SENARAIKAN CITA- CITA DAN HARAPAN ANDA Banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan kita seolah -olah ia adalah sesuaut yang tidak pernah kita fikirkan dan impikan sebelum ini. Didalam kebanyakan hal kita menganggap ia sebagai sesuatu yang biasa dan tidak ada apa yang tinggal di dalam fikiran kita selepas itu sama seperti ombak yang menghempas kaki kita dipantai pada sebelah pagi akan kita lupakan pada sebelah petangnya. Alangkah baiknya jika kita membuat senarai tentang perkara dan peristiwa yang kita harapkan akan berlaku di dalam kehidupan kita dan mengatur langkah dan strategi yang perlu dan sesuai untuk merealisasikannya. Betapakah kegembiraan di hati kita jika sesuatu yang kita rancang dan usahakan menjadi kenyataan ? Tidak ada kata dan bahasa yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan ini. Mengapa tidak kita senaraikan perkara - perkara tersebut daripada sekecil- kecilnya seperti menanam hidroponik kepada sebesar- besar cita- cita seperti memberikan ceramah dengan diulas secara langsung menerusi tv atau radio ke seluruh negara. Buatkan satu fail dan setiap hari kita membelek dan memerhatikannya sambil menambah di sini dan sana serta membuangkan di sini dan sana yang dirasakan sudah tidak perlu atau ketinggalan zaman. Jadikan ia satu hobi dan kerja yang pasti kita lakukan setiap hari. Jika perkara ini kita lakukan kita tidak akan memerlukan banyak ruang , masa dan belanja yang besar untuk bergembira walau pada hari yang paling menyedihkan sekali…