OHP 2.6 Mee Mancis api Epal Jane Fonda/M.Nasir Mesin taip Pin Tumbuhan Gula Angkasawan Longkang OHP 2.7 Untuk menjadikan sesuatu sistem memori itu berkesan, anda memerlukan latihan dan motivasi. Sistem yang berbeza sesuai untuk orang yang berbeza. Pengulangan dan menghubungkan benda yang serupa akan dapat banyak membantu. Semakin menarik, berwarna-warni dan pelik sesuatu imej itu semakin mudah untuk ia diingati. Perkataan yang memberikan gambaran yang kukuh akan mudah diingati; Contohnya Jane Fonda dan buaya. Mendengar dengan teliti untuk mencari kata-kata kunci yang sesuai juga akan membantu kita untuk mengingat. INGAT APA YANG DIDENGAR TUGASAN 2.1 Tugasan ini bertujuan untuk memperkenalkan anda kepada Sistem Memori Lokus. Baca semua arahan dengan teliti dan dengar arahan daripada pemudahcara anda. LOKUS Lokus berasas daripada perkataan Latin "Locus" yang bermaksud tempat. Bayangkan sebuah bilik yang anda ketahui dengan begitu baik seperti bilik tidur anda, ruang tamu atau pejabat yang biasa anda kunjungi. Pergilah 'berjalan-jalan' di dalam bilik tersebut melalui imaginasi anda dan bayangkan setiap benda yang terdapat di dalam bilik tersebut seperti kerusi, meja, peti tv. Pastikan di dalam bilik itu terkandung sekurang-kurangnya 12 item atau barang. Fokuskan setiap item dengan jelas di dalam fikiran anda beserta dengan kedudukannya sekali supaya apabila 'berjalan' di dalam imaginasi anda setiap item akan 'dilihat' dengan jelas. Sebentar lagi pemudahcara anda akan membacakan senarai 12 perkataan. Dengarkan dengan teliti dan letakkan gambaran yang diwakili oleh perkataan-perkataan tersebut ke atas setiap sesuatu item yang terdapat di dalam bilik yang anda bayangkan. Contohnya perkataan 'ikan' dan item yang pertama dan berwarna-warni sedang menggelupur di atas peti televisyen tersebut setiap imej yang anda bayangkan mestilah pelik dan berwarna-warni sebanyak mungkin. Setelah anda mendengarkan semua perkataan, ambil masa untuk membentangkan imej-imej dan kemudian tuliskan sebanyak mungkin perkataan yang anda boleh ingati di dalam ruang yang disediakan di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. INGAT APA YANG DIDENGAR TUGASAN 2.2 Tugasan ini bertujuan untuk memperkenalkan Sistem Memori Berantai kepada anda. Baca semua arahan dengan teliti dan dengar arahan daripada pemudahcara anda. RANTAIAN Rantaian adalah salah satu cara yang amat berguna untuk mengingati kata-kata kunci. Untuk menggunakan sistem ini anda perlu mengaitkan item atau kata kunci yang pertama dengan item atau kata kunci yang berikutnya. Kaitkan atau hubungkan yang kedua dengan yang ketiga dan begitulah seterusnya. Untuk menjamin keberkesanan sistem ini anda perlu menggunakan semua deria. Sebagai contoh untuk perkataan 'poskad' ; bayangkan anda menyentuh kad tersebut, melihat perkataan yang tertulis di atasnya dan setem yang dilekatkan, buju-bujunya yang tajam dan sebagainya. Perkataan yang berikutnya mungkin 'stapler'. Sekali lagi bayangkan anda 'melihat' stapler tersebut, 'menimangnya' di atas tangan anda, rasakan kedingingan bahagian badannya yang diperbuat daripada logam. Hubungkan kedua-dua perkataan tersebut. Bayangkan bagaimana poskad itu diklipkan dengan menggunakan stapler tersebut. Lupakan tentang poskad dan stapler dan tumpukan perhatian kepada perkataan yang berikutnya, mungkin 'pisang'. Bayangkan anda mencium baunya, melihat warnanya yang kekuningan, rasanya. Kemudian hubungkannya dengan 'stapler'. Pisang yang diklipkan dengan menggunakan stapler adalah gambaran yang pelik maka dengan sebab itu ia mudah diingati. Kemudian tumpukan perhatian kepada perkataan berikutnya, mungkin 'ayam'. Hubungkan pisang dengan ayam, gunakan daya imaginasi anda. Pemudahcara anda akan membacakan 12 perkataan. Apabila anda mendengarkan perkataan-perkataan tersebut ambil masa untuk membentuk imej-imej yang sesuai. Kemudian tuliskan sebanyak mungkin perkataan yang anda dapat ingati di ruangan yang disediakan di bawah. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. INGAT APA YANG DIDENGAR TUGASAN 2.3 Tugasan ini bertujuan untuk melatih anda menggunakan sistem-sistem memori yang telah dibincangkan. Pilih yang paling sesuai dengan anda. 1. Dalam pasangan masing-masing, salah seorang akan membacakan satu rencana daripada majalah manakala seorang lagi akan mencatatkan kata-kata kunci. Lakukan dalam masa tiga minit. 2. Sekarang tukar peranan dengan rencana yang lain pula dalam tempoh yang sama. 3. Dengan menggunakan sistem yang paling sesuai bagi anda ingatkan kata-kata kunci yang telah anda catatkan sebenar tadi. Anda boleh gunakan nota catatan untuk tujuan ini. 4. Secara lisan oleh semula rencana yang telah diperdengarkan kepada anda manakala pasangan anda akan menyemaknya. 5. Tukar peranan. 6. Bincangkan keputusan yang didapati dengan pasangan anda. Siapakah yang dapat mengingat dengan lebih tepat? Mengapa? NOTA BENGKEL II : INGAT APA YANG DIDENGAR Nota ini dengan OHP 2.1 dan 2.2 membentuk asas bagi ringkasan bengkel ini. Gunakan pengalaman-pengalaman sendiri untuk menjelaskan lagi kata-kata kunci. Mengingat apa yang kita dengan selalunya mudah apabila kita mempunyai motivasi. Kita sering mengingat perkara-perkara yang menarik minat kita. Sebaliknya kita sering melupakan perkara-perkara yang kurang atau langsung tidak menarik minat kita. Mendengar dengan berkesan terutama kepada kata-kata kunci dan frasa-frasa membantu kita untuk mengingat kembali maklumat-maklumat yang kita perlukan. Kita mengingat dengan tiga cara :- 4. Pengulangan 5. Gabungan perkataan/kata-kata kunci 6. Kelompok/klasifikasi Pengulangan Mengulang-ulangkan perkara yang ingin kita ingati akan membantu kita untuk mengingatinya. Contohnya seperti nombor telefon, rumus atau formula dan seumpamanya. Ketia itu mengulang-ulangkannya, kita mendengar dengan 'telinga hati' kita. Ini akan menguatkan lagi bekas di otak kita. Sekiranya kita menyebut perkataan dengan kuat dan mendengarkannya, besar kemungkinan kita akan mengingatinya. Gabungan perkataan/kata-kata kunci Kata kunci adalah sesuatu yang mengujudkan imej atau pengingatan kepada sesuatu perkara. Pemilihan kata kunci adalah penting. Perkataan 'pelangi' umpamanya mengingatkan kita kepada warna, bentuk melengkung, hujan, langit, skaf dan seumpamanya. Ini adalah gabungan secara individu. Lain orang lain set imej di dalam pemikiran mereka walaupun terhadap perkataan yang sama. Kelompok/klasifikasi Otak kita biasanya cuba memberi makna kepada setiap sesuatu di sekelilingi kita. Bila kita mendengar bunyi orkestra, kita cuba membeza-bezakan bunyi daripada alat-alat muzik yang berlainan. Apabila kita bercadang untuk membeli-belah, kita cuba mengingat barang-barang dalam bentuk kelompok, contohnya : kopi, the, susu ; mentega dan roti ; penukul dan paku. Dengan kelompok ini kita boleh mengingati keseluruhan set dan mengambil mana-mana satu maklumat yang kita perlukan. Mnemonic adalah salah satu caranya untuk kita mengingat hari, bulan dan warna pelangi. Dengan bantuan pengulangan ia akan menjadi lebih berkesan. Ketiga-tiga cara ini membentuk asas sistem memori. Banyak sistem yang telah dicipta, salah satunya dipanggil Sistem LOKUS yang telah digunakan sejak lebih 2 tahun dahulu. Cara yang berbeza sesuai untuk orang yang berbeza. Ia banyak bergantung kepada imej yang dibayangkan. Lebih banyak khayalan, keunikan dan warnanya lebih baik imej tersebut. BENGKEL III : MENGAMBIL NOTA (1) OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini diharapkan anda akan dapat :- 1. Mengenalpasti keadaan yang memerlukan pengambilan nota. 2. Menerangkan panduan-panduan di dalam pengambilan nota. 3. Menggunakan tiga kaedah di dalam mengambil nota MASA Bengkel ini mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit. KEPERLUAN-KEPERLUAN 1. Bilik ceramah utama 2. OHP dan layar 3. Carta selak dengan kertas selak yang banyak 4. Bilik perbincangan kumpulan 5. Nota Bengkel : "Mengambil Nota (1) 6. OHP 3.1 - 3.15 7. Edaran 3.1 8. Tugasan-tugasan 3.1a dan 3.1b 9. Pen berwarna 10. Blu-Tack 11. Pita rakaman 12. Pita rakaman persembahan atau mesyuarat atau yang seumpamanya bagi tempoh sepuluh minit 13. Kertas kosong PERANCANGAN UNTUK BENGKEL III 1. 5 minit · Terangkan kepada peserta bahawa bengkel ini adalah tentang pengambilan nota. Arahkan mereka supaya mengambil nota tentang segala sesuatu yang diperkatakan semasa bengkel ini dijalankan. Kemudian perkenalkan bengkel ini dengan secara ringkas menggunakan OHP 3.1. 2. 30 minit · Ringkasan bengkel menggunakan OHP 3.2 - 3.12 dan nota bengkel "Mengambil Nota (1)". 3. 15 minit · Agihkan Edaran 3.1. Arahkan semua peserta supaya memeriksa nota mereka dengan senarai kata-kata kunci. Berapa banyakkah yang mereka perolehi? Di manakah mereka menghadapi masalah? 4. 15 minit · Bahagikan kepada dua kumpulan · Agihkan Tugasan 3.1a kepada Kumpulan I · Agihkan Tugasan 3.1b kepada Kumpulan II · Berikan carta selak dan pen kepada setiap kumpulan 5. 30 minit · Kumpulan kesemua peserta. Tampalkan carta selak. Arahkan semua pencatat supaya mempersembahkan hasil perbincangan dengan berpandukan kepada carta-carta selak masing-masing. Tanya kepada semua sama ada semua isi telah dibincangkan dengan sewajarnya. Bincangkan bagaimana mudah/sukarnya mengambil nota. Beri peluang kepada individu untuk menerangkan cara-cara mereka mengambil nota. Gunakan carta selak untuk mencatatkan idea-idea yang bernas. Buat kesimpulan dengan menggunakan OHP 3.12 - 3.15. 6. 60 minit · Arahkan peserta supaya mengambil nota dengan cara yang belum pernah mereka gunakan. Dorongkan mereka supaya menggunakan pen yang berwarna warni. Terangkan bahawa pita rakaman akan dimainkan dan mereka dikehendaki supaya mengambil nota. Mainkan pita rakaman. Bahagikan kepada dua kumpulan. Arahkan kedua-dua kumpulan supaya membuat nota kumpulan di atas carta selak berdasarkan nota ahli kumpulan masing-masing. Mainkan semula pita rakaman dan periksa nota yang telah dibuat. Bincangkan :- · Ketepatan · Alasan untuk menolak · Kelainan nota perseorangan · Struktur 7. 5 minit · Tutup bengkel dan galakkan peserta supaya mempraktikkan sebelum bengkel berikutnya. Ulangkaji objektif dengan ringkas menggunakan OHP 3.1. NOTA BENGKEL III : MENGAMBIL NOTA (I) Kebanyakan daripada kita tidak dapat mengingat kesemua perkara yang memerlukan kepada tindakan susulan. Memiliki sistem memori yang berkesan (lihat Bengkel II) sahaja tidak mencukupi. Secara amnya adalah amat baik sekiranya dapat kita jadikan satu tabiat supaya sentiasa membawa pen dan kertas ke mana sahaja kita pergi. Tujuannya supaya dapat kita membuat catatan bila dan di mana yang perlu. Bukanlah sesuatu yang disengajakan bahawa kebanyakan anggota pasukan yang berpakaian seragam seperti polis dan jururawat sentiasa membawa buku catatan ke mana sahaja mereka pergi. Kita juga boleh mempelajari sesuatu daripada kebiasaan yang baik ini. Mengambil nota adalah kemahiran yang bersifat individu. Apa yang penting ialah kita membentuk satu kaedah yang sesuai buat diri kita. Ini dapat dicapai melalui pemilihan daripada beberapa kaedah yang baik dan sesuai dengan sesuatu tugas dan keadaan yang dihadapi. Selepas daripada itu perlulah kita membiasakan diri dengannya melalui penggunaan dan latihan yang berterusan. Catatan yang baik memerlukan kita melibatkan diri dalam proses mendengar. Tanpa memahami sesuatu konteks akan membawa kita kepada kekeliruan apabila kita menyemak kembali nota yang telah dibuat. Nota perlu menjadi seperti kunci yang dapat membuka kepada penerangan yang lebih jelas tentang sesuatu fakta. Keadaan Yang Memerlukan Pengambilan Nota 1. Sewaktu melawat di dalam bertugas yang memerlukan tindakan susulan terhadap perkara-perkara yang didengar, dilihat dan dibincangkan. 2. Di dalam mesyuarat. 3. Persembahan dan syarahan. Gunakan kertas yang menyediakan ruangan-ruangan untuk mencatatkan isi yang dibincangkan dan pandangan sendiri terhadapnya. 4. Penyelesaian masalah. Buat satu borang yang standard supaya isi-isi penting dinilai, direkodkan untuk analisis dan tindakan susulan. Panduan-Panduan Di Dalam Mengambil Nota 1. Gunakan ruang-ruang yang lebar untuk isi utama dan isi kecil. 2. Tuliskan semua isi di atas kertas supaya mudah diulangkaji. 3. Gunakan anjakan ruang untuk bezakan isi utama dan pecahan isi. 4. Gunakan angka dan huruf untuk anjakan ruang., Bezakan isi yang diberikan oleh orang yang berbeza. 5. Gunakan pen berwarna. 6. Gunakan simbol dan singkatan. 7. Lukis rajah, lakaran. 8. Tanyakan kepada penceramah/pembentang untuk ejaan yang teknikal. Ingat bahawa nota adalah untuk anda gunakan kembali. Oleh itu gunakan pen berwarna, gaya persembahan yang sesuai untuk anda. Nota-Nota Berbentuk Linear Nota linear adalah nota yang paling biasa digunakan untuk mencatatkan apa yang diperkatakan di dalam bentuk siri. Ia termasuk Konsep Berpokok, Dwi Ruangan dan Galuran. Biar apa sahaja kaedah yang dipilih, nota yang baik akan menunjukkan dengan jelas jaluran dan kesinambungan buah pemikiran yang tersusun dan teratur serta bersistematik. OHP 3.1 OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini diharapkan anda akan dapat :- 1. Mengenalpasti keadaan yang memerlukan pengambilan nota. 2. Menerangkan panduan-panduan di dalam pengambilan nota. 3. Menggunakan tiga kaedah di dalam mengambil nota. OHP 3.2 Keadaan-keadaan yang memerlukan pengambilan nota :- 1. Lawatan sambil belajar. 2. Mesyuarat 3. Kuliah 4. Penyampaian 5. Penyelesaian masalah OHP 3.3 Panduan-panduan di dalam pengambilan nota. Biasakan diri anda dengan :- 1. Ruangan-ruangan yang lebar 2. Kertas yang banyak 3. Sediakan bentuk yang sesuai terlebih dahulu 4. Pemerengganan 5. Pen berwarna 6. Simbol-simbol 7. Kependekkan 8. Rajah-rajah OHP 3.4 NOTA LINEAR 1. Kaedah yang biasa digunakan. 2. Kita membaca dan menulis di dalam bentuk linear 3. Penggunaan kata-kata kunci 4. Penggunaan pokok berkonsep 5. Penggaluran 6. Dwi ruangan OHP 3.5 KAEDAH POKOK BERKONSEP 1. Menyusun idea secara logik kepada bahagian-bahagian kecil 2. Ikuti dengan struktur yang bertajuk. 3. Pemilihan kata-kata kunci adalah penting. 4. Gunakan secara menegak atau mendatar. 5. Membantu untuk mengingat kembali. OHP 3.6 CONTOH KAEDAH POKOK BERKONSEP Ruangan yang lebar Pen berwarna Panduan Simbol Rajah OHP 3.7 Pokok Berkonsep Nota Bergalur Nota Linear Dwi Ruangan Penceramah Saya OHP 3.8 NOTA GALURAN · Isi utama dengan tajuk kecil dengan kata-kata kunci · Isi utama di sebelah kiri muka surat · Isi tambahan/penerangan di sebelah kanan · Ruangan yang luas dan beranjakan · Menggalakkan pendengaran dengan menekankan kepada isi utama · Gunakan kata-kata kunci OHP 3.9 CONTOH KAEDAH PENGGALURAN 1. Pengambilan nota Panduan-Panduan · Ruangan yang luas · Pen berwarna · Simbol · Rajah 2. Bentuk Nota Linear · Pokok berkonsep · Galuran · Dwi ruangan OHP 3.10 CONTOH NOTA GALURAN MENGGUNAKAN RUANGAN YANG LEBAR Pengambilan nota Mesyuarat Kuliah Penyampaian Panduan Pen berwarna Simbol Linear Pokok berkonsep Galuran Dwi Ruangan OHP 3.11 NOTA DWI RUANGAN · Eksploitasi kemampuan minda untuk berfikir empat kali lebih pantas daripada kelajuan manusia bercakap. · Merekodkan kata-kata kunci. · Memungkinkan anda menangkap pemikiran, idea dan persoalan. · Melibatkan anda dengan orang yang bercakap. · Menggalakkan mendengar dengan penuh perhatian. OHP 3.12 CONTOH DWI RUANGAN Penceramah Saya Pengambilan nota Untuk kegunaan mesyuarat berikutnya. - Pen berwarna Jangan gunakan warna biru-tidak kelihatan bila difotokopi. - Dua ruangan - Simbol Kependekkan Contoh : LON = London - Rajah - Bentuk Linear - Konsep berpokok Tidak sesuai - Galuran - Dwi Ruangan Boleh! OHP 3.13 Kegunaan nota · Merekodkan fakta · Merekodkan perbincangan · Membantu mengingatkan semula · Menggalakkan pembelajaran · Merancang tindakan OHP 3.14 Untuk nota yang baik elakkan · Ayat panjang berjela-jela · Organisasi yang kelam kabut · Comot · Kompleks OHP 3.15 Nota yang baik memerlukan · Isi penting · Idea dan pandangan sendiri · Rajah berlebel · Berstruktur · Jelas · Kemas MENGAMBIL NOTA (I) TUGASAN 3.1a 1. Di dalam kumpulan anda bincangkan :- · Kegunaan/kepentingan mengambil nota · Apa yang perlu dielakkan untuk nota yang baik · Apa yang perlu ada bagi nota yang baik 2. Pilih seorang sebagai pencatat sewaktu perbincangan berlangsung. Beliau dikehendaki supaya menuliskan hasil perbincangan dalam bentuk Pokok Berkonsep di atas kertas yang disediakan. 3. Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit. TUGASAN 3.1b 1. Di dalam kumpulan anda bincangkan :- · Kegunaan/kepentingan mengambil nota · Apa yang perlu dielakkan untuk nota yang baik · Apa yang perlu ada bagi nota yang lebih baik 2. Pilih seorang sebagai pencatat sewaktu perbincangan berlangsung. Beliau dikehendaki supaya menuliskan hasil perbincangan dalam bentuk Nota Galuran di atas kertas yang disediakan. 3. Masa yang diperuntukkan ialah 15 minit. NOTA BENGKEL III : MENGAMBIL NOTA (I) Kebanyakan daripada kita tidak dapat mengingat kesemua perkara yang memerlukan tindakan susulan. Memiliki sistem memori yang berkesan (lihat Bengkel III) sahaja tidak mencukupi. Secara amnya adalah amat baik sekiranya dapat kita jadikan satu tabiat supaya sentiasa membawa pen dan kertas ke mana sahaja kita pergi. Tujuannya supaya dapat kita membuat catatan bila dan mana yang perlu. Bukanlah sesuatu yang disengajakan bahawa kebanyakan anggota pasukan berpakaian seragam seperti polis dan jururawat sentiasa membawa buku catatan ke mana sahaja mereka pergi. Kita juga boleh mempelajari sesuatu daripada kebiasaan yang baik itu. Mengambil nota adalah satu kemahiran yang bersifat individu. Apa yang penting ialah kita membentuk satu kaedah yang sesuai dan baik dengan tugas yang dihadapi. Selepas daripada itu perlulah kita membiasakan diri dengannya melalui penggunaan dan latihan yang berterusan. Catatan yang baik memerlukan kita melibatkan diri dalam proses mendengar. Tanpa memahami sesuatu konteks akan membawa kita kepada kekeliruan apabila kita menyemak kembali nota yang telah dibuat. Nota perlu menjadi seperti kunci yang dapat membuka kepada penerangan yang lebih jelas tentang sesuatu fakta. Keadaan Yang Memerlukan Pengambilan Nota 1. Sewaktu melawat di dalam bertugas yang memerlukan tindakan susulan terhadap perkara-perkara yang didengar, dilihat dan dibincangkan. 2. Di dalam mesyuarat. 3. Persembahan dan syarahan. Gunakan kertas yang menyediakan ruangan-ruangan yang mencatatkan isi yang dibincangkan dan pandangan sendiri terhadapnya. 4. Penyelesaian masalah. Buat satu borang yang standard supaya isi-isi penting dinilai, direkodkan untuk analisis dan tindakan susulan. Panduan-Panduan Di Dalam Mengambil Nota 1. Gunakan ruang-ruang yang lebar untuk isi utama dan isi kecil. 2. Tuliskan semua isi di atas kertas supaya mudah diulangkaji. 3. Gunakan anjakan ruang untuk bezakan isi utama dan pecahan isi. 4. Gunakan angka dan huruf untuk anjakan ruang. Bezakan ruang isi yang diberikan oleh orang yang berbeza. 5. Gunakan pen berwarna-warni. 6. Gunakan simbol dan singkatan. 7. Lukis rajah atau lakaran. 8. Tanyakan kepada penceramah/pembentang untuk ejaan yang teknikal. Ingat bahawa nota adalah untuk anda gunakan kembali. Oleh itu gunakan pen berwarna, gaya dan persembahan yang sesuai untuk anda. Nota-Nota Berbentuk Linear Nota linear adalah nota yang paling biasa digunakan untuk mencatat apa yang diperkatakan di dalam bentuk siri. Ia termasuk Konsep Berpokok, Dwi Ruangan dan Galuran. Biar apa sahaja kaedah yang dipilih, nota yang baik akan menunjukkan dengan jelas galuran dan kesinambungan buah pemikiran yang tersusun dan teratur serta bersistematik. EDARAN 3.1 MENGAMBIL NOTA Mengambil nota - Pen/kertas ; seperti polis, jururawat - Kemahiran diri - Pencetus Amati - Konteks Keadaan - Lawatan - Mesyuarat - Kuliah/penyampaian - Penyelesaian masalah Panduan - Ruangan yang lebar - Jelaskan isi secukupnya - Penjarakan ruang dan baris - Klasifikasi - Pen berwarna - Simbol - Kependekkan - Rajah - Periksa ejaan Latihan - Sebaik-baiknya dan yang sesuai untuk anda Nota Linear - Biasa digunakan - Bersiri - Isi-isi penting - Pokok Berkonsep - Dwi Ruangan - Galuran POKOK BERKONSEP Ruang-ruang yang lebar Logik Pen berwarna Pemilihan kata kunci penting PANDUAN Menegek atau melintang Simbol Membantu mengingatkan semula Rajah GALURAN Utama Tajuk utama di sebelah kiri Kedua Pecahan di sebelah kanan Ketiga Penjarakkan atau dua ruangan Galakkan mendengar dengan lebih aktif Utama Pecahan DWI RUANGAN Eksploitasi minda/kepantasan bercakap Penceramah Saya Menangkap ide sendiri Melibatkan anda Menggalakkan pendengarn BENGKEL IV : MENGAMBIL NOTA (2) OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini nanti diharapkan anda akan dapat :- 1. Membandingkan nota-nota berbentuk linear dan berpola. 2. Membentuk nota berpola. 3. Memahami mengapa orang cenderung untuk mengambil nota dengan kaedah yang berbeza. MASA Bengkel ini mengambil masa lebihkurang 2 jam 10 minit. KEPERLUAN-KEPERLUAN 1. Bilik ceramah utama 2. OHP dan layar 3. Carta selak dengan kertas yang banyak 4. Nota bengkel : Mengambil Nota (2) 5. Nota OHP 4.1 - 4.6 6. Nota-nota OHP daripada bengkel 3 7. Tugasan-tugasan 4.1 dan 4.2 8. Pen berwarna-warni 9. Pelekat 10. Kertas tambahan PERANCANGAN UNTUK BENGKEL IV 1. 5 minit · Pengenalan kepada bengkel dengan menggunakan OHP 4.1. 2. 15 minit · Ringkasan bengkel dengan menggunakan OHP 4.2 - 4.6 dan Nota Bengkel "Mengambil Nota (2)". 3. 20 minit · Agihkan Tugasan 4.1. Beri masa 10 minit untuk menyiapkannya dan kemudian bincangkan keputusan. 4. 30 minit · Pinkan beberapa helai kertas kajang di dinding agar boleh dilihat oleh semua peserta. Beritahu kepada mereka bahawa mereka akan menyelesaikan satu masalah bersama-sama. Masalah yang ingin diselesaikan mestilah masalah semasa dan relevan dengan peserta. Pilih dua orang untuk merekakan hasil perbincangan dengan seorang menggunakan kaedah nota linear dan seorang lagi dengan menggunakan kaedah berpola. Selepas 20 minit hentikan perbincangan dan bandingkan kedua-dua nota tersebut. Yang mana satukah yang dapat merekodkan fakta dengan tepat. 5. 25 minit · Bincangkan dengan kumpulan apakah yang berlaku bila nota berpola digunakan. Adakah semua orang menyukainya. Jika tidak, mengapa? Adakah kerana prasangka, kurang kemahiran dan tidak biasa? Gunakan Nota Jurulatih Tugasan 4.2 untuk membuat kesimpulan. 6. 30 minit · Arahkan peserta supaya membentuk nota berpola mengenai cara mengambil nota. Beri masa 15 minit dan bincangkan keputusannya. Arahkan supaya peserta bertukar nota dan membanding-bandingkan nota sesama mereka. Tegaskan bahawa seseorang adalah berbeza maka dengan sebab itu nota mereka juga berbeza. Adakah semua fakta telah dimasukkan? Berapa banyakkah yang mereka ingat daripada Bengkel III yang lalu? Gunakan nota-nota OHP daripada bengkel III dan IV untuk mengingatkan peserta tentang isi-isi penting. 7. 5 minit · Tutup bengkel dengan mengimbas objektif menggunakan OHP 4.2. NOTA BENGKEL : MENGAMBIL NOTA Otak kita "melihat" perkataan yang ia dengar dan fahami di dalam bentuk berpola dan bukannya di dalam barisan yang teratur. Nota berpola adalah kaedah merekodkan pendengaran dengan mengeksploitasi kebolehan untuk berfikir dan memahami pada tahap-tahap yang tertentu. Ia adalah berbeza sama sekali daripada nota linear. Kelebihannya ialah ia membolehkan kita merekodkan semua ucapan, persembahan, taklimat ataupun perbualan. Kebanyakan penceramah di dalam keadaan-keadaan yang tertentu akan mengenepikan isi-isi penting ataupun berpatah balik kepada isi yang telah diterangkan dalam usaha untuk menyatakan isi yang baru. Merekodkan nota dalan keadaan ini adalah sukar dengan menggunakan kaedah linear. Dengan nota berpola maklumat yang baru akan diklasifikasikan di dalam kelasnya dengan mudah. Nota adalah berkembang sifatnya. Semakin banyak yang dicatatkan semakin mudah pencatat dapat melihat korelasi di antara isi dan boleh membuat perbandingan faktor dengan lebih mudah berbanding dengan nota linear. Ayat tidak digunakan tetapi sebaliknya kata-kata kunci yang tepat digunakan seperti meja, cawan, bunga. Semakin abstrak sesautu perkataan semakin sukar untuk memahaminya apabila nota dibaca kembali. Nota berpola amat berguna dalam merekodkan sesi mencanai minda ataupun kumpulan perbincangan. Kelebihannya ialah semua maklumat biar bagaimana jauh sekali perbezaan dan perkaitannya akan dicatatkan untuk dinilai kemudiannya. Dengan ini ide-ide yang penting akan mudah dikenali dan dikembangkan. Apabila bersedia untuk syarahan/taklimat, nota berpola adalah cara yang baik sekali untuk merancang. Ia mengizinkan anda mengumpul pemikiran dan ide anda. Apabila bersedia untuk memberikan syarahan, buatkan satu nota berpola yang menjadi asas kepada ucapan anda itu. Nomborkan tajuk-tajuk kecil untuk membantu anda bergerak dengan lebih lancar dari satu ide ke satu ide yang berikutnya. OHP 4.1 OBJEKTIF-OBJEKTIF Pada akhir bengkel ini diharapkan anda akan dapat :- 1. Membandingkan Nota Linear dan Berpola 2. Membentuk Nota Berpola 3. Memahami mengapa orang memilih kaedah yang berbeza dalam mengambil nota OHP 4.2 Menyediakan Nota Berpola 1. Ide utama 2. Tajuk kecil/pecahan daripada pusat 3. Kata-kata kunci daripada tajuk-tajuk kecil OHP 4.3 1. Gunakan simbol-simbol dan perkataan 2. Gunakan warna untuk menghubungkan idea 3. Anak panah boleh digunakan untuk menjadi penghubung 4. Nomborkan tajuk-tajuk kecil untuk mewujudkan struktur 5. Tulis dalam huruf besar OHP 4.4 1. Tidak ada cara yang betul ataupun salah di dalam mengambil nota 2. Lakukan apa yang paling berkesan untuk anda OHP 4.5 1. Nota berpola berguna untuk :- · Perancangan hadapan · Mencanai minda · Pemikiran kreatif · Menyimpulkan isi-isi penting · Nota kuliah/syarahan OHP 4.0 CONTOH NOTA BERPOLA : MENYEDIAKAN UCAPAN MENGAMBIL NOTA NOTA Manusia berbeza di dalam segala tindakan mereka. Maka dengan sebab itu nota berpola juga adalah individualistik sifatnya yang menggambarkan minat, pemerhatian, pengetahuan dan persepsi orang yang menyediakan nota itu. Mengapa seseorang itu cenderung kepada gaya tertentu di dalam mengambil nota? Mungkin kerana itulah cara yang telah mereka pelajari sejak dahulu lagi. Cara tersebut telah terbukti berjaya maka seseorang itu cenderung untuk mengekalkannya. Mungkin juga ketakutan untuk mencuba sesuatu yang baru. Seperti juga kemahiran yang lain, membentuk kaedah yang baru dalam mengambil nota memerlukan masa dan juga latihan. Prasangka terhadap cara-cara yang berbeza mungkin ujud. Ada yang menganggap bahawa sesuatu cara itu (comot). Guru dan ibu bapa cenderung untuk memuji cara yang kemas, biasa, dengan tulisan yang cantik dan mungkin menganggap nota berpola sebagai tidak logik dan menggambarkan kemalasan di dalam berfikir. Ramai yang sukakan nota berbentuk linear kerana bentuknya yang biasa dilihat di mana-mana. Kebiasaan adalah amat kuat pengaruhnya. Mencuba cara mengambil nota yang baru mungkin menguatkan lagi keyakinan bahawa cara yang lama adalah yang terbaik. Mungkin ada sedikit perbezaan di dalam mengambil nota di antara jantina. Kaum wanita lebih cenderung kepada perkara-perkara yang remeh dan teliti. Mungkin kerana mereka amat pemalu dan perlu memberikan perhatian kepada setiap sesuatu, biar bagaimana kecil sekalipun. Semakin kurang sifat pemalu seorang wanita itu semakin ringkas nota yang dibuatnya kerana mereka lebih yakin dan bergantung kepada diri mereka sendiri. Nota yang ditulis oleh orang lelaki pula terlalu ringkas kerana terlalu yakin kepada kemampuan untuk mengingat kembali sesuatu perkara. Sesetengah orang pula berpendapat bahawa nota berpola adalah s