STRES DAN KETEKANAN/KETEGANGAN Pengenalan Stres boleh dilihat daripada tiga aspek: sebagai penyebab atau rangsangan, sebagai akibat atau tindakbalas dan sebagai interaksi diantara permintaan yang dihadapkan kepada individu atau kumpulan dan darjah kesediaan untuk memenuhi permintaan tersebut. Aspek yang ketiga ini lebih diberikan tumpuan kerana ia memberikan perkara- perkara berikut: Memahami keperluan Emosi dan Fizikal Anda "Stres'' dan " Tension" Stres ialah tindakbalas tubuh badan ke atas rangsangan yang diberikan kepadanya manakala "TensionKetekanan/ketegangan" pula ialah tindakbalas yang tidak tepat Beberapa cara untuk menangani tension ialah antaranya: 1. Jauhi keadaan yang anda tahu akan membuahkan tension 2. Bersedialah lebih daripada sepatutnya untuk peperiksaan, persembahan , ucapan dan seumpamanya 3. Jika anda akan berasa bersalah kerana berehat atau melakukan aktiviti yang merehatkan tanpa terlebih dahulu menyaipkan tugasan, kerjakan tugasan anda dengan sebaik- baiknya sehingga anda mmerasakan memang patut anda berehat setelah berusaha 4. Cara yang paling baik ialah jangan bertangguh. Lakukan sesuatu kerja apabila tiba waktunya 5. Sebelum tidur setiap malam senaraikan di atas kad 3" x 5" mengikut keutamaan perkara yang akan anda lakukan keesokan harinya 11 Pelega Tension/ketekanan/ketegangan 1. Luahkannya 2. Carilah/ lakukan sesuatu untuk melupakannya seketika 3. Salurkan kemarahan anda kepada perkara yang betul dan epat 4. Berilah orang lain menang sesekali seseketika di dalam pertandingan atau perdebatan 5. Lakukan sesuatu untuk orang lain 6. Lakukan satu perkara di dalam satu- satu masa 7. Jangan terlalu memaksa diri sendiri 8. Terima kritikan dengan tangan dan hati yang terbuka 9. Biarkan orang lain dengan tugas, sikap dan gelagat mereka 10. Sediakan diri anda untuk membantu orang lain 11. Sediakan masa untuk berehat dan berekreasi Tension/ketekanan/ketegangan dan Lemah Jantung Tension boleh menjadi tabiat dan boleh menyebabkan serangan jantung berlaku pada usia yang muda. Ada dua jenis gelagat terhadap tension iaitu A dan B. Jenis A adalah yang tidak baik dan cederung untuk mendedahkan orang yang mempunyai gelagat tersebut kepada serangan penyakit jantung. Jenis B pula adalah jenis yang baik. Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa 50% penduduknya adalah Jenis A manakala Jenis B pula sebanyak 40% manakala selebihnya mempunyai kedua- dua jenis gelagat A dan B. Gelagat Jenis A ( Risiko Tinggi ) Gelagat berikut boleh menyebabkan rosaknya arteri jantung: 1. Persaingan yang melampaui ( Sentiasa inginkan kemenangan ) 2. Ketidaksabaran yang berterusan ( Selalu merungut ) 3. Berebut dengan masa ( berebut untuk melakukan lebih daripada satu perkara ) 4. Rasa tidak selamat ( Selalu bercakap tentang perkara yang lepas ) 5. Agresif ( Selalu menghimp[it orang atau kenderaan ketika memandu ) 6. Mudah menjejeki kelemahan/ kesalahan ( sering mencari seseorang yang tidak disukai ) 7. Runsingkan angka ( Sibuk mengira harta atau pencapaian ) 7 Cara mengatasinya 1. Terima peluang dan kesempatan seadanya, jika dapt dapatlah jika tidakpun tidak mengapa 2. Bawa sesuatu untuk dibaca ketika menunggu atau berbual dengan orang dihadapan atau dibelakang barisan 3. Bangun awal dan mulakan hari dengan sarapan yang baik 4. Jangan sibuk menceritakan pencapaian anda . Ia akan lahir secara semulajadi di dalam perbualan anda dengan orang lain. Orang lain akan lebih menghormati anda kerana tidak meninggikan diri 5. Beri peluang dan kesempatan kepada orang lain untuk kelaur daripada masalah yand sedang dihadapinya 6. Lakukan sesuautu kebaikan kepada orang lain sekurangnya senyuman atau membukakan pintu untuk orang lain 7. Kerjalah dengan kuat untuk mendapatkan apa yang anda ingini tetapi jangan jadikan ia satu- satunya matlamat anda dan jangan hebohkan pencapaian anda Kaedah untuk mengatasi tension/ketekanan/ketegangan Kaedah Kiraan Tiga Apabila berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa seperti menhadapi peperiksaan dan seumpamanya lakukanlah seperti berikut: 1. Dengan melalui hidung anda tariklah nafas perlahan- lahan dengan kiraan tiga 2. Tahan nafas anda dengan kiraan tiga 3. Melalui hidung anda hembuskan nafas perlahan- lahan dengan kiraan tiga 4. Ulangi langkah diatas untuk beberpa kali sehingga anda berasa selesa Kaedah Doktor Tarik nafas dalam- dalam sehingga jantung tidak boleh menampung udara lagi. Buka mulut dan tarik nafas dengan cepat dan kemudian hembuskan nafas perlahan- lahan. Lakukan latihan ini sebanyak tujuh kali. Latihan yang dilakukan oleh penderita penyakit darah tinggi ini tentu memberikan kesan kepada keadaan yang meninggikan darah seperti peperiksaan, pertengkaran dan kemarahan. Kaedah Tapak Tangan 1. Pejamkan mata anda perlahan- lahan . Tutup mata anda dengan tapak tangan. 2. Elakkan daripada menekan biji mata dengan melekatkan bahagiaan bawah tapak tangan di atas pipi dan jari jemari di atas dahi 3. Bayangkan pemandangan yang merehatkan seperti di tepi pantai atau tasik. Gerakkan mata anda yang terpejam itu seolah - olah anda memerhatikan keada pantai dan tai itu dari kiri ke kanan Kaedah Rehat- optimum 1. Berbaring dengan santai di atas lantai berlapik permaidani atau tikar 2. Tinggikan lutut dan tetapkan kaki anda di atas lantai 3. Buka Kaki anda kira- kira 18 inci atau seluas jarak antara bahu anda dan temukan kepala lutut 4. Halakan tumit ke dalam dan jari keluar 5. Peluk tubuh dan biarkan kedua - dua tapak tangan anda bersilang di leher 6. Tutup mata dan rehatkan minda dengan memikirkan suasana atau pemandangan yang merehatkan Kaedah Yakin Boleh ! Apabila berhadapan dengan apa jua masalah dan keadaan hati anda akan membuat peryataan dan selalunya yang negatif. Gantikan peryataan itu dengan pernyataan yang positif. Cuba kalahkan emosi negatif anda dengan pernyataan yang positif atau mengingati kembali bagaimana anda pernah mengatasi masalah yang hampir sama pada masa yang lalu. Gunakan akal untuk mengatasi emosi anda. Kesihatan Fizikal 7 Resipi Ajaib Tabiat Kesihatan Yang Baik 1. Jangan merokok 2. Lakukan senaman 3. Jauhi arak 4. Tidur secukupnya 7 - 8 jam sehari 5. Kekalkan berat badan unggul 6. Sarapan setiap pagi dengan makanan yang seimbang 7. Jangan makan makanan ringan diantara waktu makan Tabiat Tabiat sama ada yang baik atau buruk adalah perkara yang sangat kuat kuasa dan pengaruhnya ke atas kehidupan seseorang. Pastikan tabiat yang baik walau sekecil mana sekalipun . Sesuatu yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik daripada yang banyak tetapi sekali- sekali… Kopi dan Rokok Kajian perubatan mendapati kedua- duanya menjadi punca kepada penyakit yang kronik. Ambil dalam jumlah yang sedikit atau cuba juahi langsung kedua- duanya kerana ia memberikan kesan yang buruk kepada organ- organ dalaman dan menjadi punca kepada penyakit yang merbahaya dan boleh membawa kepada maut.