BAGAIMANA MENDAPATKAN HASIL GELAGAT YANG POSITIF DENGAN MENGGUNAKAN "MESEJKU" Perubahan gelagat daripada negatif kepada positif adalah hasil yang diharapkan oleh sesiapa sahaja di dalam sesuatu proses komunikasi. Ia meliputi segala jenis komunikasi khususnya komunikasi secara lisan sama ada di antara ibu-bapa dan anak, suami dengan isteri, majikan dengan pekerja, guru dengan pelajar dan seumpamanya. Semua penghantar mesej inginkan perubahan yang positif berlaku di pihak penerima mesej. Malangnya sebahagian besar daripada harapan itu tinggal harapan belaka. Ini berlaku kerena penghantar mesej beranggapan bahawa mesej/harapan yang dihantarnya diterima dan difahami oleh sipenerima mesej. Apa yang sebenarnya dihantar ialah " Mesej Mu" bukannya "Mesejku" Contohnya seorang ibu menghantar mesej kemarahannya kepada anaknya yang melakukan sesuatu kesalahan , contohnya pulang lewat ke rumah selepas kelas. Kata si ibu:" Mat! Kenapa lambat balik ? Mat pergi mana ? Dah berapa kali emak ingatkan Mat, jangan buat mak marah. Balik bapak nanti tahulah dia mengajar Mat!". Apakah yang berlaku selepas itu? Si ibu merasa marah dan membawa perasaan marahnya ke hadapan dan mungkin ke atas adik- beradik yang lain . Si anak pula akan memendam perasaan dendam dan marah kerana siibu tidak memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan tindakannya. Keadaan akan menjadi bertambah buruk apabila Si bapa yang juga pulang lewat malam itu……Keadaan ini akan berterusan dan merugikan kesemua pihak di dalam keluarga tersebut dan dipindahkan kepada generasi yang akan datang… Bagaimanakah menangani suasana / keadaan ini ? Caranya mudah sahaja iaitu dengan menghantarkan "Mesejku." Di dalam contoh di atas si ibu menghantarkan "Mesejmu" kepada anaknya. Cuba bayangkan jika si ibu mengambil tindakan menyuarakan perasaannya dengan terkawal, terhadap perbuatan si anak dengan mengutarakan kesan- sebab- akibat yang buruk yang mungkin berlaku akibat daripada perbuatan si anak tersebut.Kata si ibu ( dengan suara lembut penuh kasih- sayang keibuan) :" Mat!…Mat balik lewat hari ini. Lepas itu Mat tak telefon atau pesan kepada sesiapapun untuk beritahu mak yang Mat akan balik lewat hari ini ( perbuatan). Mak rasa risau dan tak senang hati … Mak takut entah- entah sesuatu kemalangan atau perkara yang buruk telah berlaku ke atas Mat…" Si anak mungkin merasa bersalah tetapi merasa dirinya disayangi dan dihargai. Jawaban dan penjelasan yang akan diberikan tentu akan lebih menjurus kepada penerangan yang penuh dengan pertanggungjawaban dan akan memuaskan hati kedua- dua belah pihak.Begitu juga halnya di dalam kes- kes yang lain yang melibatkan komunikasi lisan di antara dua pihak yang saling memerlukan seperti suami - isteri, guru-murid dan seumpamanya. Murid yang datang ke sekolah dengan kerjarumah yang tidak disiapkan mungkin tidak akan mengulangi kesalahan yang sama jika diberikan "Mesejku" berbanding dengan "Mesejmu". Begitu juga halnya pekerja yang lewat ke pejabat akan datang awal pada masa hadapan jika diberikan "Mesejku". Berikanlah "Mesejku" dengan menekankan perbuatan yang dilakukan oleh pihak penerima mesej, kemudian tekankan perasaan penghantar mesej akibat perbatan tersebut, serta nyatakan kesan dan akibat yang mungkin berlaku kerana perbuatan si penerima mesej itu. Ini lebih baik kesannya daripada menyatakan, menyalahkan dan memperbesar- besarkan kesalahan si penerima mesej melalui "Mesejmu." MEMORI BAIK DAN MEMORI BURUK Setiap sesuatu yang di jadikan Tuhan mempunyai dua bahagian atau dua aspek iaitu yang baik dan yang buruk. Dalam falsafah China Kuno ia disebut sebagai 'Yang' dan 'Yin'. 'Yang' mewakili yang baik dan positif manakala 'Yin' pula mewakili yang buruk atau yang negatif. Setiap sesuatu di dalam dunia ini tidak dapat lari daripada dualisma ini. Hujan yang mendatangkan air yang menghijaukan tumbuh- tumbuhan dan tanam- tanaman, juga boleh mendatangkan kemusnahan dan bencana banjir yang besar yang bukan sahaja merosakkan hartabenda bahkan meragut nyawa manusia dan binatang. Api yang boleh membantu memanaskan badan dan memasak makanan boleh menyebabkan bencana kebakaran jika tidak dapat dikawal. Kita juga amat biasa dengan dualisma cinta dan kebencian. Bukan asing lagi mendengar seseorang jatuh cinta dengan sesuatu atau seseorang yang dahulunya amat dibenci. Bukan sesuatu yang mustahil apabila mendengar seseorang membenci dengan sebenci- bencinya seseorang atau seseuatu yang amat dirindu dengan rindu serindu rindunya. Memori juga mempunyai kebaikan dan keburukannya. Setiap daripada kita mempunyai memori yang sangat singkat. Sungguhpun minda separa sedar kita mengingati semua perkara, tetapi minda sedar kita sering terlali dan terlupa. Kita lupakan segala kegagalan lalu, kesalahan lampau, peluang yang terlepas, cinta yang tidak dibalas, kesakitan dan kesusahan yang kita akibatkan melalui tangan dan lidah kita. Semuanya ini perlahan- lahan pudar dan hilang daripada ingatan bersama- sama dengan putaran dan pusingan roda- roda masa. Kita juga sering terlupakan perkara- perkara yang baik dan ini adalah satu petanda yang cukup buruk. Kita lupakan prisip dan sistem yang jika dipatuhi akan dapat membawa kejayaan ke pangkuan kita. Kita lupakan baaimana untuk hidup dengan jayanya… Jika kita sering terkenangkan kelemahan dan kesalahan lampau, maka sudah barang pasti kita akan hidup dengan penuh kesalan, kesedihan dan ketakutan yang berpanjangan yang akhirnya menjadikan hidup ini sebagai satu daripada lubang neraka. Tetapi dengan adanya sifat lupa ini maka perkara yang sebegini tidak berlaku. Jika ada alat yang membolehkan kita sentiasa mengingatkan perkara- perkara yang baik tentang prinsip dan sistem yang dapat memberi kebaikan dan menafaat kepada diri dan masyarakat sudah barang pasti kehidupan kita penuh dengan perasaan optimis, bersemangat dan penuh dengan harapan. Maka dengan ini kita akan mencipta kejayaan demi kejayaan. Orang- orang yang cemerlang dan berjaya di dalam dunia ini hidup dengan keadaan seperti ini. Mereka sentiasa menyedari apa yang merek lakukan dan ke manakah mereka akan pergi. Mereka tahu jika mereka melakukan sesuatu , dengan cara tertentu setiap hari , mereka akan mendapatkan apa sahaja yang mereka harapkan. Kebanyakan berita kelihatannya menonjolkan yang buruk dan negatif. Berita dan ramalan setiap hari tidak mungkin dan tidak akan selamanya menceritakan tentang perkara- perkara yang baik di dalam dunia ini. Mereka melaporkan sebarang berita, yang kebanyaknnya yang buruk dan yang negatif sahaja. Peperangan, pembunuhan, kemalangan, kemelesetan dan skandal adalah diantara yang amt diberikan perhatian dan liputan yang mendalam dan meluas. Tambah menyulitkan ialah ramai orang di sekeliling kita yang kebanyakannya menmpengaruhi kita , dengan latarbelakang pendidikan yang tempang, tetapi diiktiraf, kelihatannya bertindak dan bercakap selalunya tentang sesuatu perkara daripada perspektif yang negatif. Jika kita sentiasa terdedah kepada situasi ini setiap hari , sudah barang tentu kita akan semakin terlupakan yang baik dan menonjolkan yang buruk. Ini bererti bahawa kita akan menghabiskan sebahagian besar daripada kehidupan kita di dalam ruang kegelapan hidup. Apakah jalan penyelesaiannya? Carilah jalan untuk mengingatkan diri kita setiap hari tentang perkara yang membawa ke arah kejayaan, sama seperti yang dilakukan oleh orang- orang yang berjaya dan cemerlang. Jika tidak kita akan terlupakan kepada kebaikan sama juga halnya kita terlupakan keburukan . Juruterbang yang baik sentiasa mengikuti senarai semak sebelum berlepas dan mendaratkan pesawatnya. Ini dilakukan tanpa alpa semasa di dalam penerbangan. Inilah yang menjadikannya berjaya dan masih hidup dengan selamat . Kita perlu melakukan langkah yang sama jika ingin selamat dengan melakukan muhasabah kendiri pada pada setiap pagi dan malam. Memori adalah makhluk yang mencurigakan. Kita tidak boleh menduga apakah yang akan dikutipnya daripada pantai kehidupan untuk disimpan sebagai kenang- kenangan - HENRY VAN DYKE