PERGI LEBIH TINGGI Kita memilih untuk pergi ke bulan bukan kerana ia sesuatu yang mudah tetapi kerana ia sesuatu yang sukar. - John. F. Kennedy Tiga puluh tahun yang lalu pada 20 July 1969, selepas 250,000 batu perjalanan, dua orang angkasawan Neil Armstrong dan Edwin Aldrin telah menjejakkan kaki ke bulan untuk pertama kali di dalam sejarah manusia. Kesungguhan, fokus, usaha, pengorbanan dan kerjasama di dalam kumpulan , matlamat menghantar manusia ke bulan telah berjaya dicapai. Ini telah mengajar kita keyakinan, ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman, teknologi dan semangat serta keyakinan kepada kemungkinan untuk meneruskan pencapaian yang lebih baik pada masa hadapan. Teknologi, inovasi dan semangat pengembaraan adalah sesuatu yang pasti tidak mengecewakan jika diarahkan dan digunakan dengan sebaik mungkin. Ia menjadikan kita lebih baik dari masa ke masa. Ada sesuatu yang patut dilakukan hanya kerana menyahut cabaran sahaja.Kita perlukan semangat ini dan orang - orang seperti ini yang sanggup mengambil risiko untuk mengubah sejarah. Ia menjadikan manusia cuba untuk mencari dan menyerlah sesuatu yang terbaik di dalam dirinya. Cabaran seperti ini menggalakkan kita untuk meletakkan standard yang lebih tinggi untuk menjelajah sebarang kemungkinan. Pada hari ini kita meraikan pengkhayal, peneroka, dan penjelajah yang menggalakkan kita untuk meletakkan horizon pemandangan kita lebih tinggi. Mereka telah membuktikan bahawa apa yang dikhayalkan dan yang difikirkan oleh manusia boleh menjadi kenyataan. Semoga semangat dan api obor ini akan terus menyala dengan maraknya dan membakar semangat kita untuk terus mempunyai keinginan dan keupayaan untuk menghadapi cabaran yang paling hebat. - Oleh Ralph marston - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)