberikan contoh dan teladan yang baik kepada orang lain. Ini dapat dilakukan dengan membersihkan mental anda. apabila ditanya:”Apa khabar ?”. Dengan yakin jawablah :”Alhamdulillah ! Bertambah baik!”. Pengulangan yang berterusan akan memberi kesan yang baik untuk anda menjadi bertambah baik di dalam segenap bidang setiap hari. LIMA LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN TEKNIK KAWALAN MINDA BERKESAN 1. Kenalpasti masalah yang dihadapi 2. Tetapkan matlamat yang ingin dicapai 3. Tentukan kaedah yang akan digunakan untuk mengatasi masalah tersebut 5. Lakukan apa sahaja yang perlu untuk memastikan matlamat anda itu tercapai 5. Sentiasa mengakui seolah- olah matlamat anda itu sudah tercapai