ORANG DI ATAS LEBIH BERSOPAN "Ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk." - Pepatah Melayu Perasankah anda bahawa lebih berjaya dan penting seseorang itu lebih bersopan dia? Ini semua datangnya daripada sikap . Banyak yang boleh dipelajari dengan memerhati sikap seseorang. Setiap orang sering mengharapkan bahawa orang lain mempunyai kekuatan dan kelemahan yang sama seperti yang dimiliki olehnya. Akibatnya semakin berkeyakinan seseorang itu terhadap diri dan nilainya sebagai seorang insan, semakin baik sikapnya secara umum Orang- orang besar dan penting selalunya melayani orang lain dengan baik. Mereka mudah tersenyum, berani dan berkeyakinan. Rasa gembira terhadap diri mereka sendiri diserlahkan di dalam sikap dan sifat mereka. Tetapi orang yang kerdil sering melayan orang lain dengan buruk , kerana mereka sendiri tidak pernah membesar dan matang .Ada sesutau yang menghalang pertumbuhan jiwa mereka dan rasa keyakinan terhadap diri mereka sendiri perkara ini bertambah buruk jika sekiranya apabila mereka tidak merasa gembira terhdap diri mereka sendiri. Mereka sendiri tidak mempunyai keyakinan keyakinan terhadap diri mereka sendiri serta dan pernah merasai bahawa diri mereka dihargai. Maka merek akan melihat dunia ini daripada kacamata mereka yng negatif itu. Maka dengan sebab itu layanan terhadap orang lain adalah seunmpama hukuman terhadap diri mereka sendiri. Dengan memerhatikan layanan yang anda terima daripada orang lain - terutamanya daripada orang yang asing, dengan mudah dapat anda menduga apakah yang mereka fikirkan terhadap diri mereka sendiri. Pekerja yang mempunyai sikap yang positif dan baik akan meningkat naik dengan mudah biar di mana sahaja beliau berkerja. Semakin tinggi anda di dalam hiraki organisasi anda semakin baik layanan orang lain terhdap diri anda, Sikap mereka bertambah baik bukan kerana kerja mereka bertambah baik tetapi kerja mereka menjadi bertambah baik kerana sikap mereka yang bertambah baik. Kata William James:" Penemuan terhebat generasi saya ialah bahawa manusia boleh mengubah kehidupan mereka dengan mengubah sikap mereka." Setiap daripada kita akan menarik rupabentuk kehidupan yang kita wakili. Sebelum seseorang itu mencapai sesuatu atau menjadi seseorang , maka dia mesti menjadi " seseorang " terlebih dahulu. Jika anda boleh membayangkan bagaimana tindakan anda sekiranya anda memiliki segala sesuatu yang anda ingini , mulalah untuk bertindak seperti itu sekarang dan jadikan ia sebagai satu tabiat. Sikap mestilah mendahului pencapaian . Ramai oranga yang bertindak sebaliknya dan berfikir nmengapalah mereka gagal mencapai sesuatu yang mereka harapkan. Jika anda ingian kan kegembiraan, bertindaklah seperti seorang yang gembira sekarang ini. Apabila anda bangun pada suatu pagi dan mendapati bahawa kegembiraan yang anda inginkan itu sudah berjaya anda capai anda tidak akan tahu dengan pasti bilakah tindakan yang dibuat - buat itu ( merasa bergembira ) berhenti dan digantikan oleh realiti. Pres. Lincoln pernah memberikan komen bahawa seseorang itu akan meresa gembira berdasarkan sejauhmanakah itu diterima sebagai benar oleh minda mereka. Kata seorang guru:" Sikap yang baik lebih bererti daripada kebolehan mental yang baik." Sikap anda menceritakan kepada dunia apakah yang anda harapkan daripada kehidupan ini. Dan anda akan menerima secukupnya tidak berlebih dan tidak terkurang. "Tidak ada sesiapapun yang dapat menghalang seseorang yang mempunyai sikap yang positif. Tidak ada sesipapun yang dapat membantu orang yang mempunyai sikap yang negatif." W. Clement Stone