TEKNIK KAWALAN BERAT BADAN DAN TABIAT BURUK Masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti merupakan satu fenomena biasakebelakangan ini. Ia bukan lagi merupakan masalah kesihatan semata- mata tetapi telah menjangkau lebih jauh kerana menimbulkan pelbagai masalah sosial dan komunikasi. Orang yang gemuk sering menjadi bahan ketawa orang lain dan sering merasa tersisih an dan disisihkan oleh rakan- rakan. Obesiti atau kegemukan mungkin berpunca daripada tabiat makan yang keterlaluan. abiat pula merupakan satu perasaan yang begitu lama dan mendalam tertanam di dalam inda. Ketika bayi menangis, perasaan yang pertama terlintas di dalam hati kita ialah dia merasa lapar dan kita berikannya susu. Ini berlaku berulang kali dan bayi itu berhenti menangis apabila disuapkan susu. Apabila bayi itu menangis yang cara yang biasa ialah berikannya susu dan dia akan diam. Apa yang berlaku ketika kanak- kanak dahulu anda terluka dan dilukakan fizikal dan perasaan anda ? Bagaimana ibubapa menenangkan anda ? Adakah dengan memberikan kita makanan yang kita gemari ? Apakah yang diberikan oleh ibubapa apabila anda melakukan sesuatu yang membanggakan atau menggembirakan mereka ? Adakah anda akan diberikan makanan yang anda gemari ? Mungkin inilah punca masalah obesiti yang anda alami sekarang ini. Sesuatu yang dilakukan berulang- ulang sehingga makanan menjadi punca atau jalan penyelesaian kepada masalah dan stres yang anda hadapi. Untuk mengatasi masalah ini ialah dengan pergi ke tahap asas dengan Kaedah 3 - 1. Pada tahap asas cuba bayangkan makanan yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita itu. Bayangkan anda menanda pangkah berwarna merah ke atas setiap item yang menjadi punca kepada masalah obesiti kita. Programkan diri anda bahawa sebiji buah- buahan boleh menghilangkan keinginan anda kepada makanan yang bukan pada masanya. Bayangkan anda menolak atau meninggalkan makanan yang boleh membawa kepada kegemukan di dalam pinggan . Pada setiap kali hendak makan bayangkan keinginan anda di sebelah kiri Layar Mental. Teknik yang sebaliknya boleh digunakan untuk mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan dan inign menambah selera makan dan berat badan. Disamping itu jangan lupa untuk melihat rekod kesihatan keluarga anda. Mungkin ia adalah masalah keturunan. Jangan paksa diri anda untuk menurunkan berat badan dengan banyak dalam masa yang singkat. Lakukan perlahan - lahan dan selalulah berhubung dengan pakar kesihatan jika perlu.