91. Tegakkan keadilan di dalam diri dan tindakan dan berlaku adillah terhadap orang lain sama seperti kita mengharapkan orang lain melakukannya terhadap diri kita.

92. Hiduplah dengan rendah hati dan bersahaja sama seperti ular yang menyusur akar tidak akan kehilangan bisanya.

93. Lakukan satu kerja pada satu masa kerana ia menjamin tumpuan dan mutu kerja yang tinggi. Jangan bercakap ketika anda mendengar.

94. Berhati- hatilah dengan sifat marah anda. Kata Aristotle: " Sesiapapun boleh merasa marah. Tetapi untuk marah pada ketika yang betul terhadap orang yang betul dan pada darjah yang betul tidak upaya dilakukan oleh semua orang."

95. Ilmu sahaja bukanlah satu kekuatan. Melakukan sesuatu berdasarkan ilmu yang ada itulah sebenarnya kekuatan.

96. Semua soalan mengenai apa sahaja ada jawabannya. Cuma kita perlu meluangkan masa untuk mencarinya dengan tekun. InsyaAllah pasti kita akan menemuinya.

97. Gunakanlah masa bersarapan pada setiap pagi dengan produktif melalui perbincangan dengan rakan tentang pekerjaan/ pelajaran daripada berbual kosong atau berbincang tentang gosip dan ehwal semasa yang sensasi tetapi remeh.

98. Kawasan berair seperti di tepi pantai, sungai, kolam dapat memberi kan ketenangan kepada jiwa. Gunakanlah kawasan tersebut untuk aktiviti rekreasi fizikal dan mental atau sekurang- kurangnya tampalkan gambar kawasan berkenaan di tempat anda belajar/ bekerja.

99. Kecemerlangan adalah satu proses yang berterusan dan bukannya matlamat seperti kata Aristotle:" Kecemerlangan adalah seni yang diasaskan melalui latihan tabiat yang baik. Kita tidak bertindak dengan betul kerana kita mempunyai ciri- ciri dan nilai kecemerlangan, tetapi ia adalah hasil daripada tindakan kita yang betul. Kita adalah apa yang kita lakkukan berulangkali. Kecemerlangan bukanlah tindakan tetapi sebenarnya adalah tabiat."

100. Pelajarilah sesuatu daripada semalam agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama seperti yang telah dilakukan semalam . Sebaliknya ulangilah dan tingkatkan kejayaan yang telah kita lakukan semalam pada hari ini.

101. Jangan hadkan pemikiran dan sikap anda. Apa sahaja yang dianggap sebagai tidak ada pada hari semalam mungkin akan berlebihan pada hari ini. Ingatkan diri anda bahawa setiap sesuatu cukup untuk semua orang.

102. Ingat, hafal dan sebutkan kembali kata- kata hikmat serta cuba untuk memikirkan maksudnya dan mencari- cari ruang dan peluang untuk mengaplikasinya di dalam kehidupan seharian

PENUTUP

Hidup ini adalah satu perjalanan yang jauh. Banyak yang telah , sedang dan akan kita temui. Kita tidak tahu dengan pasti apakah yang akan kita kutip dan simpan sebagai kenangan sewaktu di penghujung jalan nanti. Semoga apa yang dipaparkan di dalam buku kecil ini akan menjadi kenangan- kenangan manis yang tidak jemu diingat dan dikenang semula lagi dan lagi sewaktu berada di penghujung jalan nanti.