PILIHAN ANDA Apa sahaja perasaan anda sama ada baik atau buruk adalah sebenarnya menggambarkan pilihan yang telah anda buat. Apa yang anda lakukan ketika marah dan apa yang anda lakukan dengan penuh kasih sayang adalah juga pilihan anda Menjadi seorang yang berkesan adalah juga pilihan anda sama seperti halnya jika anda memilih untuk menjadi seorang yang hidup tanpa tujuan dan haluan. Membuat perubahan yang positif adalah pilihan anda . Sesungguhnya segala sesuatu yang mempengaruhi kualiti kehidupan anda adalah amat bergantung kepada pilihan yang anda buat. Ada banyak perkara yang berada di luar kawalan atau yang anda kawal pada kadar yang amat kecil.Tetapi anda mempunyai kawalan kepada semua tindakbalas anda terhadap rangsangan yang datang atau dihadapkan kepada anda. Anda tidak boleh menentukan cuaca. Tetapi anda boleh menentukan untuk menikmati hari ini dengan sepenuhnya walau apapun cuaca pada hari ini. Anda juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tahap ekonomi dunia ataupun persekitaran bisnes anda pada hari ini. Tetapi anda mempunyai kawalan sepenuhya untuk menentukan reasksi dan tindakbalas anda terhadap apa jua keadaan tersebut. Hidup ini ditentukan ertinya bukan melalui apa yang dapat anda capai tetapi lebih kepada bagaimana anda menggunakan dengan sebaik- baiknya apa yang telah , sedang dan akan anda capai, miliki dan perolehi. Tetapkanlah untuk menjadi seorang yang berjaya.. Tetapkanlah untuk gembira, ceria dan bahagia. Pilihlah dengan pasti untuk mengadakan perubahan dan pasti akan dapat anda mencapainya. - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)