REALISTIK YANG POSITIF Menjadi seorang yang positif tidak semestinya anda mengenepikan yang negatif. Menjadi seorang yang positif bererti mengatasi yang negatif. Itulah perbezaan yang paling ketara. Sering orang yang menunjukkan sesuatu masalah dicap sebagai seorang yang berfikiran negatif.Sungguhpun begitu amat penting untuk menyedari tentang masalah ayang mungkin timbul sekiranya anda ingin bertambah baik di dalam menyempurnakan sesuatu tugasan. Sifat suka merungut , mengadu dan mencari- cari kesalahan dan alasan adalah sesuatu yang negatif , tetapi mengatasinya dengan kejujuran dan ketelusan adalah amat positif. Jika anda bercadang untuk menjadi positif dengan mengenepi dan mengabaikan yang negatif anda adalah tidak realistik. Apabila anda menyedari dan melihat serta memahami aspek- aspek yang negatif , dengan visi dan misi yang jelas, barulah dapat anda menjana kuasa yang sebenarnya daripada pemfokusan yang positif. Jadilah seorang yang positif dan juga realistik. Ia adalah kombinasi yang cukup berkuasa. Lihat sesuatu situasi itu sebagaimana sepatutnya dan kemudian mengambil laangkah- langkah yang perlu untuk memperbaikinya. Kukuhkan pemfokusan anda yang positif terhadap apa jua perkara bukan dengan mengabaikan dan mengenepikan yang negatif tetapi memilih untuk tidak menerimanya. - Oleh Ralph Marston - Terjemahan Azaman Muhammad ( Kaunselor PMUUM)