KAJI SELIDIK ANALISIS DIRI PENGENALAN Langkah pertama bagi seseorang untuk meningkatkan kemahiran pembelajarannya, dengan mengambiltahu apakah kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Kekuatan diri ini harus ditonjolkan dan dipergunakan sepenuhnya untuk manfaat seseorang pelajar semasa di alam pembelajaran dan seterusnya untuk menghadapi alam pekerjaan. Manakala kelemahan yang telah dianalisis pula. Perlu dicarikan kaedah untuk menyelesaikannya. Kajiselidik Analisis Diri yang disediakan di dalam panduan ini bertujuan untuk menyediakan satu langkah sistematik menilai kekuatan dan halangan dalam diri bagi kemahiran pembelajaran yang ada pada seseorang. Para pengguna kajiselidik ini diingatkan agar tidak tergopoh-gopoh untuk melengkapkan jawapan terhadap soalan-soalan yang disediakan. Seelok-eloknya carilah tempat yang tenteram dan tanpa gangguan untuk menyempurnakan. KAEDAH MENGGUNAKAN KAJISELIDIK 1. Baca semua arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan-soalan yang disediakan. 2. Jawap setiap soalan dengan jujur dan pastikan anda memahaminya sebelum membuat keputusan. 3. Setelah anda selesai menjawab semua soalan, nilai kembali sama ada jawapan yang anda berikan benar-benar menggambarkan diri anda yang sebenarnya. 4. Akhirnya, barulah lakukan analisis terhadap diri anda hasil dari kajiselidik ini dengan melengkapkan Grid Markah Hilaian dan Jadual Analisis Diri. Berikut adalah beberapa kenyataan tentang kekuatan diri sebagai pelajar, yang mungkin anda miliki ataupun belum lagi memilikinya. Teliti setiap kenyataan dan jika ada yang sesuai dengan diri anda, tandakan pangkah pada nombor soalan yang berkenaan. Setelah menjawab semua soalan, tandakan semula jawapan anda ke dalam GRID MARKAH NILAIAN yang disediakan di bahagian akhir kajiselidik ini. 1. Saya selalunya dapat mengatasi dengan baik sebarang tekanan yang timbul dari masalah yang dihadapi seperti gangguan emosi, masalah kewangan atau keluarga. 2. Saya sentiasa berpegang dengan nilai-nilai dan prinsip hidup yang jelas. 3. Bila sesuatu keputusan penting mengenai masa depan perlu dibuat, saya sentiasa membuat keputusan dengan tegas dan tanpa teragak-agak. 4. Saya selalu berusaha untuk membina pengetahuan, kemahiran dan kemampuan diri saya. 5. Jika menghadapi sebarang masalah, saya sentiasa dapat menyelesaikannya dengan baik. 6. Saya suka membuat percubaan ke atas cara-cara baru di dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau pembelajaran. 7. Bolehlah dikatakan bahawa saya orang yang sentiasa mencari dan sukakan perubahan. 8. Saya selalu menggunakan pendekatan yang sistematik di dalam menyelesaikan masalah. 9. Saya selalu berusaha meningkatkan tahap kefahaman di luar dari bidang atau jurusan akademik yang saya ikuti. 10. Jika ditanya tentang masa depan, saya sentiasa dapat menjelaskan dengan penuh keyakinan tentang apa yang ingin saya capai. 11. Kadangkala saya akan meminta pendapat orang lain tentang nilai-nilai baik atau buruk dalam menghadapi hidup. 12. Saya sentiasa memperuntukkan masa yang secukupnya untuk melakukan aktiviti latihan fizikal dan menjaga kesihatan. 13. Saya dapat mengurusi masa saya dengan baik dan berkesan. 14. Saya lebih suka mengambil tindakan mengikut apa yang saya fahami sebagai betul walaupun ada jalan pintas yang lebih mudah tetapi bertentangan dengan prinsip hidup saya. 15. Saya mempunyai matlamat yang jelas tentang jurusan pengajian yang saya ambil ketika ini dan memang bertepatan dengan cita-cita saya. 16. Kehidpuan pembelajaran saya selalu menyeronokkan. 17. Saya sentiasa menilai kembali matlamat yang ingin dicapai di dalam pelajaran dan teknik-teknik pembelajaran yang saya amalkan. 18. Saya rasa saya lebih kreatif dari teman-teman yang lain di dalam kelompok saya. 19. Saya sentiasa dapat mengendalikan maklumat-maklumat pembelajaran yang kompleks dengan kaedah yang mudah dan jelas. 20. Saya sentiasa suka mencuba pengalaman baru. 21. Saya sentiasa menilai kejayaan yang saya capai secara objektif dan mempunyai ukuran tertentu untuk memastikannya. 22. Saya sentiasa berpegang teguh kepada perkara-perkara prinsip di dalam kehidupan. 23. Saya sanggup untuk tidak popular di kalangan teman-teman jika saya terpaksa mengambil sesuatu keputusan yang melibatkan diri saya. 24. Saya jarang sekali bertindak bertentangan dari sistem nilai yang saya pegang. 25. Aktiviti pembelajaran merupakan sebahagian dari keseronokan bagi diri saya. 26. Saya adalah seorang perancang yang baik. 27. Saya sentiasa mendapatkan penilaian serta maklumbalas tentang keupayaan, kelebihan dan kelemahan yang ada pada diri saya. 28. Mencapai kejayaan merupakan sesuatu yang sangat penting bagi diri saya. 29. Saya sentiasa mempersoal dan memperkemaskan sistem nilai yang saya pegang dari semasa ke semasa. 30. Kehidupan peribadi saya tidak terjejas dengan keadaan pembelajaran dan tugas-tugas harian yang kadangkala terlalu membebankan. 31. Saya sentiasa melakukan sesuatu mengikut sistem nilai dan kepercayaan yang saya anuti. 32. Saya suka melakukan sesuatu yang mencabar. 33. Saya sentiasa menilai pencapaian saya dibidang akademik dan bukan akademik. 34. Saya sanggup mengalami suatu keangkamasa keadaan yang tidak menentukan semata-mata merana mencuba idea-idea yang baru. 35. Saya selalu mengambil kesempatan untuk menggunakan kemahiran orang lain bagi membantu menyelesaikan sesuatu masalah yang saya hadapi. 36. Saya sentiasa memikir dan mencari punca-punca mengapa saya tidak dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dan mengambil tindakan untuk memperbaikinya. 37. Saya sentiasa meletakkan satu tahap pencapaian spesifik yang perlu saya capai di dalam sesuatu peperiksaan. 38. Saya ada memikir dan mengkaji bagaimana latarbelakang dan keadaan saya dibesarkan mempengaruhi sistem nilai yang saya pegang. 39. Saya sentiasa menjaga makanan dan minuman saya mengikut keperluan penjagaan kesihatan yang baik dan betul. 40. Saya bersedia berbincang dengan sesiapa sahaja tentang kepercayaan dan sistem nilai yang saya pegang dan yakini. 41. Saya sentiasa merasa bertenaga dan gembira. 42. Saya mempunyai matlamat peribadi yang jelas dan menuliskannya di dalam nota peribadi saya. 43. Saya sentiasa berasa yakin jika diberikan kesempatan untuk mengetuai sesuatu kelompok bagi menjalankan sesuatu tugas dan menyelesaikan masalah. 44. Saya tidak cepat putus asa jika jalan penyelesaian terhadap sesuatu tidak dapat dicari dengan segera. 45. Boleh dikatakan saya bersikap terbuka dan mudah menyesuaikan diri dengan suasana baru. 46. Saya telahpun merangka rancangan kerjaya saya untuk jangkamasa pendek yang panjang. 47. Saya sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah emosi dan mengurusinya dengan baik. 48. Saya sentiasa mempunyai bilik yang bersih dan tempat belajar yang teratur. 49. Saya selalunya dapat mencapai apa-apa yang saya rancangkan untuk diri saya. 50. Saya sentiasa mencari idea-idea baru dan mencubanya jika saya dapati idea tersebut dapat membina diri saya. 51. Saya mempunyai keyakinan yang penuh terhadap diri saya. 52. Saya lebih suka bercampur dengan teman-teman yang inovatif dari mereka yang hanya menurut peraturan biasa menjalani hidup. 53. Secara umumnya, saya menggunakan kaedah-kaedah yang sistematik di dalam penyelesaian masalah. 54. Saya selalu membandingkan sistem nilai yang saya anuti dengan sistem yang dianuti oleh teman-teman lain dalam lingkungan kehidupan saya. 55. Saya selalu mempunyai cara yang baik untuk menyelesaikan masalah emosi. 56. Mengeluarkan idea-idea baru tidak pernah menjadi masalah bagi saya. 57. Jika saya melakukan sesuatu kesilapan, saya terus membetulkannya tanpa cepat merasa kecewa dan kekal di dalam kehampaan. 58. Saya sentiasa memikir dan mencari jalan tentang kaedah-kaedah meningkatkan kreativiti. 59. Saya sentiasa membaca tulisan atau artikel tentang pembinaan diri, melibatkan diri dalam perbincangan atau aktiviti yang dapat membina diri walaupun ianya tidak ada kaitan dengan jurusan akademik saya. 60. Saya tidak pernah lari dari menyelesaikan sesuatu masalah atau melupakan sahaja masalah tersebut. GRID MARKAH NILAIAN ANALISIS DIRI PANDUAN 1. Pangkahkan nombor-nombor di dalam grid di bawah mengikut nombor-nombor soalan yang serupa yang telah anda lakukan di dalam soalan-soalan kajiselidik. 2. Kemudian jumlahkan semua bilangan pangkah di setiap ruangan. 3. Pindahkan Jumlah Markah Nilaian ke dalam ruang-ruang Jadual Analisis Diri. A B C D E F 1 2 3 4 5 6 12 11 10 9 8 7 13 14 15 16 17 18 23 22 21 20 19 34 30 24 25 27 26 44 39 29 28 32 33 51 41 31 37 36 35 52 47 38 42 45 43 56 48 40 46 50 53 57 55 54 49 59 60 58 JUMLAH NILAIAN JADUAL ANALISIS DIRI ARAHAN 1. Salin semula jumlah markah nilaian dari Grid Markah Nilaian ke dalam ruangan Jadual Analisis Diri di bawah. 2. Isikan ruangan kedudukan dengan meletakkan nombor 1 bagi markah tertinggi, nombor 2 bagi kedudukan berikutnya dan seterusnya. Markah Nilaian Terendah menduduki nombor 6. 3. Kemudian isikan pula Kedudukan Berlawanan dengan meletakkan nombor 1 bagi markah nilaian yang terendah. Nilaian markah tertinggi menduduki nombor 6. MARKAH NILAIAN KEKUATAN DIRI KEDUDUKAN KELEMAHAN A KEUPAYAAN PENGURUSAN DIRI B PEGANGAN SISTEM NILAI YANG MURNI C MATLAMAT PERIBADI YANG JELAS D MENITIKBERAT TERHADAP PEMBINAAN DAN PERKEMBANGAN DIRI E KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH F KREATIF DAN INOVATIF BENGKEL 1 : MELAPORKAN DENGAN TEPAT OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini nanti diharapkan anda akan dapat :- 1. Mengetahui kepentingan mendengar dengan tepat. 2. Mengenalpasti masalah-masalah di dalam menyampaikan maklumat dengan tepat. 3. Membezakan fakta daripada huraian. MASA Bengkel ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 55 minit. KEPERLUAN-KEPERLUAN 1. Bilik ceramah utama 2. OHP dan layar 3. Bilik perbincangan kumpulan 4. Nota Bengkel : Melaporkan dengan tepat 5. Nota OHP 1.1 - 1.3 6. Tugasan-tugasan 1.1, 1.1a - 1.1b, 1.2 - 1.2a PERANCANGAN UNTUK BENGKEL 1 1. 5 minit · Pengenalan kepada bengkel menggunakan OHP 1.1 2. 10 minit · Ringkasan bengkel menggunakan OHP 1.2 dan nota bengkel 'Melaporkan dengan tepat'. 3. 20 minit · Bahagikan kumpulan kepada pasangan. · Arahkan kepada pasangan-pasangan tersebut untuk menentukan siapakah yang akan menjadi A dan siapakah yang akan menjadi B · Arahkan semua A supaya meninggalkan bilik · Panggil mereka masuk semula seorang demi seorang. · Orang yang pertama masuk akan diberikan maklumat secara lisan (lihat tugasan 1.1 bahagian nota Pemudahcara : Bahagian 1). · Peserta tersebut mesti cuba untuk mengingati mesej tersebut dan tidak dibenarkan mengambil nota dan bertanyakan soalan. · Peserta tersebut akan memanggil seorang peserta A yang lain dan menyampaikan mesej tersebut secara lisan. · Teruskan proses ini sehingga semua A yang berada di luar masuk dan peserta yang terakhir akan menyampaikan mesej itu kembali kepada Pemudahcara. · Ketika peserta menyampaikan mesej, pasangan (B) akan memeriksa dengan berpandukan kepada kertas jawapan (Tugasan 1.1a dan 1.1b). Berapa banyakkah mesej yang betul. · Apabila sudah selesai dengan A., lakukan proses yang sama dengan B menggunakan Tugasan 1.1 : Mesej Kedua. 4. 35 minit · Arahkan setiap pasangan supaya berbincang tentang keputusan masing-masing selama 10 minit. Kumpulkan semua kertas pemerhatian dan tampalan didinding dalam satu urutan. Benarkah A dan B memeriksa kertas pemerhatian dan melihat di manakah berlakunya pemasangan mesej selama 10 minit. Kumpulkan semua peserta dan bincangkan keputusan tugasan ini. Senaraikan masalah yang dihadapi oleh semua peserta tadi atas carta selan. 5. 30 minit · Baca tugasan 1.2a dengan nada biasa dan kemudian ulangkan sekali lagi. Umumkan bahaya tugasan berikutnya adalah terhad kepada 5 minit sahaja. Agihkan Tugasan 1.2 dengan bahagian mukanya diterbalikkan. · Apabila semua peserta mendapat kertas tugasan masing-masing mulakan masa untuk menjawab selama 5 minit. · Apabila cukup 5 minit, arahkan semua peserta supaya berhenti menjawab dan edarkan Tugasan 1.2a. Beri masa selama 10 minit untuk menyemak kertas masing-masing dan kemudian bincangkan keputusan tersebut. Senaraikan masalah-masalah yang dapat dihadapi di atas carta selak. 6. 10 minit · Gunakan OHP 1.3 untuk membuat kesimpulan keseluruhan dan umumkan bahawa peserta akan didedahkan dengan berbagai-bagai cara untuk mengingatkan kembali dan merekodkan maklumat dengan tepat di dalam bengkel berikutnya. 7. 5 minit · Penutup. Gunakan OHP 1.1 untuk mengimbas kembali objektif-objektif yang telah ditetapkan. NOTA BENGKEL : MELAPORKAN DENGAN TEPAT Nota ini dengan OHP 1.2 akan memberikan asas kepada bengkel ini secara ringkas. Gunakan contoh-contoh daripada pengalaman sendiri untuk menjelaskan lagi kata-kata kunci yang digunakan. Di dalam bengkel ini kita akan menguji betapa tepatnya kita di dalam mengingat kembali dan menyampaikan maklumat. Biasanya kebolehan untuk mengingat kembali apa yang telah diperkatakan adalah tidak penting. Kita boleh mencapainya dengan memberikan pandangan secara kasar dan menyeluruh. Sungguhpun begitu di dalam beberapa keadaan keupayaan untuk mengingat kembali dengan tepat adalah penting. Contohnya seorang jururawat yang tidak mendengar arahan daripada doktor dengan baik tentang sukatan ubat-ubatan yang akan diberikan kepada pesakit boleh membahayakan pesakit dan kadang-kadang boleh membawa maut. Sebenarnya dalam keadaan biasa sekalipun adalah perintah untuk kita bertindak dengan tepat. Memberikan teh yang manis sedangkan kopi yang diminta oleh bakal pelanggan utama akan membawa kerugian yang besar. Ketepatan bergantung kepada konsentrasi tumpuan perhatian, mengenalpasti kata-kata kunci dan mengekalkannya di dalam ingatan walaupun untuk satu ketika yang amat singkat. Di dalam bengkel-bengkel berikutnya kita akan menguji kemahiran-kemahiran yang khusus termasuk kemahiran mengingat untuk membantu kita supaya sentiasa lebih tepat. Fokus utama dalam bengkel ini ialah terhadap konsentrasi. Kebanyakan daripada kita pendengar yang malas terutamanya apabila kita merasakan bahawa kita boleh meneka apa yang akan disamapaikan kepada kita. Kita kerapkali mendengar apa yang kita harapkan untuk didengar. Apabila kita keletihan atau perhatian kita diganggu, peluang kita untuk menerima maklumat yang salah akan semakin meningkat. Untuk mendengar dengan baik segala macam andaian perlu dielakkan dan berikan perhatian kepada orang yang sedang bercakap dan apa yang ingin disampaikannya. Membayangkan orang atau objek yang relevan dengan mesej yang disampaikan akan membantu kita untuk mengingat dengan lebih baik. OHP 1.1 OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini nanti Diharapkan anda akan dapat :- 1. Mengetahui kepentingan mendengar dengan tepat. 2. Mengenalpasti masalah-masalah di dalam menyampaikan maklumat dengan tepat. 3. Membezakan fakta daripada huraian. OHP 1.2 Ketepatan bergantung kepada :- 1. Konsentrasi/tumpuan perhatian kepada orang yang bercakap. 2. Mendapatkan kata-kata kunci. 3. Menyerapkan kata-kata kunci ke dalam ingatan. OHP 1.3 1. Konsentrasi/tumpuan perhatian. 2. Mendengar dengan baik terhadap setiap perkataan. 3. Mengujudkan kata-kata kunci. 4. Mengenepikan semua syak wasangka, kepercayaan dan andaian-andaian. 5. Berfikiran terbuka. MELAPORKAN DENGAN TEPAT TUGASAN 1.1 Nota Pemudacara Mesej Pertama Lailatul Shifa' dari Jitra Development menelefon anda tentang kemungkinan untuk bertemu pada hari Selasa 20 haribulan ini. Buat masa ini beliau mempunyai urusan pada pagi tersebut tetapi akan cuba untuk bertemu dengan anda di pejaba anda sendiri pada pukul 12.15 tengahari. Sekiranya tidak berkesempatan pada waktu tersebut beliau telah menempah sebuah meja untuk makan tengahari di Hotel Merlin pada pukul 1.30 petang dan akan berjumpa dengan anda di sana. Mesej Kedua Jamal Abdillah dari Public Finance menelefon mengatakan bahawa beliau akan berjumpa dengan anda pada pukul 10.30 pada Sabtu ini. Jika beliau tidak dapat datang, beliau akan menelefon ke rumah anda pada hari Jumaat pukul 7.30 malam. Sila ingatkan Alina tentang perjumpaan Jamal Abdillah dengan Daud di Bank Bumiputra pada hari Rabu 17 haribulan ini. TUGASAN 1.1a Gunakan bahagian ini untuk merekodkan penyampaian mesej oleh pasangan anda. Ia mengandungi isi-isi penting daripada mesej tersebut yang perlu disampaikan. Berikan pandangan anda DUA markah bagi setiap mesej yang disampaikannya dengan tepat dan SATU markah untuk mesej yang hampir tepat. Bagi mesej yang hampir-hampir tepat, catatkan apakah yang ditinggalkan atau ditambahkan oleh pasangan anda. ISI PENTING MARKAH PENGURANGAN/TAMBAHAN LAILATUL SHIFA' (kemungkinan) TEMUJANJI SELASA 29 HARIBULAN INI ADA URUSAN SEBELAH PAGINYA BERTEMU DI PEJABAT ANDA SENDIRI 12 - 15 TENGAHARI SEKIRANYA TIDAK BERKESEMPATAN MEJA TELAH DITEMPAH UNTUK MAKAN TENGAHARI HOTEL MERLIN 1.30 PETANG JUMPA DI SANA TUGASAN 1.1b Gunakan bahagian ini untuk merekodkan penyampaian mesej oleh pasangan anda. Ia mengandungi isi-isi penting daripada mesej tersebut yang perlu disampaikan. Berikan pandangan anda DUA markah bagi setiap mesej yang disampaikannya dengan tepat dan SATU markah untuk mesej yang hampir-hampir tepat. Bagi mesej yang hampir-hampir tepat, catatkan apakah yang ditinggalkan atau ditambahkan oleh pasangan anda. ISI PENTING MARKAH PENGURANGAN/TAMBAHAN JAMAL ABDILAH PUBLIC FINANCE AKAN BERJUMPA ANDA 10.30 PAGI SABTU INI JIKA BELIAU TIDAK DAPAT DATANG TELEFON KE RUMAH ANDA HARI JUMAAT 7.30 MALAM SILA INGATKAN ALINA TENTANG PERJUMPAAN JAMAL ABDILLAH DENGAN DAUD DI BANK BUMIPUTERA HARI RABU 28 HARIBULAN INI TUGASAN 1.2 Baca kenyataan berikut mengenai cerita yang baru sahaja anda dengar. Jika anda memikirkan bahawa ia adalah betul, sila bulatkan B. Jika anda memikirkan bahawa ia adalah salah bulatkan S. Jika anda tidak pasti bahawa kenyataan tersebut betul atau salah, sila bulatkan? 1. Seorang lelaki tiba-tiba muncul selepas pemilik kedai menurunkan bidai B S ? 2. Orang yang muncul itu tidak meminta wang B S ? 3. Wanita yang membuka laci adalah pemilik kedai B S ? 4. Pemilik kedai itu mengambil kandungan laci tersebut dan beredar melarikan diri B S ? 5. Seseorang membuka laci B S ? 6. Apabila lelaki yang meminta wang itu mengambil isi laci, beliau terus melarikan diri B S ? 7. Laci itu mengandungi wang B S ? 8. Perompak itu meminta wang daripada pemilik kedai B S ? 9. Perompak telah membuka laci B S ? 10. Seseorang muncul selepas bidai kedai diturunkan B S ? 11. Perompak telah meninggalkan kedai tersebut B S ? 12. Seorang polis lelaki telah berada di dalam kedai itu 10 minit kemudian B S ? TUGASAN 1.2a TEKS RUJUKAN Seorang pekedai wanita baru sahaja menurunkan bidai kedai apabila seseorang tiba-tiba muncul dan meminta wang. Pemilik kedai tersebut membuka laci wang. Isi laci tersebut diambil dan orang itu terus beredar. Polis telah dihubungi dengan segera dan seorang konstabel tiba sepuluh minit kemudian. 1. ? Adakah anda tahu pemilik dan pekedai wanita itu adalah orang yang sama ? Adakah anda tahu seseorang yang tiba-tiba muncul itu adalah seorang lelaki? 2. Salah 3. ? Adakah pekedai wanita itu pemilik kedai tersebut ? Adakah anda tahu bahawa pemilik kedai itu lelaki atau wanita. 4. ? Adakah anda tahu siapa yang mengambil isi laci tersebut. Adakah disebut tentang melarikan diri? 5. Betul 6. ? Bagaimana anda tahu orang itu lelaki ? Adakah anda tahu siapakah yang mengambil isi laci tersebut ? Adakah sesiapa yang melarikan diri ? 7. ? Adakah wang disebut ? Mungkin ada sesuatu yang lain di dalam laci tersebut ? 8. ? Rompakan ? Dan jika orang itu adalah perompak, tentulah yang membuka laci tersebut bukan pemilik kedai itu sendiri. 9. ? Rompakan ? Dan jika orang itu adalah perompak, tentulah yang membuka laci tersebut bukan pemilik kedai itu sendiri. 10. Betul 11. ? Rompakan ? Seseorang beredar - mungkin masih berada di dalam kedai itu. 12. ? Mungkin polis itu seorang lelaki. Adakah anda tahu bahawa konstabel itu masuk ke dalam kedai tersebut. Anda sepatutnya mendapat 1 SALAH dan 9 TIDAK PASTI. NOTA BENGKEL : MELAPORKAN DENGAN TEPAT Nota ini dengan OHP 1.2 akan memberikan asas kepada bengkel ini secara ringkas. Gunakan contoh-contoh daripada pengalaman sendiri untuk menjelaskan lagi kata-kata kunci yang digunakan. Di dalam bengkel ini kita akan menguji betapa tepatnya kita di dalam mengingatkan kembali dan menyampaikan maklumat. Biasanya kebolehan untuk mengingat kembali apa yang telah diperkatakan adalah tidak penting. Kita boleh mencapainya dengan memberikan pandangan secara kasar dan menyeluruh. Sungguhpun begitu di dalam beberapa keadaan, keupayaan untuk mengingatkan kembali dengan tepat adalah penting. Contohnya seorang jururawat yang tidak mendengar arahan daripada doktor dengan baik tentang sukatan ubat-ubatan yang akan diberikan kepada pesakit boleh membahayakan pesakit dan kadang-kadang boleh menyebabkan maut. Sebenarnya dalam keadaan biasa sekalipun adalah penting untuk kita bertindak dengan tepat. Memberikan teh yang manis sedangkan kopi yang diminta oleh pakar pelanggan utama akan membawa kerugian yang besar kepada kita. Ketepatan bergantung kepada konsentrasi/tumpuan perhatian, mengenalpasti kata-kata kunci dan mengekalkan di dalam ingatan walaupun untuk satu ketika yang amat singkat. Di dalam bengkel-bengkel berikutnya kita menguji kemahiran-kemahiran yang khusus kemahiran mengingat untuk membantu kita supaya sentiasa lebih tepat. Fokus utama dalam bengkel ini ialah terhadap konsentrasi. Kebanyakan kita daripada kita adalah pendengar yang malas terutamanya apabila kita merasakan bahawa kita boleh meneka apa yang akan disampaikan kepada kita. Kita kerapkali mendengar apa yang kita harap untuk mendengarnya. Apabila kita keletihan atau perhatian kita diganggu, peluang kita untuk menerima maklumat yang salah akan semakin meningkat. Untuk mendengar dengan baik segala macam andaian perlu dielakkan dan berikan perhatian kepada orang yang sedang bercakap dan apa yang ingin disampaikannya. Membayangkan orang atau objek yang relevan dengan mesej yang disampaikan akan membantu kita untuk mengingat dengan lebih baik. BENGKEL II : INGAT APA YANG DIDENGAR OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini nanti diharapkan anda akan dapat :- 1. Memahami bagaimana memori berfungsi. 2. Memilih dan menggunakan sistem memori. 3. Mengujudkan cara-cara yang dapat membantu anda untuk mengingatkan kembali kata-kata kunci ketika mendengar. MASA Bengkel ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 55 minit. KEPERLUAN-KEPERLUAN 1. Bilik ceramah utama 2. OHP dan layar 3. Bilik perbincangan kumpulan 4. Nota Bengkel : "Ingat Apa Yang Didengar" 5. Nota OHP 2.1 - 2.7 6. Edaran 2.1 7. Tugasan 2.1 - 2.3 PERANCANGAN UNTUK BENGKEL II 1. 5 minit · Memperkenalkan bengkel dengan ringkas menggunakan OHP 2.1. 2. 15 minit · Ringkasan bengkel dengan menggunakan OHP 2.2 dan Nota Bengkel "Ingat Apa Yang Didengar". 3. 20 minit · Agihkan Tugasan 2.1. · Arahkan peserta supaya membaca dan mengikuti kaedah untuk sistem memori ini. · Jawab sebarang soalan yang timbul dengan menggunakan OHP 1.3. · Tanpa menunjukkan slaid, bacakan senarai perkataan di OHP 2.4. · Jarakkan 8 - 10 saat antara perkataan supaya peserta dapat mendengar dan membayangkan perkataan-perkataan tersebut. · Arahkan supaya peserta menuliskan kembali perkataan-perkataan yang telah disebutkan. · Tayangkan OHP 2.4 untuk peserta menyemak jawapan mereka. · Bincangkan bagaimana mudahnya sistem ini dan bincangkan jika ujud sebarang masalah. 4. 20 minit · Agihkan Tugasan 2.2. · Arahkan peserta supaya membaca dan menuruti kaedah untuk sistem memori ini. · Jawab sebarang soalan yang timbul menggunakan OHP 2.5. · Tanpa menayangkan slaid, bacakan perkataan-perkataan di OHP 2.6 disebutkan, kemudian tayangkan OHP 2.6 untuk peserta menyemak jawapan mereka. · Bincangkan bagaimana mudahnya sistem ini dan bincangkan masalah yang mungkin timbul. 5. 5 minit · Tutup bengkel dengan mengagihkan Edaran 2.1 · Sorot kembali objektif-objektif menggunakan OHP 2.1 NOTA BENGKEL II : INGAT APA YANG DIDENGAR Nota ini dengan OHP 2.1 dan 2.2 membentuk asas bagi ringkasan bengkel ini. Gunakan pengalaman-pengalaman sendiri untuk menjelaskan lagi kata-kata kunci. Mengingat apa yang kita dengar selalunya mudah apabila kita mempunyai motivasi. Kita sering mengingat perkara-perkara yang menarik minat kita. Sebaliknya kita sering melupakan perkara-perkara yang kurang atau langsung tidak menarik minat kita. Mendengar dengan berkesan terutama kepada kata-kata kunci dan frasa-frasa membantu kita untuk mengingat kembali maklumat-maklumat yang kita perlukan. Kita mengingat dengan tiga cara :- 1. Pengulangan 2. Gabungan perkataan/kata-kata kunci 3. Kelompok/klasifikasi Pengulangan Mengulang-ulangkan perkara yang ingin kita ingati akan membantu kita untuk mengingatinya. Contohnya seperti nombor telefon, rumus atau formula dan seumpamanya. Ketia itu mengulang-ulangkannya, kita mendengar dengan 'telinga hati' kita. Ini akan menguatkan lagi bekas di otak kita. Sekiranya kita menyebut perkataan dengan kuat dan mendengarkannya, besar kemungkinan kita akan mengingatinya. Gabungan perkataan/kata-kata kunci Kata kunci adalah sesuatu yang mengujudkan imej atau pengingatan kepada sesuatu perkara. Pemilihan kata kunci adalah penting. Perkataan 'pelangi' umpamanya mengingatkan kita kepada warna, bentuk melengkung, hujan, langit, skaf dan seumpamanya. Ini adalah gabungan secara individu. Lain orang lain set imej di dalam pemikiran mereka walaupun terhadap perkataan yang sama. Kelompok/klasifikasi Otak kita biasanya cuba memberi makna kepada setiap sesuatu di sekelilingi kita. Bila kita mendengar bunyi orkestra, kita cuba membeza-bezakan bunyi daripada alat-alat muzik yang berlainan. Apabila kita bercadang untuk membeli-belah, kita cuba mengingat barang-barang dalam bentuk kelompok, contohnya : kopi, the, susu ; mentega dan roti ; penukul dan paku. Dengan kelompok ini kita boleh mengingati keseluruhan set dan mengambil mana-mana satu maklumat yang kita perlukan. Mnemonic adalah salah satu caranya untuk kita mengingat hari, bulan dan warna pelangi. Dengan bantuan pengulangan ia akan menjadi lebih berkesan. Ketiga-tiga cara ini membentuk asas sistem memori. Banyak sistem yang telah dicipta, salah satunya dipanggil Sistem LOKUS yang telah digunakan sejak lebih 2000 tahun dahulu. Cara yang berbeza sesuai untuk orang yang berbeza. Ia banyak bergantung kepada imej yang dibayangkan. Lebih banyak khayalan, keunikan dan warnanya lebih baik imej tersebut. OHP 2.1 OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini diharap anda akan dapat :- 1. Memahami bagaimana memori berfungsi. 2. Memilih dan menggunakan sistem memori. 3. Mengujudkan cara-cara yang dapat membantu anda mengingatkan kembali kata-kata kunci ketika mendengar. OHP 2.2 1. Motivasi merupakan kunci kepada pendengaran yang baik. 2. Kita mengingat melalui tiga cara :- · Pengulangan · Gabungan perkataan/kata-kata kunci · Kelompok/klasifikasi 3. Imej yang unik yang dikhayalkan akan membantu dalam mengingatkan kembali sesuatu perkara OHP 2.3 SISTEM MEMORI LOKUS Lokus adalah daripada perkataan latin "Locus" yang bermaksud tempat. Bayangkan sebuah bilik yang anda ketahui dengan sebaik-baiknya. Bayangkan benda-benda yang berbeza yang terdapat di dalam bilik itu. 'Lihat' benda dan kedudukannya dengan jelas. Letakkan gambar perkataan yang ingin anda ingati ke atas setiap benda yang terdapat di dalam bilik tersebut. OHP 2.4 Burung Bekas abu rokok Pembaris Tirai Anak kuching Teksi Majalah Bunga mawar Buaya Gaun Pensil Tikus OHP 2.5 SISTEM MEMORI BERANTAI Gunakan kata-kata kunci. Hubungkan satu perkataan dengan perkataan yang lain. Baik untuk imej-imej yang berwarna-warni. Gunakan bantuan semua deria. OHP 2.6 Mee Mancis api Epal Jane Fonda/M.Nasir Mesin taip Pin Tumbuhan Gula