ATASI KEKECEWAAN "Lidah lagikan tergigit!" -Pepatah Melayu Sesekali seseketika tentu anda pernah mengalami perasaan sedih, kecewa, hampa marah dan seumpamanya . Ini adalah satu perkara biasa kepada siapa sahaja yang bernama manusia. Apa yang penting ialah sejauhmanakah anda menerima perasaan negatif tersebut. Adakah anda menerimanya sebagai kenyataan ataupun melupakanya dan menganggap ia sebagai mimpi ngeri sahaja yang pergi sebaik sahaja anda membuka mata pada sebelah paginya. Adalah perkara biasa untuk sesekali seseketika kita berhadapan dengan perasaan yang negatif. Alangkah baik jika kita menganggap ia sebagai guru yang baik dan belajar daripada kesilapan yang lalu. Jika anda berhadapan dengan keadaan ini apa yang perlu anda lakukan untuk memastikan motivasi dan semangat anda akan kekal tidak tergugat ialah dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut: 1. Pergilah bertukar suasana ke tempat lain seperti ke tepi pantai, ke kaki bukit, ke taman bunga, ke tepi sungai atau ke mana sahaja yang jauh , sunyi dan tenang daripada gangguan. Duduklah di sana beberapa ketika sehingga anda berasa lega dan tenang semula untuk meneruskan kerja- kerja harian anda. 2. Lakukanlah kerja- kerja lain yang jauh bezanya daripada kerja yang menyebabkan anda mengalami perasaan yang negatif tersebut. Antara yang disyorkan ialah kemas semula rumah atau bilik anda kerana kerja yang agak keras dan kasar ini akan menyerap tenaga negatif yang mungkin terhasil akibat suasana dan persekitaran yang negatif. 3. Lakukanlah sesuatu untuk orang lain. Apabila anda memberikan tumpuan kepada orang lain , perasaan negatif yang berpunca darpada sikap individualistik itu akan hilang beransur ansur. Selain itu anda akan menghabiskan masa, tenaga dan tumpuan ke arah membantu orang lain yang akan menaikkan semangat anda apabila tugasan tersebut dapat dijayakan ataupun menerima pujian dan ucapan terima kasih dan seumpamanya yang positif daripada orang yang anda tolong. 4. Tuliskan rentetan kronologi peristiwa yang membawa kepada perasaan negatif tersebut. Ini akan memberikan perspektif yang baru kepada anda dan melihat perkara tersebut secara jujur dan positif 5. Tuliskan surat kepada orang yang menyebabkan perasaan negatif itu menerangkan perasaan anda yang negati f tersebut kepadanya. Luahkan semuanya tanpa sebarang titik noktah. Kemudian bakar surat itu atau musnahkannya. Tentu anda akan berasa lega selepas itu. 6. Bawalah mengingati Allah dan memohon ampun dan petunjuk daripadanya. Ingat lah bahawa semua yang berlaku itu adalah ketetapan Allah dan mohon kekuatan untuk mengambil iktibar yang posisitf daripadanya. 7. Akhir sekali jika anda berani atau berkemampuan berbincanglah dengan orang yang menjadi punca kepada perasaan negatif anda itu. Berbincanglah dengan baik dan dengan emosi dan kepala yang dingin untuk menyelesaikan masaalah yang timbul di antara anda dengannya. Perasaan yang negtif perlu diselesaikan agar tidak berakar umbi di dalam hati , perasaan dan pemikiran kita dan muncul kembali dalam rupanya yang lebih hodoh pada masa kan datang. Banyak yang boleh anda lakukan untuk mengurangkannya disamping ramai yang bersedia untuk mendengar dan membantu anda menyelesaikannya. SOALAN TENAGA KUASA Siapakah saya? Dari manakah saya datang? Ke manakah saya akan pergi ? Bagaimanakah saya akan ke sana ? Jika tidak INI , apakah lagi? Jika tidak SAYA, siapakah lagi? Jika tidak DI SINI , dimanakah lagi? Jika tidak SEKARANG, bilakah lagi? Setiap pagi pada setiap hari kita bangun daripada tidur. Pernahkah kita terfikir mengapa kita bangun pada pagi tersebut.? Ataukah kita bangun kerana pada pagi sebelumnya juga kita bangun seperti pada pagi sebelumnya dan sebelumnya… Mengapa tidak pada pagi esok, kita tanya lapan Soalan Tenaga Kuasa di atas sebaik sahaja kita bangun daripada tidur dan kemudiannya kita lihat apakah bezanya. Pernahkah kita bertanya kepada diri kita sendiri tentang siapakah kita ? Tahukah kita bahawa kita adalah sebaik- baik dan semulia- mulia makhluk di mukabumi ini? Tahukah kita bahawa asal-usul kita ada adalah insan yang mulia yang dijadikan daripada percikah roh Tuhan Yang Maha Kuasa? Pernahkah kita bertanya diri kita tentang dari manakah asal-usul kita? Tahukah kita bahawa kita pernah satu ketika dahulu berada di syurga Tuhan dan dikeluarkan dari sana kerana menurutkan hawa nafsu dan pujukan Iblis Laknatullah? Tidakkah kita ingin kembali ke sana yang dikatakan satu tempat yang tidak pernah terlintas di fikiran manusia dan tidak pernah dilihat mata serta tidak pernah didengar oleh telinga? Pernahkah kita bertanyakan diri ke manakah kita akan pergi? Apakah tujuan kita untuk esok, minggu hadapan, bulan hadapan, tahun hadapan, lima tahun akan datang, sepuluh tahun akan datang…… Pernahkah kita bertanyakan kepada diri sendiri bagaimanakah strategi dan cara untuk kita sampai ke tempat tujuan yang telah kita tetapkan di atas ? Adakah kita mengambil kira halal dan haram dan menggunakan sepenuhnya sumber yang diberikan oleh Tuhan kepada kita dengan sebaik- baiknya ? Pernahkah kita bertanyakan diri kita jika tidak kerja yang kita lakukan sekarang , adakah kerja dan tugas lain yang lebih penting? Jika kita sebagai pelajar, adakah tugas lain yang lebih besar dan penting daripada belajar ? Jika kita sebagai pekerja adakah tugas lain yang lebih penting daripada kerja yang kita lakukan sekarang? Jika kita memutuskan bahawa belajar dan bekerja adalah tugas kita yang utama mengapakah di dalam fikiran kita masih ada fikiran untuk melakukan tugas- tugas yang lain? Tumpukanlah tugas kita sebagai pelajar dan pekerja sebagai tugas utama dan pertama kita. Jika tidak kita adakah orang lain yang dapat menyempurnakan tugas yang diletakkan di bahu kita sekarang ? Jadi mengapakah kita di sini ? Apakah kita sekadar pemerhati sahaja melihat orang lain melakukan sesuatu yang sepatutnya kita lakukan? Jika tidak di sini, adakah ruang dan peluang lain pada masa hadapan untuk kita selesaikan amanah yang dipikulkan kepada kita ini? Di manakah tempat itu? Adakah ia sudah ujud atau telah hilang lenyap daripada muka bumi ini ? Jika tidak sekarang , adakah masa hadapan menunggu- nunggu kedatangan kita untuk menyelesaikan amanah yang kita pikul ini? Adakah masa hadapan itu masa yang benar- benar tepat? Ataukah masa hadapan itu sama seperti sekarang untuk kita tangguhkan pula ke masa akan datang lagi? Apakah masa berada di pihak kita maka boleh kita arah- arahkan dan perintah- perintahkan untuk menurut kemahuan kita? Sedarlah bahawa kita berada di sini sekarang dengan tugas yang tertentu , sekaranglah masanya, di sinilah tempatnya, inilah tugasnya, kitalah orangnya yang diamanahkah untuk menyempurnakan tugas yang murni ini, sebagai seorang pelajar, pekerja, ibu, bapa, guru…