GANDAKAN MASA "Masa itu emas." -Pepatah Melayu Semua orang menghadapi masalah yang sama iaitu banyak kerja yang perlu di lakukan tetapi begitu sedikit masa yang ada. Berita gembira untuk fenomena ini ialah anda boleh melakukan berapa banyakpun kerja dalam masa yang jauh lebih singkat daripada yang anda sangkakan. Tetapi terlebih dahulu anda perlu melepaskan andaian tentang berapa lamakah masa yang perlu anda ambil untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Katakanlah anda mempunyai satu rencana untuk ditulis dan anda mengira ia akan mengambil masa selama 4 jam berdasarkan kepada pengalaman yang lalu.ataupun kerana orang lain mengatakan begitu. Percaya atau tidak bahawa anda boleh menyelesaikan tugas itu dalam tempoh sejam? Anda akan mampu melakukannya jika anda yakin bahawa sejam adalah masa yang mencukupi. Sahut cabaran itu dengan menentapkan tempoh menggunakan jam meja atau jam loceng dan bertandinglah dengan jam loceng itu. Seorang kawan saya mempunyai tugasan yang menurut pendapat mereka yang 'pakar' memerlukan masa selama seminggu. Kawan saya berusaha dengan bersungguh- sungguh tanpa memperdulikan nasihat percuma daripada 'pakar' tersebut dan menyelesaikan tugasannya itu di dalam tempoh sehari sahaja! Seorang novelis Brazil bernama Ryoki Inoue dilaporkan menyaiapkan novelnya yang ke 1039 setelah menceburkan diri selama sepuluh tahun di dalam bidang tersebut. Salah satu novelnya adalah tentang pengedaran dadah dan pegawai polis yang rasuh mengambil masa selama 6. Jam setengah untuk menyiapkan novel setebal 195 muka itu. Banyak contoh- contoh lain dan ramai lagi orang yang telah melakukan sesuatu tugasan dengan masa yang jauh lebih singkat daripada yang dijangkakan degan kualiti yang amat tinggi dan tidak dapat dipersoalkan. Anda juga boleh melakukannya. Apa yang penting ialah jangan mengira masa. Lakukan kerja dan yakin bahawa anda akan dapat menyiapkannya dalam masa yang telah anda tetapkan atau lebih awal daripada itu. Lakukanlah dan yakinlah dan pasti keputusannya memuaskan hati anda…