76. Cubalah berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai personaliti yang dinamik dan berkarismatik melalui pembacaan , latihan dan perbincangan 77. Berbuallah dengan orang yang pakar di dalam sesuatu bidang kerana kata pepatah China:" Satu perbualan dengan orang yang bijak adalah lebih baik daripada membaca buku selama sebulan." 78. Apabila anda terpaksa membuat pemilihan daripada dua pilihan, pilihlah yang paling berani . 79. Berikanlah sokongan yang kuat kepada rakan dan pasangan anda di dalam keputusan dan tindakan yang mereka ambil semoga nanti mereka akn menjadi penyokong kuat kita pada masa kita memerlukannya. 80. Senaraikan tiga orang yang dapat memberikan inspirasi, motivasi dan sokongan kepada usaha dan cita- cita anda dan berbincanglah dengan mereka untuk mendapatkan pandangan dan nasihat terhadap usaha dan rancangan yang akan anda lakukan. 81. Jadikanlah setiap hari adalah hari yang bermakna melalui perkataan, perbuatan dan pemikiran yang positif terhadap diri sendiri dan orang lain agar dapat anda tidur pada malam nanti dengan tenang. 82. Pekerjaan dan pemikiran yang negatif menyerap tenaga dan menjadikan kita lemah. Pemikiran dan pekerjaan yang positif pula menjadikan kita semakin bertenaga. Habiskan masa melakukan dan memikirkan perkara yang positif. 83. Perkara yang positif akan sentiasa mengatasi perkara yang negatif. Kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan. 84. Bersyukurlah dengan apa yang anda. Minda orang yang bersyukur adalah punca rezki yang sebenar kerana Tuhan akan menambahkan rtezki orang yang bersyukur. Bersyukur dalam ertikata menggunakan sumber yang ada untuk memenuhi tuntutan Tuhan yang memberikan sumber itu kepada kita. 85. Carilah kawan dan kenalan yang baru sekurang- kurangnya seorang pada setiap hari. Kita akan mendapati bahawa dunia ini lebih membahagiakan apabila dikelillingi oleh orng yang kita kenali. 86. Kuasailah pemikiran kita sendiri dengan memikirkan perkara yang positif dan menyingkirkan pemikiran yang negatif, dengan itu kita boleh menguasai dunia kita. Kata pepatah India:" Jika anda menguasai pemikiran anda, maka anda akan dapat menguasai dunia." 87. Tumpukan perhatian kepada kegembiraan dan kebahagiaan lebih daripada kecenderungan untuk memiliki kebendaaan. Ada benda yang semakin dimiliki semakimn mengurangkan kebahagiaan dan kegembiraan kita. Fikirkanlah bagaimana untuk menggunakan kebendaan yang kita miliki untuk meningkatkan kegembiraan dan kebahagiaan. 88. Stres bukanlah perkara yang buruk. Tanpa stres hidup ini tidak akan bermakna. Semakin banyak masalah dan cabaran semakin bermakna kehidupan ini. Perhatikan stres dari sudut yang positif. 89. Bawalah pemikiran anda bercuti setiap hari dengan membayangkan percutian di dalam pemikiran anda seolah- olah anda berada di sana. Nikmatilah pengalaman itu dengan membayangkan perkara tersebut dengan terperinci satu - persatu. Pemikiran tidak dapat membezakan di antara perkara yang benar berlaku dengan perkara yang dibayangkan sebagai benar- berlaku. 90. Untuk merehatkan fizikal dan mental anda lakukanlah perubahan sama ada dari segi fizikal , seperti menyusun semula kedudukan bilik anda, atau secara mental dengan membaca atau memikirkan sesuatu yang berlainan daripada apa yang sedang kita fikirkan.