PETANDA KEKUATAN Kekuatan selalunya bersifat senyap dan tersembunyi. Kekuatan yang diwar-warkan, ditunjukkan dan diiringi dengan gelagat yang menyakitkan hati adalah petanda kelemahan. Menunjuk- nunjuk memerlukan usaha yang sedikit sahaja. Bekerja di sebalik tabir untuk menjayakan sesuatu perkara adalah sebenarnya tanda kekuatan dan komitmen. Tidak ada atau amat sedikit perasaan untuk menunjuk- menunjuk apabila anda mempunyai kebolehan untuk menjayakan sesuatu perkara. Kekuatan yang sebenar ialah pemurah, kesabaran, berfikir sebelum bertindak , memahami dan berkesan. Sesiapapun yang penakut boleh menjadi kasar dan kurang-ajar , tetapi ia memerlukan kekuatan dan keyakinan untuk menjadi seorang yang pemurah dan bersopan. Amat mudah untuk merungut, tetapi ia memerlukan kekuatan untuk mengikuti langkah- langkah yang positif ke arah menyelesaikan sesuatu masalah. Untuk mencari kekuatan, jangan lihat kepada orang yang mendakwa memilikinya. Lihat kepada mereka yang hidup bersama- sama dengannya.Tidak ada apa yang diperlukan untuk membuat janji walau bagaimana besar sekalipun. Anda akan menemui bukti kekuatan yang nyata dan keberkesanan di dalam keputusan atau hasil dan bukannya janji atau pengakuan yang kosong. - Oleh Ralph Marston -Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)